Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 3

Sara melewati ruang tamu dengan perasaan yang berbaur. Dia melemparkan senyuman pahit semasa kakinya melangkah menaiki tangga menuju kebiliknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Sara segera menyeka airmata yang mengalir dipipinya. Pintu terkuak. Wajahnya ibunya muncul dimuka pintu. Sarimah terkejut melihat keadaan anaknya. Dia mendapatkan Sara yang termangu dibirai katilnya.

“Kenapa dengan Sara? Kenapa menangis ni? Sebab ibu tegur tadi ke?” soal Sarimah bertalu. Melihat keadaan Sara itu membuatkan rasa penyesalan yang amat sangat. Tidak sepatutnya dia menegur Sara begitu. Bukannya dia tidak mengetahui yang anaknya yang satu ni amat sensitif orangnya. Mudah terusik hatinya. Maklumlah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Manja lebih sikit dari yang lain.

Sara masih membisu. Memandang kedepan dengan pandangan yang kosong. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut difikirkannya. “Sara, ibu tanya ni? Sara marahkan ibu ke? Kalau sebab tadi, ibu minta maaf. Ibu tak bermaksud nak kecilkan hati dan menyinggung perasaan anak ibu ni. Ibu minta maaf.” Sayu suara Sarimah meminta maaf dari anaknya. Sendu dari Sara semakin menghiba. Dia sedih bila ibunya meminta maaf. Sepatutnya dia yang meminta maaf kerana meninggikan suaranya.

Sara masih dalam tangisannya. Sarimah segera memeluk Sara apabila tangisannya tiada kesudahan. “Kenapa ni? Kenapa Sara menangis? Sara ada masalah ke? Kalau ada kita berbincang. Cakap pada ibu apa masalah Sara.” Lunak suara ibunya memujuk. Sara melepaskan pelukan ibunya dan memandang tepat wajah tua itu. “Sara rindukan ayah, bu. Tak tahan rasanya,” ucap Sara. Sarimah terkesima. Dia memandang lembut wajah anak itu.

“Sara……. Sara tak boleh macam ni. Sara tahukan menangisi orang yang telah tiada, berdosa. Sara kena sentiasa berdoa agar rohnya dicucuri rahmat. Ibu juga rindukannya. Tapi, ibu tak boleh ikutkan perasaan sangat. Nanti kita yang merana. Ayah dah tak ada dan tak mungkin boleh kembali lagi. Kita kena terima hakikat tu. Ibu sentiasa berdoa agar ayah bahagia disana.” Sayu suara Sarimah memujuk. Dia membelai belakang anaknya itu agar kerinduan yang bermukim dapat berkurangan. Tangisan Sara kedengaran semula. Dia rasa bersalah pada ibunya kerana mengingati semula kedukaan yang melanda ibunya.

“Maafkan Sara, bu. Sara tak bermaksud nak buat ibu juga bersedih begini. Tapi, entahlah. Kenapa hari ni Sara rasa lain sangat. Sunyi aje dan hati ni rasa sedih tiba-tiba. Sara tak dapat nak mengawalnya.” Tangis Sara lagi. Sarimah membelai rambut Sara perlahan. “Apa sebenarnya yang dah jadi? Cuba ceritakan pada ibu.” Sarimah tahu ada sesuatu yang tak kena dengan anaknya.

“Entahlah, bu. Kadangkala Sara tak faham sikap dan perasaan manusia ni. Sara keliru. Apa sebenarnya yang tersembunyi. Kenapa ada manusia yang suka berpura-pura? Sara benci, bu. Sara betul-betul benci,” ujar Sara dalam sendunya.

“Kenapa?” soal Sarimah.

“He call me stupid just because a small mistake. I can’t accept that,” beritahu Sara.

“Siapa yang marahkan Sara?” Soal Sarimah.

“My boss. I don’t know what happened to him today. He’s looks so different. It’s not Encik Fuad actually. It’ about our ship maintenance. Navy upset with our job. It’s not my fault. I’m a secretary not an engineer. He should know. Why he scold me? Why??!!” Sara melepaskan rasa amarahnya yang terpendam. Sarimah tersenyum saja. Dia mengerti kini apa yang telah terjadi sebenarnya.

“Sudahlah tu. Tak baik marah-marah macam ni. Mungkin dia ada masalah dan tak sengaja nak kata pada Sara macam tu. Tengok dah tak cantik dah anak ibu ni.” Sarimah berlelucon. Sara menjeling ibunya sambil tersenyum sinis.

“Ibu ni teruklah. Sara tengah marah ni, ibu cakap macam tu pulak,” marah Sara.

Tadi, dia sengaja meminta diri dari tetamunya untuk melihat Sara apabila dia terpandang wajah Sara yang murung. Dia fikir tentu Sara tersinggung dengan tegurannya. Dia tidak menyangka ada perkara lain yang melanda diri anaknya itu. Dia tahu Sara amat marah. Tapi, dia kenal Sara. Marahnya tak lama. Kalau kena cara memujuk, cepatlah sejuk hatinya. Dia hanya perlu mendengar amarah anaknya sahaja. Biar Sara hamburkan apa yang terpendam dihatinya. Selepas itu, Sara akan kembali ke mood asal. Seorang yang sentiasa tersenyum. Senyuman yang diwarisi dari arwah suaminya amat menawan hati. Sekurang-kurangnya senyuman Sara mengubati kerinduannya pada suami yang telah tiada.

“Tapi bu, dia tak patut cakap macam tu pada Sara,” tingkah Sara.

“Kan ibu dah cakap dia tak sengaja. Kita kena faham situasi dia juga,” ujar Sarimah lagi. Memujuk Sara yang terus berdegil.

“Sara takkan maafkan dia. Takkan sekali-kali,” bentak Sara tiba-tiba.

“Sara, tak elok Sara berperangai macam ni. Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu macam ni. Kita boleh ada sifat degil dan keras hati. Tapi, bersedia memaafkan seseorang tu, lagi mulia perbuatannya. Besar pahalanya Sara. NABI MUHAMMAD S.A.W pun ampunkan umatnya.” Sarimah berterusan memujuk.

“Itu Nabi. Sara bukannya Nabi,” Sangkal Sara segera.

“Tapi, kita hidup berpandukan al-Quran iaitu kalam ALLAH serta sunnah dan hadis NABI MUHAMMAD S.A.W. Jadi, kita kena ikut apa yang telah disuratkan untuk panduan hidup kita. Betul tak kata ibu ni? Sara tahu tak? Memaafkan orang tu amat mulia perbuatannya dari orang yang meminta maaf. Hati kitapun rasa lapang.” Nasihat Sarimah panjang lebar. Sara terdiam. Mengakui kebenaran kata-kata ibunya.

“Dah lah tu. Jangan difikirkan sangat. Pergi berehat. Mungkin Sara penat sangat kot. Tu yang mudah sangat moody,” ujarnya lagi.

“Patutlah ibu jadi guru kaunseling. Pandai nasihatkan orang,” perli Sara selamba.

“Perkara mudah Sara, sebab ibu dah nasihatkan diri ibu dulu,” jawab Sarimah sambil melangkah keluar bilik.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Sarimah yang kebetulan ingin keluar membuka pintu. Wajah Zainab muncul.

“Ada panggilan untuk Sara,” beritahu Zainab. Sara memanggung kepalanya.

“Siapa Mak Lang?” soal Sara. “ Entah. Katanya bos Sara,” jawab Zainab. Sarimah memandang wajah anaknya yang sudah siap memakai baju tidur dan ingin berbaring diatas katil.

“My boss??? Apa yang dia nak malam-malam ni. Tak tahu ke Sara penat? He can order me right now!!!” Suara Sara tinggi tiba-tiba. Zainab pelik melihat kelakuan Sara yang tiba-tiba berang.


“Sara, bukakankah kita dan berbincang tadi. Tak elok membuat keputusan tanpa meneliti apa yang dia mahukan. Pergilah cakap dengan dia. Sara dengar dulu apa yang nak dia sampaikan. Kalau dia marah pada Sara, ibu akan marah dia semula,” janji Sarimah sambil bergurau. Sara melangkah malas menuju ke bawah. Sempat juga dia mencapai tudung kepala. Sarimah dan Zainab mengikuti langkah Sara dibelakang.

“Kenapa tu? Moody sangat nampaknya,” tanya Zainab. “Biasalah, anak manja,” balas Sarimah sambil tersenyum.

“Assalamualaikum,” ucap Sara tidak mesra seolah-olah terpaksa.

“Waalaikumsalam….. Sara,” jawab En. Fuad dihujung talian. Suaranya juga lemah. Dia tahu Sara terasa dengan kata-katanya dipejabat tadi. Dia tidak bermaksud begitu. Tapi, dia juga menerima banyak tekanan. Lagipun akhir-akhir ni, banyak masalah yang melanda. Sudahnya pada Sara dihamburkan semuanya.

Dia rasa bersalah yang amat sangat. Dia tahu Sara terlalu baik. Bukan hanya pada dirinya tapi pada keluarganya. Dia takut Sara akan berhenti kerja kerana kata-katanya tadi. Itulah sebabnya dia membuang rasa malu dan menelefon Sara.

“Saya minta maaf, Sara. Betul-betul minta maaf. Saya tak bermaksudpun nak cakap macam tu pada awak. Saya tak tahulah apa yang tak kena dengan saya hari ni,” luah En Fuad. Sara mendiamkan diri sahaja dan mendengar sahaja kata-kata bossnya.

“Sara saya tahu awak tersinggung. Tapi, saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Saya minta maaf.” Tak sudah-sudah En Fuad meminta maaf dari Sara yang tak bersuara dari tadi. “Awak masih marahkan saya?” Tanya En Fuad lagi.

“Saya tak marah Encik Fuad cuma terkilan dan kecil hati. Saya juga tertanya-tanya apa salah saya sampai macam tu sekali saya kena marah. Saya akan mengaku memang salah saya, tapi saya rasa silap saya kecil aje dan tak akan meyebabkan company jatuh bankrap.” Perli Sara. Encik Fuad pula yang terkedu. Dia teringat kembali kata-kata itu. Airmatanya kembali merembas keluar. Dia cepat-cepat menyeka airmata itu. Malu kalau dilihat tetamunya. Namun begitu dia rasa mereka pasti dapat meneka dia sedang menangis kerana suaranya telah berubah.

“Saya tahu. Tapi, semenjak dua menjak ni banyak sangat masalah yang saya hadapi. Dah tak tahan rasanya Sara. Kalau iman didada tak cukup kuat, dah lama saya bunuh diri terjun bangunan agaknya.” Luah Encik Fuad lagi. Sara terkejut dengan luahan ketuanya. Apa yang berlaku sebenarnya. Gumamnya didalam hati.

“Saya minta maaf. Fikiran saya buntu, Sara. Sebenarnya, Kamil baru sahaja disahkan mengidap leukemia. Kak Milah sekarang ni macam orang tak tentu arah. Siang malam menangis tak berhenti-henti. Saya dah tak tahu nak pujuk macamana. Kamil sekarang ni ada dihospital untuk menjalankan pemeriksaan lanjut untuk ditentukan dia sudah ditahap mana. Saya tak tahu nak buat apa, Sara,” luah Encik Fuad sayu. Sara terkejut. Tak habis-habis dia beristighfar.

“What??? Ya ALLAH, habis tu Kamil dihospital mana sekarang ni?” soal Sara sedikit menjerit. Terbayang dihadapannya keletah anak itu dan isteri Encik Fuad. Sarimah yang baru menatang air minuman sedikit terkejut mendengar suara Sara. Wajah Sara pucat serta merta.

“Ada di Ipoh Specialist. Mamanya ada menunggu. Kak Milah langsung tak mahu berenggang dengan Kamil,” beritahu Encik Fuad lagi.

“Bersabarlah Encik Fuad. Mungkin ujian dan dugaan ALLAH,” jawab Sara memujuk akhirnya. Dia masih lagi dalam terkejut. Lidahnya kelu fikirannya buntu.

“Tak tahulah. Tapi, saya minta maaf banyak-banyak sebab buat awak macam tu. Saya tak bermaksud begitu,” pintanya lagi.

“Tak apalah Encik Fuad. Lupakanlah. Saya tak simpan dalam hati.” Lembut tutur bicaranya semula. Kemarahan yang tersimpan sejak tadi menghilang.

“Tak apalah. Saya harap jangan pulak awak terfikir nak berhenti kerja. Matilah saya kalau macam tu.” Akhirnya ketawa meletus juga dimulut Encik Fuad wakaupun tak seceria selalu. Tapi cukuplah melahirkan apa yang terbeban dihatinya.

“Tadi tengah marah memang saya nak berhenti kerja. Tapi biasalah saya. Orang tengah marah macam-macam dia fikir. But you don’t worry. I takkan resigned. Maybe today I’m also in mood,” balas Sara.

“Baguslah kalau macam tu. Lega sikit rasanya. Okeylah……. Saya ni on the way back. Esok awak tak payahlah datang kerja. Saya beri cuti percuma pada awak,” gurau Encik Fuad lagi.

“Tak payahlah macam tu. Saya tak ada apa-apa. Tapi, tengok dululah macamana. Kalau saya tak terlajak tidur, saya menjelmalah dioffice tu. Kalau tak ada tu, maknanya saya sedang asyik dibuai mimpi. Cuma saya harap boss banyak-banyaklah bersabar. Semuanya dugaan Allah. Okeylah. Sayapun tak mahu ganggu lama-lama. Assalamualaikum.” Sara mematikan perbualan dengan Encik Fuad.




No comments:

Post a Comment