Friday, March 5, 2010

Tiada Noktah Cinta - 30

Haikal ke JW Mariot Hotel untuk bertemu salah seorang pelanggannya. Setelah selesai, dia terus menjamu selera disitu. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang kepejabat. Dia amat senang kalau temujanjinya dibuat di mana-mana hotel kerana dia tidak perlu bersusah payah untuk mencari makanan untuk mengalas perutnya. Sedang dia menjamu selera matanya tertumpu pada satu pasangan yang baru keluar dari lif dan duduk disofa dihadapan penyambut tamu. Dia terkejut dan tergamam. Dia amat mengenalinya. Sherry? Apa yang dia buat disini? Haikal tertanya sendiri.

Dia meninggalkan makanan yang baru dijamahnya. Seleranya tiba-tiba mati. Dia meletakkan dua keping not lima puluh diatas meja lalu bangun mendapatkan Sherry dan temannya. Sherry terperanjat besar apabila melihat Haikal dihadapannya dengan mata yang merah menyala. Dia dapat merasakan api kemarahan Haikal saat itu. Panas membahang. Lidahnya kelu untuk bersuara.

“Jadi, inilah alasan terbesar you, Sherry? I know that. Tak sangka you sanggup buat I macam ni. You tahu tak? Orang yang paling bodoh sekali sekarang ni ialah I. Jadi, I tak mahu jadi orang yang bodoh lagi. The game its over. No phone call and no nothing. Kalau boleh muka you pun I tak mahu tengok lagi. It’s finish,” tegas Haikal marah bercampur geram. Suara tidak lantang tetapi cukup menggambarkan perasaannya kala itu. Mukanya merah padam.

Zakuan disebelah Sherry terkedu walaupun pada mulanya dia ingin bersuara. Sherry terperanjat. Orang-orang disekeliling menjadi pemerhati.

“Sabar dulu, Kal. Biar I terangkan. You salah sangka. Semuanya tak seperti yang you fikirkan.” Sherry bersuara lembut. Dia cuba meredakan suasana yang sedikit kalut itu. Haikal telah tersalah sangka.

“Oh….. inilah Haikal. Hello I’m Zakuan. Kawan Sherry.” Zakuan menghulurkan tangan tetapi tidak disambut. Mata Haikal masih lagi tepat memandang Sherry. Kecut perut Sherry. Dia menggigil. Tak pernah dilihat Haikal semarah ini.

“Tak perlu nak terangkan apa-apa pada I. Semuanya dah selesai. Takkan dah terang lagi I nak bersuluh. Dah nyata Sherry. Nampaknya sekarang ni I tahu kenapa you tolak I. Mungkin juga salah I kerana tak call you seminggu dua ni. Tapi, takkan sebegitu cepat you nak hukum I. I tak sangka you perempuan kejam, Sherry,” lemah suara Haikal. Ditahan airmatanya agar tidak mengalir walaupun hatinya sudah menangis. Mereka tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka. Sherry cuba mencapai tangan Haikal. Dia ingin menjelaskan segalanya. Tetapi, tangannya ditepis oleh Haikal. Dia terkedu.

“I’m sorry, Sherry. Tapi, ini keputusan I. Antara kita sampai sini sahaja. Please leave me alone,” ucap Haikal dan dia terus melangkah keluar. Hatinya remuk berderai. Segala harapannya musnah sekelip mata. Tak dia sangka Sherry bermain kayu tiga. Hatinya tersayat luka.

“Haikal!!!!” jerit Sherry. Dia ingin mendapatkan Haikal tetapi dihalang oleh Zakuan. Dia memandang Zakuan dengan tandatanya. Dia merentap tangannya yang berada dalam genggaman Zakuan. Dia merengus marah dengan tindakan Zakuan.

“Biarlah reda dulu kemarahannya. Kalau you explain sekarang pun tak guna. Dia takkan dengar. Orang tengah marah, macam-macam dia boleh fikirkan. Biarlah dia dengan kemarahannya dulu. Nanti you jumpa dia dan explainkan pada dia,” pujuk Zakuan.

Sherry terduduk semula disofa. Dia memandang kehadapan dengan pandangan yang kosong. Tidak tahu apa yang harus difikirkan saat ini. Semuanya berlaku secara spontan. Suasana terasa hening.

Peristiwa itu benar-benar menghancurlumatkan hati Haikal. Hatinya menangis pilu. Dia tidak menyangka Sherry akan bertindak sedemikian rupa. Adakah kerana tidak menghubunginya dua minggu kebelakangan ini menyebabkan Sherry mengambil tindakan sedemikian? Namun aku punya sebab mengapa aku tidak menghubungi dirimu, sayang. Aku punya sebab. Aku ingin memberi masa agar kau menimbang semula permintaanku. Bisik Haikal. Dia menangis sendirian.

Sepanjang petang dia berkurung didalam rumah. Tiada sesiapa yang perasan kepulangannya. Biarlah. Aku perlukan masa untuk bersendirian dan berfikir semasak-masaknya. Ya ALLAH mungkin juga ini petunjuk dariMU untuk diriku. Petunjuk untuk aku membuat keputusan. Aku pasrah. Aku berserah padaMU. Andai ini takdir untukku, aku menerimanya walaupun dengan berat hati.

No comments:

Post a Comment