Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 29

Pagi itu mood Sherry bertukar serta merta. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya yang cantik itu. Satu tarikan yang ada pada dirinya menghiasi wajahnya yang bujur sireh itu. Daddy dan Mummynya merasa lapang dada. Mereka bimbang kalau-kalau anak gadis kesayangan mereka masih lagi murung.

Tan Sri Yahya dan Puan Sri Salmah menjaga Sherry bagai menatang minyak yang penuh. Semenjak kehilangan anak sulung mereka, Faidz Iskandar, mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada Sherry. Mereka tidak mahu ada sesuatu yang terjadi pada Sherry. Mereka juga tahu Sherry juga menderita akibat kehilangan tunangnya, Fakhrul. Masih terbayang diruang fikiran mereka bagaimana Sherry kehilangan arah sewaktu menerima perkhabaran kemalangan tersebut. Menangis dan meraung meratapi kehilangan dua insan yang amat disayanginya.

Semenjak dari itu, Sherry menjadi seorang yang pemurung. Pada mulanya mereka dengan berat hati melepaskan Sherry hidup sendirian diNew York tetapi mereka percaya Sherry dapat melakukannya. Alhamdulillah, mereka gembira dengan keadaan anak mereka sekarang. Walau sesibuk mana Tan Sri Yahya, tetapi dia tetap meluangkan masa untuk anak kesayangannya itu.

“Kenapa Daddy dengan Mummy tengok Sherry macam tu? Macamlah baru jumpa Sherry,” rungut Sherry apabila menyedari yang kedua orang tuanya memandangnya dari tadi. Dia segera membelek mukanya dan memerhati sekitarnya.

“Tak adalah. Muka Sherry tu dah cantik. Tak payah make-up pun tak apa. Siapa tengok anak Daddy pasti tertawan.” Sherry ketawa mendengar kata-kata daddynya

“Sherry ada apa-apa ke dengan Zack ke? Semalam balik bilik pukul berapa?” soal Mummynya pula. Sherry dapat mengagak apa yang sedang bermain difikiran Mummynya.

“Ha…… Mummy ni dah tak ada kerja lainlah ni. Sherry tak ada apa-apalah dengan dia. Diakan ke cousin arwah Fakhrul. So, kami memang rapat masa diUS dulu. Dia buat Master disana. Tak sangka pulak dia dah balik Malaysia. So, banyak la cerita. Mummy jangan nak fikir ke lain,” marah Sherry yang sudah mengerti maksud Mummynya.

“Ye la…. Anak Mummy dah besar. Takkan tak ada boyfriend?” tanya Puan Sri Salmah.

“Kalau ada orang ajak Sherry kahwin, Mummy suka tak?” soal Sherry menduga. Dia ingin melihat penerimaan orang tuanya. Menerima ataupun menolak. Tan Sri Yahya dan Puan Sri Salmah terkejut dengan pertanyaan anak mereka.

“Kenapa? Sherry dah ada boyfriend ye?” soal Daddynya. Sherry hanya mengangguk mengiakan kata-kata Daddynya. Tak mahu berselindung lagi.

“Tapi, Daddy............. kami tengah perang dingin.”

“Perang dingin?” terkejut Tan Sri Yahya dengan penjelasan anaknya.

“Ya… perang dingin. Dia ajak kahwin. Tapi, Sherry tolak,” beritahu Sherry apa yang telah terjadi antara dia dan Haikal.

“Tolak? Kenapa pulak?” soal Mummynya pula.

“I’m not ready to have any relationship now, Mummy. Haikal tak suka Sherry jadi model. Dia suruh Sherry tumpukan pada business Daddy. Lagipun kami baru kenal tak sampai setahun. Terlalu cepat to have any relationship, Mummy. I mean yang serius. Sherry takutlah,” ujar Sherry.

“So, apa Sherry nak buat sekarang?” soal Daddynya.

“Petang semalam tiba-tiba aje dia ajak Sherry kahwin. Katanya Mama dia dah nak pinangkan dia dengan satu girl ni. So, dia pun cakap dekat family dia yang yang dia dah ada steady. So, family dia bagi dia buat keputusan. So, I tell to him that I’m not ready yet. But, waktu tu Sherry tertinggi suara. Dia mengamuk dekat KLCC. I know I do mistake but he must understand my feeling too. So, kami bergaduh lagi,” cerita Sherry kejadian sebenarnya hingga membawa mereka kepusat peranginan ini.

“Lagi?” soal Mummynya kurang percaya.

“Kami selalu bergaduh, Mummy. Sebab perkara kecilpun dia nak ambil kisah. Kadangkala Sherry rasa dia nak jadikan Sherry ni the perfect woman for him,” terang Sherry.

“Baguslah tu. Semua orang nak macam tu,” ujar Daddynya.

“But for me Dad, its unfair. Why? Sherry rasa tertekan. Sometimes I boring. Rasanya Sherry tak ada kebebasan. Segalanya diatur dan terpaksa mengikut arahan. Sherry terpaksa hidup berpura-pura. Jadi manusia hipokrit. Pada Sherry biarlah kami saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam lagi. Kahwin ni bukan untuk sehari dua tapi for me I want to spend my life for him all the time. Lagipun Sherry nak tumpukan pada apa yang menjadi impian Sherry,” luah Sherry.

“Sherry tak menyesal kalau dia kahwin dengan orang lain nanti?” soal Mummynya inginkan kepastian.

“Sherry yakin dengan dirinya Mummy. Lagipun Sherry tahu hanya Sherry dihatinya. Kami love each other. Dia takkan dapat menerima seseorang itu dengan mudah. Dia seorang yang ego. Ego dia lebih tinggi dari diri dia sendiri,” ujar Sherry penuh keyakinan. Dia yakin dengan gerak hatinya tetapi tidak bagi kedua orang tuanya. Tapi biarlah andai itu keputusan Sherry. Fikir mereka. Tentu Sherry telah memikirkan buruk baiknya. Mereka Cuma boleh membantu memberikan sokongan sahaja. Selebihnya Sherry lebih bijak menentukan masa depannya sendiri. Mereka tidak ingin masuk campur sangat.

Sedang mereka berbincang, Zakuan datang menyertai mereka untuk menikmati sarapan bersama.
Haikal masih lagi diburu kerisauan. Janji pada Mama sepatutnya telah diberitahu dua hari yang lalu. Tapi, dia sendiri belum pasti dengan keputusannya. Apa yang seharusnya dilakukan sekarang? Sampai hari ini perkara ini masih lagi tertangguh. Bukan sikapnya suka memungkiri janji. Tapi, dia buntu mencari penyelesaian diri.

Kejadian siang tadi benar-benar merobek hatinya yang sememangnya sudah terluka. Lukanya terlalu dalam. Tidak pernah dia merasa kekecewaan begini. Hati dan perasaannya terhiris pilu. Sherry telah menghampakannya.

No comments:

Post a Comment