Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 25

Kesukaran melafazkan pengucapan perpisahan
kepada yang setia
Tapi terpaksa kulakukan
kerana ku tidak mahu terus berpura-pura

memang pernah ku berjanji
kau yang pertama dan terakhir
tapi aku memungkiri
tidak dapat ku terima dua cinta didalam hati
maafkanlah ku sayang……….


Airmata tidak jemu-jemu menemaniku saat ini. Sama seperti malam-malam yang lepas. Hanya dia sahaja yang menjadi teman tatkala hatiku dirundung pilu dan sayu. Berpisah dengan orang yang tersayang bukanlah perkara mudah tapi aku terpaksa.

Deringan telefon mematikan lamunan Sara yang dari tadi berkurung dalam bilik. Segera diangkat agar ibunya tidak terganggu tidurnya.

“Hello,” jawab Sara malas. Perlahan suaranya. Matanya memandang kearah jam yang berada disisi katilnya. Sudah sebelas malam. Hai, siapalah yang call malam-malam buta ni. Kacau betullah. Rungut hatinya.

“Assalamualaikum…………… Sara akulah, Ris.” Arissa mengucapkan salam.

“Apahal kau call aku tengah-tengah malam ni. Aku mengantuklah. Nak tidur ni. Esok nak kerja lagi,” marah Sara. Dia tahu Arissa takkan terasa hati dengan kata-katanya.

“Jangan nak bohong dengan aku. Macamlah aku tak kenal dengan kau. Kalau kau dah marah-marah ni, kau tak mengantuklah tu.” Sara tertawa mendengar kata-kata sahabatnya.

“Kau tak tidur lagi ke?” soal Sara.

“Tak. Sibuk sikit sekarang ni. Banyak kes aku nak tengok. Maklumlah orang baru. Macam-macam diaorang suruh aku buat. Macam kena buli aje,” rungut Arissa. Sara kembali ketawa.

“Biasalah. Kena belajar susah dulu. Kalau tidak mana nak timba pengalaman. Macam aku dulu juga. Bila dah ada sedikit pengalaman, senanglah sikit. Take it as a challenge, baby,” pujuk Sara yang amat tahu sikap kurang sabar Arissa. ‘bad temper’. Macamana boleh jadi peguam, entahlah....... bisiknya.

“Tapi, aku peliklah Sara. Macamana kau yang berkelulusan computer sience, boleh jadi secretary? Tak susah ke tukar bidang ni?” soal Arissa.

“Susah juga nak ‘catch-up’ mulanya. Tapi semuanya terpulang pada hati kita. Aku ingat lagi masa mula-mula dulu. Kelam kabut juga aku dibuatnya. Tapi, aku belajar dari setiap kesalahan yang aku buat. Alhamdulillah. Sekarang ni aku taklah sangat buat kerja tu sebab aku dah ada pembantu. Aku kini lebih tertumpu kepada secretary of project. Aku perlu pastikan setiap project schedule berjalan lancar,” terang Sara. “Apahal pulak malam ni kau tanya tentang kerja aku? Tak pernah-pernahpun. Tebiat ke?” gurau Sara.

“Aku sebenarnya boring sesangat kat sini. So, aku call la kau. Jangan la marah. Eh….. dah terlanjur aku call kau ni, aku nak tanyalah sikit?” soal Arissa penuh curiga.

“Soal apa? Kau ni ada-ada ajelah.” Sara tahu apa yang bakal disoal oleh Arissa. Dia bersiap sedia agar jawapan yang diberi memuaskan hati sahabatnya itu.

“Macamana dengan hal hari tu? Maksud aku hal merisik tu? Dah okey ke?”

“Dah,” jawab Sara pendek. Malas untuk dia panjangkan persoalan itu. Hatinya masih lagi dirundung sedih.

“Apa keputusan kau?”

“Entahlah. Yang pasti aku dah jumpa dengan Azman. Dan kata putusnya aku dah beritahu pada dia.”

“Apa yang kau beritahu dia?”

“Berpisah walaupun sukar.” Airmata Sara kembali mengalir. Terlalu perit untuk mengenang saat-saat itu kembali. Masih dia ingat langkah kaki Azman meninggalkan dirinya sendirian petang itu. Penuh kelukaan dan kesedihan yang tak tertanggung.

“Aku terpaksa, Ris. Salah seorang harus berkorban dan aku rasa Azman paling layak sebab antara ibu dan dia, aku paling sayangkan ibu. Aku sanggup kehilangan Azman walaupun perit tapi kalau aku hilang ibu mungkin aku mati,” luah Sara bersama tangisannya.

Dihujung talian Arissa terdiam. Dia turut merasakan kesedihan sahabatnya itu. “Sabarlah Sara. Mungkin apa yang terjadi ini dugaan ALLAH dan akan ada hikmahnya nanti. Insya ALLAH. Kau anak yang baik, Sara. ALLAH akan tolong kau. Sabarlah,” pujuk Arissa walaupun dia merasakan tiada kata-kata yang selayaknya diucapkan kala itu. Walau apapun perkataan yang keluar tidak akan dapat merawat hati Sara yang terluka. Dia memahami situasi yang dihadapi oleh Sara saat ini.

“Apa lagi yang tinggal untuk aku selain dari kesabaran, Ris. Hanya itu yang aku ada. Hanya itu yang menguatkan semangat aku untuk terus berjuang. Hati aku perit, Ris. Aku menangis dalam diam. Tak siapa yang tahu. Tak siapa yang mengerti apa yang sedang aku tanggung, Ris,” tangis Sara lagi.

“Mungkin aku tak merasainya tapi aku tahu ianya memang perit. Aku nak kau tahu, walau apapun yang terjadi, kau boleh ceritakan dengan aku. Kau boleh luahkan pada aku bila-bila masa. Mungkin aku tak sentiasa disisi kau tapi aku nak kau tahu yang aku sentiasa disamping kau tak kira susah atau senang,” ujar Arissa perlahan. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan keresahan dan kegelisahan Sara saat ini.

“Terima kasih kerana memahami keadaan aku,” balas Sara. Dia kembali tenang.

Tidak lama kemudian mereka memutuskan talian kerana sudah awal pagi. Namun matanya masih tidak mahu tertutup. Masih lagi memikirkan tentang Azman. Bagaimanakah keadaan dirimu,sayang? Akhirnya dia terlena bersama airmata.


No comments:

Post a Comment