Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 27

Sherry, boleh kita berjumpa petang ni?” tanya Haikal ketika dia menghubungi kekasihnya itu untuk menyelesaikan masalah yang masih lagi tergantung. Walaupun Mama tidak memaksanya namun janjinya pada keluarga telah hampir tiba. Dia harus menunaikan janjinya.

“Okeylah,” jawab Sherry sedikit marah. Dia merasakan Haikal sedang mengarahkannya. Dia malas bersoal lebih panjang. “Hmm…….. dekat mana?” soalnya lagi.

“Dekat KLCClah. You tunggu I dekat Starbuck Coffee. Dekat sikit dengan office I. Pukul 5 petang,” arah Haikal.

“Hmm.......... okeylah. Nanti I datang,” balas Sherry perlahan. Malas dia berbalah dengan Haikal. Selalunya dia akan mengalah. Kadangkala terfikir juga dia beginikah mereka selalu andainya jodoh mereka panjang.



Haikal amat berbeza dengan Fakhrul. Terlalu berbeza. Fakhrul selalunya akan mendiamkan diri apabila dia marah dan akan menerangkan segalanya apabila kemarahanya reda. Haikal pula tetap dengan pendiriannya tak kira apa yang berlaku. Sebaliknya dia pula yang akan mendiamkan diri. Kadangkala dia merasakan yang dia telah menjadi manusia hipokrit apabila terpaksa menyembunyikan sesuatu hanya kerana orang kesayangannya. Dia selalu beralah apabila bersama dengan Haikal. Itu bukan kemahuannya. Dia mahu menjadi dirinya yang sebenar.

Sherry bersiap ala kadar dan pergi ketempat yang dijanjikan. Haikal akan marah sekiranya dia terlewat. Pernah sekali dia terlewat lima minit tetapi dia terpaksa mendengar leteran Haikal setengah jam. Sudahnya dia mencapai kunci kereta dan balik. Dua minggu dia tidak menghubungi Haikal hinggalah Haikal datang kepadanya memohon maaf. Seingatnya itulah kali pertama Haikal memohon maaf darinya.

Sherry sampai tepat seperti yang dijanjikan. Kelihatan Haikal sedang menunggu dirinya dengan senyuman. Dia membalas senyuman Haikal. Dihadapannya telah tersedia hot cappucino. Dia suka dengan cara Haikal itu. Haikal akan memanjakan dirinya dan sentiasa memastikan dirinya mendapat yang terbaik. Haikal sentiasa bersikap seperti seorang gentleman. Cuma sikap panas barannya yang keterlaluan dan sukar dijangka itu yang membuatkan kadangkala Sherry muak dengan Haikal.

“Apa hal you nak jumpa I? Macam mustahak sangat,” soal Sherry setelah meneguk air minumannnya.

“I rindulah dekat you. Dah banyak hari tak jumpa,” jawab Haikal selamba. Dia memandang wajah Sherry yang duduk berhadapan dengannya. Sherry tersenyum manis.

“Ya ALLAH. I ingatkan apalah yang mustahak sangat. Rindu aje. You ni macam budak-budaklah, Kal,” ujar Sherry ketawa. Mengejek.

“Tak boleh ke?” soal Haikal perlahan seolah-olah merajuk.

“Tak adalah. I dengar macam mustahak sangat. You cakap tadi ada hal nak dibincangkan. Takkan sebab you rindu aje. Tak percayalah I,” jawab Sherry cepat-cepat agar Haikal tak terasa hati dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Memanglah ada hal yang sangat mustahak. Antara hidup dan mati I,” beritahu Haikal selamba. Sherry yang sedang meneguk minumannya tersedak. Dia terkejut.

“Kenapa? You sakit ke?” Sherry segera meletakkan tangannya dikepala Haikal dan kemudian dilehernya. Tindakan spontan darinya. Perbuatannya itu mengundang ketawa pada Haikal.

“Bukanlah. You ni kesitu pulak. I sihatlah,” jawab Haikal sambil mengambil jemari Sherry dan digenggam lembut. Sherry kembali lega. Sebentar tadi dadanya seakan mahu pecah kerana terkejut.

“You ni......... suka buat I panik. Cakap berbelit-belit. Cuba berterus terang, kan senang,” rajuk Sherry.

“You sayangkan I tak?” soal Haikal. Sherry terperanjat dengan pertanyaan Haikal. Apa kenanya pulak ni? Soalan bodoh betullah. Gerutu Sherry.

“You ni kenapa, Kal? Apa yang tak kena sebenarnya. Pelik sangatlah perangai you petang ni. Lepas tu tanya I soalan pelik-pelik,” soal Sherry semula. Dia semakin hairan dengan tingkah Haikal.

“I cuma tanya you itu aje. Susah sangat ke nak jawab?” jawab Haikal perlahan. Hatinya terusik.

“Tak adalah. Selama hari ni tak pernah pulak you tanya I soalan tu, kenapa?” soal Sherry lagi.

“Just answer my question Sherry?” tinggi suara Haikal. Dia bengang. Bosan.

“Okey……. Okey….. truly I memang sayang pada you,” jawab Sherry sambil memandang tepat mata Haikal. Haikal dapat merasakan Sherry benar-benar maksudkan apa yang telah diucapkan.

“You sanggup berkorban apa saja untuk I?” soal Haikal lagi.

“Insya ALLAH. Selagi I terdaya dan tak melanggar perintah ALLAH,” balas Sherry lagi.

“Kalau macam tu apa kata kalau kita kahwin?” ucap Haikal. Sherry terperanjat besar dengan permintaan Haikal. Dirinya dilamar. Dia terpegun. Lidahnya kelu. Dia tidak menduga sama sekali.

“Apa? Kahwin? Dengan you?” soal Sherry. Soalan Sherry lintang pukang. Tidak tersusun.

“Kalau bukan dengan I dengan siapa lagi. Takkan you ada orang lain kot,” jawab Haikal sambil tersenyum. Dia tahu Sherry mengelabah. Dia dapat merasakan kerana jemari Sherry sejuk walaupun berada dalam genggamannya.

“Tapi……. I ………. I……….” tergagap-gagap Sherry mencari alasan. Dia tidak tahu apa yang seharusnya dia beritahu pada Haikal sedangkan Haikal memandangnya dengan harapan. Sherry serba salah. Sherry menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kata. Dia perlu memulihkan segala urat sarafnya yang tegang akibat terkejut dengan permintaan Haikal.

“Haikal…….. I bukannya tak setuju dengan permintaan you tu. Tapi, you tak terfikir ke yang benda-benda ni terlalu mendadak buat kita. Kita baru aje kenal. Family kitapun bukannya kenal lagi. You tak pernah jumpa family I, begitu juga sebaliknya. Banyak yang harus kita fikirkan,” jawab Sherry beralasan.

“I boleh jumpa family you anytime, Sherry. Kalau you nak I lamar you depan diaorangpun I berani,” ujar Haikal. Sherry memandangnya tanpa kelip.

“Kal, perkara ni bukannya main-main tau. Ini soal masa depan. Kita bukannya boleh buat keputusan tergesa-gesa. Lagipun I tak bersedia lagi untuk berumahtangga. You pun tahukan,” tegas Sherry lagi.

“You bimbang sebab I akan suruh you berhenti jadi model? Itu sebabnya yang you bagi I alasan ni?” soal Haikal pula.

“Itu salah satu sebabnya. Dan I ada sebab yang lebih besar kenapa I tak boleh kahwin sekarang dan I tak bersedia untuk beritahu you,” jawab Sherry mengharapkan pengertian dari Haikal. Dia tidak bersedia untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya. Dia masih lagi dihantui kenangan pahit itu.

“Apa sebenarnya yang you sembunyikan dari I, Sherry?” soal Haikal tiba-tiba marah. Dia rasa Sherry sedang mempermainkan perasaannya. Dia rasa tercabar.

“Please Haikal. I hope you understand me. I tak minta apa-apa cuma pengertian. I sayang dan cintakan you. Tapi, I tak bersedia untuk berkahwin lebih-lebih lagi sekarang. I baru nak bina diri dan kerjaya I,” Sherry separuh merayu. Dia berharap agar Haikal lebih bertolak ansur.

“Kerjaya yang tak memberikan keuntungan tu yang you nak pertahankan sampai you tak mahu kahwin dengan I? Apa yang you dapat? Keseronokan? Pakai pakaian yang mewah? Itu yang you cari? I boleh beri semuanya, Sherry kalau itu you jadikan alasan,” tuduh Haikal serta merta. Marahnya cuba ditahan.

“You jangan nak tuduh I, Haikal. I ada sebabnya,” marah Sherry. Dia merasakan kesabarannya hampir hilang apabila mendengar kata-kata Haikal yang dianggapnya menghina itu. Dia tahu sehingga kini Haikal tidak dapat menerima yang dia seorang model. Tetapi sepatutnya Haikal menghormati keputusannya. Itu yang dia mahu Haikal faham.

“Apa sebabnya? You tell me the truth. Kalau you sembunyikan macamana I nak tahu,” paksa Haikal.

“I’m sorry, Haikal. I can explain but not now. I have a good reason for it. I hope you understand my feeling,” rayu Sherry. Dia benar-benar tidak dapat meluahkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Jiwanya akan kembali tidak tenteram.

Peristiwa hitam itu masih terbayang diruang matanya. Dia bukan ingin melupakannya kerana dia yakin dia tidak akan dapat melupakannya. Tetapi biarlah apa yang terjadi terlepas dari dirinya. Dirinya masih terbelenggu oleh memori lama.

“You masih tak pasti dengan cinta inikan?” duga Haikal setelah melihat Sherry membatu.

“Jangan cakap macam tu,” jawab Sherry lemah.

“You tahu tak I hampir putus akal bila memikirkannya. I ingatkan you akan setuju dengan apa yang akan I katakan ni,” beritahu Haikal.

“Kal, apa sebenarnya yang berlaku? I tak fahamlah. You tiba-tina desak I,” soal Sherry ingin tahu.

“Sebenarnya Mama I nak kahwinkan I dengan seseorang. Dia dah berkenan dengan one girl,” jawapan Haikal mengundang ketawa besar Sherry sehingga orang-orang sekeliling mereka memerhatikan gelagat Sherry. Sherry segera menutup mulut tetapi badannya masih lagi bergoyang menahan ketawanya. Haikal memandang Sherry dengan geram. Dia tahu Sherry sedang mentertawakannya. This is jokes? Soal hatinya.

“Kenapa you ketawa? Apa yang lucunya?” soal Haikal pelik.

“You lah. Cerita you. Macam drama TV pulak. Mama you suruh kahwin dengan pilihan dia, lepas tu you tak setuju sebab sudah ada pilihan sendiri,” jawab Sherry sambil tersenyum panjang.

“You ingat I main-main ke Sherry?” marah Haikal apabila dia melihat Sherry masih tidak serius. Sherry terkesima mendengar suara Haikal. Dia terkejut dan memandang Haikal. Haikal juga serius.

“You tahu tak I bergaduh dengan Mama I kerana hal ni dan bila I beritahu pada you, you boleh ketawakan I. You tengok muka I ni, I main-main ke?” marah Haikal. Sherry terdiam. Haikal sedikit kecewa bila penjelasan tidak diambil serius oleh Sherry. Adakah Sherry bener-benar menyintainya? Hatinya berbelah bagi.

“You tahu tak I pening kepala bila teringat macamana nak beritahu pada you. Berhari-hari I tak boleh nak tumpukan pada kerja. I runsingkan you dengan Mama. Kerana nak pertahankan cinta kita, I bergaduh dengan Mama. I tak minta banyak Sherry, hanya pengertian you. Memang I akui I tak bersetuju you jadi model sebab I ada sebabnya. Tapi, I tak halang kalau you nak ambil alih business Daddy you. Bukan I menghina apa yang jadi minat you tu tapi you kena faham usia kita semakin meningkat tapi you baru nak merangkak-rangkak dalam dunia ni. Buang masa Sherry. Why not kalau you tolong Daddy you. I pun boleh tolong you kalau you nak,” rayu Haikal. Dia mengharapkan agar Sherry mengerti maksud hatinya.

Reaksi Sherry pula berbeza. Kepalanya berserabut antara permintaan Haikal dan kemahuan hatinya. Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah sesuatu yang mudah. Semuanya perlukan pengorbanan. Sanggupkah aku berkorban sekali lagi? Sedangkan hatiku ini masih lagi belum pasti. Jalan mana yang perlu aku tujui antara hatiku ataupun perasaannya?

“Kenapa you diam aje? Cakaplah something at least I tahu apa yang berlegar dalam kepala you tu,” ujar Haikal apabila Sherry hanya diam membisu.

“Kenapa cepat sangat, Kal? Kita baru aje kenal. I tak bersedia lagi,” jawab Sherry.

“Sebenarnya I dah lama fikirkan hal ni. You ingat tak I selalu bagi hint pada you. Lagi dua tahun I’m thirty, Sherry. Ramai kawan-kawan I yang dah beranak-pinak. Kadangkala I jelous tau. Bila ada isteri dan anak lain rasanya. I dah bersedia untuk pikul tanggungjawab tu. Kita sama-sama bina rumahtangga kita,” ujar Haikal penuh harapan.

“I’m sorry, Kal. I takut gagal lagi. I tak sanggup nak hadapinya sekali lagi,” ujar Sherry tanpa sedar katanya.

“Sekali lagi? What do you mean by sekali lagi’?” soal Haikal pelik. Seolah-olah Sherry sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

“Apa juga alasannya, I tak mahu berkahwin sekarang. I tak mahu. I tak bersedia. Itu keputusan I dan you perlu terima.” Tinggi suara Sherry tiba-tiba. Suasana yang hingar bingar petang itu terdiam seketika apabila mendengar suara Sherry.

Haikal terkesima. Tidak pernah Sherry meninggikan suara padanya selama ini. Dia memandang Sherry tajam. Marah yang teramat. Dia merasakan dadanya terbakar. Dia malu bila semua mata memandang kearah mereka.

“Kalau you tak setuju, I don’t care but jangan you cuba nak tinggikan suara you. Salah ke apa yang I cakapkan? You sebenarnya yang pentingkan diri sendiri. Sampai bila kita nak macam ni. Hidup tak ada arah tujuan. I want you to marry me bukannya I nak buat apa-apa dengan you,” marah Haikal. Dia terkilan dengan sikap Sherry yang memandang enteng permintaannya.

Tahap kemarahannya sudah sampai ke kepala. Dia tidak dapat menahannya. Sebelum terjadi apa-apa, Lantas dia bangun dan meninggalkan Sherry seorang diri termangu-mangu. Sherry mengakui yang dia memang silap. Silap kerana meninggikan suranya pada Haikal. Silap dalam semua hal. Dia menyalahkan dirinya. Lalu dia bangun meninggalkan ‘Starbucks Coffee’ mengikut alunan langkah kakinya. Dia sendiri tidak pasti.

Haikal meninggalkan KLCC dengan perasaan yang teramat marah. Mujur juga rumahnya yang terletak diJalan Ampang tidak mengambil masa yang lama untuk sampai kerumah. Sesampainya dia terus menuju kebiliknya dan berendam dalam tab mandian. Hanya pancuran air sahaja yang dapat menenangkan jiwanya saat ini. Dia sama sekali tidak menyangka sebegitu sekali perlakuan Sherry terhadapnya. Dia kecewa. Salahkah aku kerana ingin mengahwininya? Salahkah? Soal Haikal didalam hati.

No comments:

Post a Comment