Friday, March 5, 2010

tiada Noktah Cinta - 31

Akhirnya Haikal mengambil keputusan dan melangkah keluar bilik dan mendapatkan Mama dan Papanya. Datuk Hisham dan isterinya sedang leka menonton berita bersama-sama dengan Leen dan Ryll. Haikal duduk berhadapan dengan orang tuanya. Tingkah laku Haikal menambah pelik pada Hasleena. Dia memandang tepat wajah abangnya.

“Ma, Pa….. Kal nak beritahu something dengan Mama dan Papa. Mungkin juga ini yang Mama dan Papa nantikan,” ujar Haikal perlahan. Wajahnya ditundukkan. Tidak sanggup rasanya menatap wajah mereka. Datuk Hisham dan isterinya hanya menanti kata-kata dari mulut anaknya. Begitu juga Leen dan Ryll. Keputusan Haikal adalah jawapan kepada segala persoalan yang selama ini membelenggu mereka sekeluarga.

“Kal….. Kal ikut aje pilihan Mama dan Papa. Baik untuk Mama baik juga untuk Kal,” tergagap-gagap jawapan Haikal seolah-olah tiada keyakinan. Sememangnya dia sudah tiada kekuatan untuk mempertahankan cintanya lagi. Dia sudah kecewa.

“Kal yakin?” soal papanya kurang yakin. Dia merasakan ada sesuatu yang terjadi pada anak bujangnya. Kalau tidak mengapa tiada langsung keceriaan diwajah itu. Hanya kemurungan seolah-olah menyimpan satu beban yang berat.

“Mama juga macam tu. Kal yakin dengan semua ni? Jawapan Kal macam tak yakin aje. Mama tak mahu Kal terima dia sebab Mama dan Papa. Sebab nak jaga hati kami. Nanti bukan aje Kal yang menderita tapi Kal menarik isteri Kal dalam derita Kal. Berdosa Kal siksa orang macam tu. Kalau Kal tak yakin kita batalkan aje. Mama akan berterus terang dengan pihak sana. Diaorang akan faham,” nasihat Mamanya. Dia juga merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Haikal. Ataupun sesuatu telah terjadia antara Haikal dan Sherry.

“Bagaimana dengan Sherry? Kal dah berbincang dengan dia?” soal papanya pula.

“Dia dah ada orang lain, pa. Kal jumpa siang tadi. Dua minggu lepas kami dah berbincang tapi dia menolak. Dia beritahu dia tak bersedia lagi untuk berkahwin sekarang dan tak sanggup nak melepaskan dunia model dia. Kal kecewa pa. Hati Kal sakit sangat. Samapai hati dia buat Kal macam ni. ” Ada tangisan yang kedengaran dihujung kata-katanya.

Hasleena mendapatkan abangnya. Dipeluk penuh kasih. Dia juga turut merasakan bebanan yang sedang ditanggung oleh abangnya.
“Hanya kerana itu Kal buat keputusan nak kahwin dengan pilihan kami? Papa tak setuju dengan keputusan Kal. Haikal sekarang bukanlah Haikal yang gagah dan penuh keyakinan. Haikal yang ada didepan Papa sekarang ni hanyalah seorang lelaki yang kalah dengan perasaannya. Ini bukannya perkara main-main, Haikal. Papa tak mahu nanti ramai yang akan terluka kemudian hari,” tegas suara Datuk Hisham menasihati anak lelakinya. Haikal diam membisu. Mengakui kebenaran kata-kata papanya dalam diam.

“Mama juga setuju dengan cakap papa tu. Kal jangan buat keputusan terburu-buru. Kal sedang bermain dengan perasaan. Bila kita buat keputusan, biarlah akal fikiran yang mengawasi kita bukannya perasaan. Nanti semuanya akan merana. Jangan fikirkan mama. Mama juga akan beritahu pihak sana supaya tangguhkan aje majlis pertunangan tu atau batalkan aje,” terang mamanya pula.

“Tak perlu mama, papa. Kal yakin dengan keputusan Kal kali ni. Benar-benar yakin. Dan Kal percaya ini semuanya petunjuk dari ALLAH. Kal percaya ketentuanNYA. Mama janganlah khuatir. Kal akan menerima kehadiran dia seadanya. Insya ALLAH. Mama tak perlulah tangguh ataupun batalkan. Mama buatlah apa yang patut. Kal mengikut aje,” ujar Haikal tegas. Dia perlu meyakinkan kedua orang tuanya yang kelihatan gusar dengan keputusan yang telah dia buat.

“Kal yakin inilah keputusan Kal yang muktamad.? Jangan nanti bila hari dah ditetapkan Kal minta batalkan pula. Malu kami nanti.” Datuk Hisham meminta kepastian.

“Kal pasti Papa. Inilah keputusan Kal yang multamad. Oh ya!!! Siapa nama dia?” soal Haikal cuba memesongkan topik antara dia dan Sherry. Sebolehnya dia cuba mengelak agar dia tidak berterusan merasa kecewa.

Datin Halimah tersenyum. “Hai...........dah nak jadi tunang pun abang tak tahu nama. Sara Allyssa. Sedapkan, bang namanya,” jawab Hasleena bagi pihak mama dan papanya.

“Ala....... sedap lagi nama abang,” selamba aje Haikal membalas jawapan adiknya. Dia cuba menceriakan suasana walaupun hatinya menangis pilu. Perasaannya berperang dalam jiwanya yang semakin parah.

“Abang memanglah macam tu. Selalu masuk bakul angkat sendiri.” Hasleena tidak mahu mengaku kalah.

“Habis tu siapa nak angkat? Leen? Larat ke? Badan Leen tu kalau tiup dek angin dah lama melayang,” usik Haikal lagi. Semakin panjang muncung Hasleena bila mereka semua mentertawakannya.

“Mama dan papa uruskanlah semuanya. Lagipun Kal tak ada masa. Lagi dua hari Kal nak berangkat ke US untuk projek usahasama tu. Nampaknya sebulan Mama Kal disana nanti. So, mama fikirkanlah semuanya. Kal tak mahu pening kepala dengan semua ni,” beritahu Haikal cuba menarik minat mamanya agar kedua orang tuanya bertambah yakin yang dia teruja dengan semua ini.

“Pihak US dah dah bersetuju ke dengan proposal kita tu?” soal Datuk Hisham inginkan kepastian tentang projek baru Haikal dan Johari.

“Sudah papa. Minggu lepas Kal dah sain kontrak selama setahun dengan mereka. Sebagai memenuhi syarat kontrak kita perlu hantar pekerja untuk sama-sama memahami sistem mereka sekarang. Johari dan beberapa orang lagi akan pergi. So, Kal sebagai ketua perlulah tahu serba sedikit mengenai projek ni. Kal pun perlu ada sama pada peringkat ini. Semuanya telah kami uruskan. Harap semuanya lancar,” terang Haikal lagi. Datuk Hisham mendengar dengan teliti penerangan Haikal.

Beberapa hari ini dia sibuk dengan projek perumahan diKota Kemuning yang baru mereka perolehi. Jadi dia tidak sempat bertemu Haikal untuk bertanya perkembangan tentang projeknya. Walaupun pada mulanya pengarah-pengarah syarikat tidak berapa setuju dengan projek ini, tetapi dia yakin Haikal mampu uruskannya. Inilah buktinya. Haikal terlalu optimis terhadap kerjayanya. Dia akan berusaha selagi tidak memperolehi kejayaan seperti yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment