Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 28

Matanya dipejamkan rapat-rapat sambil air dari pancuran memercik kemukanya. Dia membiarkan air membasahi seluruh tubuhnya seolah-olah air itu menyapu segala beban masalah yang ada didalam dirinya. Haikal duduk termenung dibalkoni biliknya sambil memerhatikan taman milik Mamanya. Pandangannya kosong. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang. Sherry telahpun menyatakan pendiriannya. Mama dengan pilihannya. Bagaimana pula dengan aku? Apa pula keputusan aku. Dia atau Sherry? Ya ALLAH, bantulah aku. Haruskah aku mengikut kata-kata Mama ataupun menantikan keputusan Sherry yang entah bila? Hati siapa yang perlu aku jaga, Mama atau Sherry? Tapi, siapa yang akan mengambil berat akan perasaan aku? Apa yang perlu aku buat sekarang? Haikal buntu.

Sepanjang malam dia berkurung didalam bilik. Apabila adiknya memanggil untuk makan malam juga ditolaknya. Dia kehilangan selera untuk menjamah sebarang makanan. Kejadian petang tadi telah meragut segala seleranya.
Dirumah Sherry juga kebingungan dengan apa yang telah terjadi. Dia seperti baru bangun dari lena setelah bermimpi panjang. Seakan ada sesuatu yang telah mengejutkannya dari lena itu. Dia juga berkurung dalam bilik dan memikirkan apa sebenarnya yang telah terjadi. Dia masih keliru.

“Kenapa dengan anak Mummy ni? Dari tadi berkurung aje. Anything happen?” soal Puan Sri Salmah pada anak gadisnya. Dia masuk kedalam bilik itu dan merapati Sherry yang sedang duduk dibirai katil seolah-olah kebingungan. Perbuatan Sherry itu mengundang keresahan dihatinya. Apa yang telah terjadi? Detik hatinya.

“Sherry.........., apa yang berlaku ni? Kenapa ni? Are you okey?” soalnya lagi. Sherry memandang Mummynya dengan pandangan yang kosong.



“Mummy, boleh kita pergi holiday?” soal Sherry tiba-tiba. Entah dari mana datangnya idea gila ini. Puan Sri Salmah terkejut tetapi tidak menggambarkannya.

“Sherry nak holiday kemana? Swiss? France? Tokyo?” soalnya Puan Sri Salmah pada anaknya lagi.

“Kita pergi Genting je, okey tak Mummy? Kita ajak la Daddy sekali. Kita pergi sekarang, boleh?” pinta Sherry.

“Please Mummy, please........... Hari Ahad kita balik lah. Bukannya jauhpun,” pintanya lagi.

“Okeylah, nanti Mummy beritahu Daddy supaya batalkan appointment dia untuk dua hari. Sherry bersiaplah ya,” ujar Puan Sri Salmah mengalah. Tidak sampai hati untuk dia menolak bila melihat anaknya itu terlalu mengharapkan persetujuannya.

Puan Sri Salmah keluar dan menelefon suaminya untuk memberitahu permintaan anaknya. Nasibnya baik apabila suaminya juga bersetuju setelah dia memberitahu keadaan sebenarnya. Dia amat faham jadual suaminya yang sentiasa padat.

Setelah segala keperluan siap, mereka bertolak ke Genting. Tiba di Awana apabila hari sudah menginjak senja. Sherry masih lagi seperti tadi diam membisu. Tan Sri Yahya hairan melihat perubahan sikap anaknya. Dia merasakan Sherry seolah-olah berada dalam dunia ciptaannya sendiri tetapi dia diamkan sahaja. Dia membiarkan anaknya melayan perasaannya. Mungkin Sherry sedang dilanda masalah. Kalau tidak masakan anaknya akan bersikap begitu. Dia percaya kerana akhirnya Sherry akan memberitahu dia segala masalah yang dia hadapi. Begitulah yang selalu terjadi.

Mereka tiba apabila hari sudah gelap. Lantas Tan Sri Yahya menempah dua bilik suite di hotel Genting. Malam itu Sherry menjamah sedikit sahaja makanannya. Seleranya juga mati. Kejadian petang tadi benar-benar menghantuinya.

“Kenapa dengan anak Daddy ni? Dari tadi monyok semacam. Ada apa yang tak kena ke?” soal Tan Sri Yahya lembut. Dia tahu jiwa anaknya ini sensitif lebih-lebih lagi setelah kehilangan abang dan tunangnya serentak.

Sherry hanya memandang Daddynya tanpa kata. “Kalau Sherry diam macamana masalah nak selesai. Kita harus berbincang. Luahkan semuanya,” pujuk Daddynya lagi. Sherry mengeluh. Melepaskan nafasnya panjang seolah-olah melepaskan bebanan yang telah lama tertanggung.

“Entahlah Daddy. Susahlah Sherry nak cakap. Nantilah bila fikiran Sherry dah betul sikit, Sherry ceritakan. Sekarang bukan masanya,” jawab Sherry tegas.

“Sekarang ni fikiran Sherry tak betullah?” soal Daddynya penuh maksud tersirat. Sherry memandang Daddynya. Tan Sri Yahya tersenyum dan Sherry dapat menangkap maksud kata-kata Daddynya itu. Sherry mengerutkan dahinya mencari kepastian. Tan Sri Yahya ketawa besar.

“Daddy ni teruk betullah. Tak patut betullah bila Daddy cakap macam tu. Ada ke kata Sherry tak betul,” rajuk Sherry. Puan Sri Salmah yang menjadi pendengar turut sama ketawa. Sherry tersenyum.

“Ha….. senyumpun anak kesayangan Mummy akhirnya. Ingatkan dah tak tahu nak senyum macamana. Dari tadi asyik monyok aje. Risau Mummy. Lepas tu, tiba-tiba aje ajak pergi bercuti,” ujar Puan Sri Salmah pula.

“Tak apalah, Mah. Sekali sekala, apa salahnya. Abangpun penat juga. Dapat dua hari cutipun dah cukup. Dapatlah juga berehat juga,” sokong Tan Sri Yahya dengan cadangan spontan anaknya.

“Ya lah Mummy ni. Dapat pergi holidaypun nak bising.”

“Bukan pasal holiday ni Mummy bising tapi pasal muka Sherry yang masam sepanjang jalan. Itu yang Mummy risau,” terang Puan Sri Salmah. Sherry dan Daddynya tersenyum. Sedang mereka menjamu selera tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang. Sherry sekeluarga terperanjat. Sherry lebih-lebih lagi. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan seseorang yang amat dia rindui selama ini.

“Assalamualaikum……….” ucap pemuda itu. Lalu menghulurkan tangan bersalaman dengan Mummy dan Daddynya. Sherry masih lagi memandangnya tidak berkelip. Dia masih lagi terperanjat.

“Are you okey, Sherry?” soal Zakuan.

“When you coming back to Malaysia? Why you didn’t tell me? I miss you so much,” ujar Sherry dengan nada tersekat-sekat. Dia tidak menyangka akan bertemu sahabat baiknya semasa menuntut dulu. Zakuan juga merupakan sepupu kepada arwah Fakhrul.

“Hei…… satu-satulah. You ni terperanjat macamlah you baru jumpa hantu,” gurau Zakuan. Sherry cuba bertenang dan kembali tersenyum.

“Daddy……. Mummy……… sebenarnya Zakuan ni cousin arwah,” perkenal Sherry setelah menyedari Mummy dan Daddynya inginkan penjelasan.

“Tapi….. tak pernah jumpapun. Masa Sherry bertunangpun tak ada juga,” soal Puan Sri Salmah inginkan kepastian.

“Ya auntie….. Sebenarnya saya menetap diUK. Papa kerja dikedutaan. So, kami menetap disana. Masa diaorang bertunang tu memang kami tak balik. Tapi, masa arwah meninggal tu kami ada bersama-sama. Papa yang uruskan kepulangannya ke Malaysia,” cerita Zakuan serba sedikit. Dia tidak mahu terlalu mengungkit memori lama itu. Dia tahu keadaan Sherry semasa menerima berita itu dan sewaktu berjuang menghadapinya. Sherry pula mengangguk tanda bersetuju. Masih terbayang diruang matanya bagaimana keadaannya waktu itu. Masih hangat dalam kenangan itu.

“Jadi…… Zakuan ni anak Datuk Razak?” soal Tan Sri Yahya pula. Zakuan menganggukkan kepalanya.

“Ya ALLAH, kenapa tak beritahu tadi. Uncle kenal sangatlah dengan Papa Zakuan tu,” terang Tan Sri Yahya lagi.

“Panggil Zack aje, uncle. Senang dan simple,” ujar Zakuan lagi.

“Ewah…… ewah……. Sejak bila kau tukar nama ni. Zack konon. Blahlah,” usik Sherry pula.

“Bukan ke kau memang panggil aku, Zack. Kau lupa ke?” soal Zakuan.

“Just joking.” Sherry ketawa. Mummy dan Daddynya hanya memerhatikan gelagat mereka yang mesra.

Zakuan dan Sherry menghabiskan malam itu bersama. Kedua orang tuanya seolah-olah memberi ruang untuk mereka berbual lebih panjang.

“You buat apa sekarang? Jadi model lagi?” soal Zakuan.

“Ya.”

“Masih lagi ya dengan impian you tu . Dulu Fakhrul selalu temankan you pergi shooting,” ujar Zakuan perlahan mengimbau kenangan lalu. Baru dia tersedar yang dia telah tersalah kata. Dia telah mengingatkan Sherry pada Fakhrul.

“Kalau dia ada. Tapi dia dah tak ada, Zack. Dia dah pergi tinggalkan I macam tu aje. Kenapa Zack? Kenapa semuanya berlaku mendadak aje? I rindukan dia sampai sekarang ni. Tak pernak luak sayang dan rindu I pada dia,” ujar Sherry penuh emosi. Dihujung kata-katanya ada sendu yang akan datang.

“Sorry, Sherry. I tak bermaksud nak ingatkan you semua ni.” Zakuan menyedari perubahan suara Sherry.

“Tak apa, Zack. I dah biasa. I harus kuat.”

“Ya, you harus kuat dan tabah. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Mengenang kenangan tak mengapa tapi jangan berlebihan. Nanti memudaratkan diri. Lagipun you baru je sembuh. Nanti sakit semula,” nasihat Zakuan.

“Zack, kalau I beritahu you something you marah tak?” soal Sherry. Zakuan memandanganya.

“Beritahu apa? You nak beritahu yang you dah ada boyfriend baru?” perangkap Zakuan.

“Mana you tahu?”

“I tembak je tadi. Tak sangka pula mengena,” jawab Zakuan. “Apa yang dah terjadi ni,” soalnya lagi. Dia dapat merasakan sesuatu telah terjadi. Sherry menceritakan segalanya pada Zakuan. Tiada lagi rahsia. Habis diceritakan semuanya termasuklah Haikal mengajaknya berkahwin.

“So, apa yang susahnya?” soal Zakuan apabila Sherry memberitahunya yang dia telah menolak lamaran Haikal walaupun bukan secara mutlak.

“You tak faham la. I rasa kombinasi I dengan dia jauh berbeza. Dia tak macam Fakhrul. Easy going,” terang Sherry.

“Dah tentulah. Fakhrul is Fakhrul. Haikal is Haikal. Dah tentulah berbeza. You tak boleh samakan diaorang, Sherry. You kena ingat tu,” nasihat Zakuan.

“Itu I tahu, Zack. I ada dua masalah. Pertama I kena melupakan terus minat I pada dunia modelling ni sebab dia tak suka. Kedua, kenangan dulu masih menghantui I sampai hari ni. I fobia, Zack,” terang Sherry kedudukan sebenarnya.

“Sherry, sampai bila you nak biarkan dibelenggu kenangan lalu. You hidup didunia nyata sekarang. Bangun Sherry. Jangan terus terlena dibuai kenangan. Pada I tak salah kalau Haikal melamar. Dia juga ada sebabnya tersendiri. You kena tengok situasi dia pulak. Jangan terlalu membelenggu diri sendiri. Lepaskanlah apa yang sepatutnya. Tak salah menyimpan kenangan sebab kenangan itu yang akan mematangkan kita tapi jangan terus terbelenggu olehnya. Nanti you juga yang tersesat jalan. Mungkin dengan perkahwinan ini dapat membantu you lupakan segala yang telah terjadi? Siapa tahu? Biarlah kenangan tu menjadi sebahagian sejarah hidup you,” nasihat Zakuan.

Sherry terdiam. Benar kata-kata Zakuan tu. Dia harus melepaskan dirinya dari belenggu yang mengikat dirinya dengan kenangan semalam.

“Kalaupun I akan melepaskan diri I dari kenangan semalam, I tetap takkan berkahwin dengan dia buat masa terdekat ni,” kata Sherry tiba-tiba. Tegas.

“Pulak?” Zakuan terperanjat. “Kenapa?”soalnya.

“I kena memahami diri dia betul-betul. Kadang-kadang I bosan, Zack. Setiap kali jumpa mesti bergaduh. Pasal makanpun boleh bergaduh. Dia tu kepala angin sikit. You pun tahu I ni degil semacam. Boleh ke kami hidup bersama nanti. I takut nak hadapi semua tu,” terang Sherry.

“Semuanya terpulang pada hati kita Sherry. Naluri hati tak pernah menipu. Kalau you tak bersedia, terangkan semuanya. Jangan rahsiakan apa-apapun. Nanti dia akan anggap lain pula. Tak perlu you nak rahsiakannya. Lambat laun you kena tell him the truth juga. So, apa yang you tunggu lagi. You tak sayangkan dia? Tak cintakan dia?” soal Zakuan diakhir nasihatnya.

“Selepas Fakhrul, dialah yang ada dihati I ni. Tapi, I betul-betul tak bersedia untuk berkahwin sekarang ni,” Ujar Sherry lagi. Dia berharap agar Zakuan mengerti.

“Fine. Tapi ceritakan semua yangterjadi pada dia. Taklah nanti dia salah faham. Lagi teruk pulak jadinya. Yang you bagi tahu I kenapa?” soal Zakuan cuba menceriakan suasana.

“Sebab you faham keadaan I,” jawab Sherry.

“Dah you rahsiakan perkara sebenar tu kenapa? Kalau I sendiripun, I marah. Ada kekasih yang suka main teka-teki dengan I,” bela Zakuan pada pendapat Haikal. “I lelaki Sherry. I mengerti apa yang ada dalam hati Haikal tu. Bukan mudah seorang lelaki nak membuat keputusan untuk mengahwini seseorang tau. Nak hidup bersama seorang wanita sepanjang hayat dia. Macam-macam dia kena fikirkan. Kalau Haikal dah buat keputusan begitu, bermakna dia dah bersedia segalanya. Janganlah you meramalkan apa yang akan terjadi hari esok. Sepatutnya you berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk you,” nasihat Zakuan lagi.

“Habis tu apa yang I nak buat sekarang ni?”

“Senang aje. Kalau I boleh faham keadaan you, Insya ALLAH, dia juga akan faham. Cuma you perlukan berterus terang mengapa you tak bersedia untuk berkahwin sekarang. Dia akan faham. Percayalah,” ujar Zakuan memberi semangat. Sherry mengiakan kata-kata Zakuan didalam hati.

Malam semakin larut tatkala mereka meninggalkan taman tema Genting. Sherry masih lagi memikirkan kata-kata Zakuan. Ada kebenarannya juga. Dia perlu berterus terang dengan Haikal. Dia perlu nyatakan mengapa dia tidak bersedia untuk berkahwin sekarang ini.

No comments:

Post a Comment