Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 21

Datin Halimah terdiam bila Haikal berterusan menyalahkannya dan mengungkit kisah silamnya. Salahkah aku untuk melihat anak-anakku hidup bahagia. Salahkah aku untuk mencari jodoh untuknya. Aku hanya mahu melihat dia hidup bahagia dan aku yakin dengan pilihan ku. Salahkah aku buat semua ini untuk anakku sendiri? Pelbagai persoalan muncul dilaut fikirnya. Dia sedih. Namun airmata ini tidak seharusnya menitis kala ini. Segera dia kuatkan hati dan perasaannya.

“Maafkan Mama, Kal. Mama tak sangka Kal marah sampai macam ni sekali. Tak apalah. Kal fikirkanlah dulu. Apa jua keputusan Kal, Mama akan ikut. Kal dah besar. Tapi cuma satu permintaan Mama untuk kali pertama dan terakhir sebagai seorang Mama. Boleh tak kalau Kal beritahu Mama jawapannya selewat-lewatnya hujung bulan ni. Mama dah berjanji. Mama kena tunaikan janji Mama,” ujar Datin Halimah sayu. Lantas dia segera melangkah menaiki tangga untuk kebiliknya dengan longlai.

Datuk Hisham hanya memerhati isterinya mengatur langkah. Dia tahu isterinya terluka. Begitu juga Hasleena. Haikal terduduk. Dia melepaskan keluhan yang panjang. Rasa bersalah menyelinap dihatinya. Dia telah mengusik hati Mamanya. Dia mengeluh. Baru tersedar yang dia sudah terlepas kata. Dia menggeleng beberapa kali. Keluhan kesalan dilepaskan.

Dipertengahan jalan airmatanya yang ditahan berderai jua. Hasryll yang bertembung dengannya juga tidak dihiraukan. Semua yang berada diruang tamu membisu.

“Papa, kenapa dengan Mama? Kenapa Mama menangis?” soal Hasryll yang tidak mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi. Hasryll pelik. Suasana diruang tamu membeku. Dia melihat muka Papa, abang dan kakaknya. Semuanya membisu. Sebentar tadi dia segera keluar apabila mendengar suara lantang abangnya yang jelas kedengaran sehingga kedalam biliknya. Mungkin sesuatu telah terjadi. Fikirnya.

“Tak ada apa-apa, Ryll. Don’t worry. Pergilah study. Leen..., dah malam ni. Esok ada kuliah. Kal, Papa tak mahu komen apa-apa. Cuma Papa nak beritahu Kal dah lukakan hati Mama. Mama bukannya suruh Kal bersetuju dengan permintaannya tetapi dia cuma ingin berbincang. Tak banyak yang dia minta Kal. Tak perlulah Kal nak tinggikan suara macam tu sekali. Tak perlulah Kal nak ingatkan kembali kisah duka tu. Hati Mama benar-benar terluka. Salahkah dia meminta secebis haknya sebagai seorang Mama?” soal Datuk Hisham pada Haikal sebelum meninggalkan mereka yang masih terkejut dengan apa yang terjadi.
Haikal masih lagi diburu keresahan. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya. Pelbagai perasaan menyelimutinya saat ini. Bersalah, terkejut dan buntu, bersimpang siur dalam dirinya. Dia keliru. Bersalah kerana mengungkit kembali kisah silam Mamanya serta meninggikan suaranya. Terkejut dengan permintaan Mamanya yang datang secara tiba-tiba dan buntu dengan pilihan Mamanya sedangkan hatinya hanya milik Sherry seorang. Apa yang harus aku lakukan? Soalan ini bertalu-talu menerjah kotak fikirannya.

Pagi itu kesunyian sahaja yang menemani Datuk Hisham dan Hasleena ketika sarapan. Masing-masing masih lagi dihantui kejadian semalam. Haikal dan Hasryll mungkin telah keluar pada awal pagi, agak Datuk Hisham. Setelah apa yang berlaku malam tadi, dia merasakan mereka semua sedang melarikan diri antara satu sama lain. Datin Halimah juga langsung tidak mahu menunjukkan mukanya walaupun suaminya mengajak bersarapan bersama sebentar tadi. Dia masih terkilan dengan Haikal.



“Marilah Imah. Takkan abang nak makan seorang diri. Selama hari ini, Imah yang selalu temankan abang. Tiba-tiba hari ini Imah tak ada pulak. Tak berselera abang nanti. Lagipun dah tua-tua ni tak elok merajuk. Nanti semakin berkedut muka Imah tu,” gurau Datuk Hisham. Datin Halimah tersenyum. Faham benar dengan sikap suaminya yang memang suka bergurau dan pandai memujuk cuma sekarang ni, dia perlukan ketenangan.

“Imah bukannya tak mahu temankan abang dan Imah bukannya merajuk. Cuma Imah nak bersendirian aje. Imah nak fikirkan kembali kata-kata anak kita tu. Mungkin ada betulnya,” lembut Datin Halimah menolak. Datuk Hisham duduk dibirai katil sambil memerhatikan isterinya yang masih lagi bersandar dikepala katil. Digenggam jemari itu.

“Jangan fikirkan sangat hal semalam tu. Kalau niat kita baik, ALLAH akan tunjukkan jalan. Abang tahu Haikal tak bermaksud macam tu. Dia cuma terkejut dengan permintaan kita yang tiba-tiba,” pujuk Datuk Hisham. “Abang risau nak tinggalkan Imah macam ni. Abang tahu Imah tak sihat.” Datuk Hisham meluahkan kebimbangannya pula. Dia bimbang kalau-kalau penyakit jantung isterinya kembali menyerang. Tangannya mengusap lembut wajah isterinya yang pucat.

“Jangan bimbang. Imah tak ada apa-apa. Abang pergilah kepejabat. Kalau ada apa-apa nanti, Imah suruh Kak Ainon call abang. Jangan bimbang,” janji Datin Halimah. Datuk Hisham mengeluh dan tidak mahu terus memaksa. Dikucup dahi isterinya tanda cintanya yang tak pernah pudar malah semakin berkembang dari sehari kesehari. Dia terlalu menyayangi isterinya.

“Abang pergi dulu. Jaga diri.” Datuk Hisham melangkah keluar dari bilik itu.

“Papa, Mama mana?” tanya Hasleena mengejutkan lamunan Datuk Hisham.

“Mama tak sihat. Ada diatas. Nanti Leen pesan pada Mak cik Ainon tolong hantarkan sarapan pada Mama dalam bilik. Lepas tu kalau ada apa-apa, call Papa dioffice. Mungkin after launch nanti Papa balik,” arah Datuk Hisham pada anak gadisnya.

“Mama sakit ke Papa? Kalau macam tu biarlah Leen tak pergi kuliah pagi ni. Petang nanti bila Papa balik Leen pergi. Okey tak, pa?”aju Hasleena.

“Boleh juga lah Leen. Papa risau kalau Mama jatuh pitam. Nanti kalau ada apa-apa, Leen call Papa dioffice. Papa tak kemana-mana pagi ni. Nanti Papa balik, okey,” ujar Datuk Hisham sambil berdiri. Dikucupnya dahi anak perempuannya itu.

Perjalanan kepejabat yang terletak diBangunan Phileo Jalan Tun Razak serasa mengambil masa yang terlalu lama walaupun perjalanannya dari rumah hanya lima belas minit. Wajah Haikal semakin muram. Staff-staffnya juga perasaan dengan perubahan wajah Haikal. Kali ini lebih teruk dari hari-hari semalam. Julia yang baru sampai kepejabat melihat bilik bosnya sudah terang. Tanda Haikal ada didalam. Eh? Awal pulak dia hari ni? Selalunya on-time. Kalau awalpun tentu dia bersarapan bersama Johari. Kenapa pulak la orang tua tu pagi ni? Angin apa pula la yang dia bawanya? Rungut Julia sendirian.

“Assalamualaikum, Encik Haikal. Encik Haikal nak minum?” tanya Julia sewaktu membuka pintu bilik bosnya. Haikal hanya memandang wajah setiausahanya yang jelas serba salah itu.

“Waalaikumsalam. Tak mengapalah Jue. Saya dah minum pagi tadi. Oh ya Jue, saya tak mahu diganggu oleh sesiapapun pagi ini walaupun Sherry yang call, okey. Saya tak sedap badan,” arah Haikal lembut. Julia mengangguk tanda faham dan segera menutup kembali pintu bilik itu. Hai! Nasib baik tak kena sergah. Bisiknya. Lembut pulak kata-katanya. Tak macam selalu. Tapi kenapa muram semacam aje? Soal Julia sendirian.

“Hoi! Kau menung apa?” Sergah Milia tiba-tiba. Terkejut Julia. Dia mengurut dadanya yang berdebar hebat.

“Hoi Lia! kau nak bagi aku mampus ke? Main sergah aje. Kau nak apa pagi-pagi buta ni? Aku sibuklah,” balas Julia geram. Bukannya dia tak tahu perangai Milia yang selalu suka jaga tepi kain orang. Kalau nak bergosip serahlah pada dia. Mamak yang jual cendol tepi jalan tu pun dia tahu siapa isterinya. Memang kaki kepoh.

“Saja aje. Takkan nak marah kot. Maaflah. Tak boleh ke aku datang sini?” soal Milia sedikit merajuk. Terkilan dengan kata-kata Julia tapi memang salahnya kerana mengejutkan Julia sebentar tadi.

“Tak adalah. Lain kali jangan buat macam tu. Nasib baik jantung aku ni kuat lagi. Kalau tidak dah gol, tahu tak?” marah Julia.

“Sorry.”

“Boss kau tak masuk lagi ke?” soal Julia. Milia adalah setiausaha kepada Encik Rahman pengurus bahagian sumber manusia.

“Kau ni lembaplah. Satu office kerjapun tak tahu dia kemana. Dia tak ada. Bercuti dua minggu,” jawab Milia sambil melabuhkan dirinya diatas meja Julia pula.

“Jadi kau ni tengah bosanlah. Tu yang kau ada masa nak kacau orang. Dah lah. Aku sibuk ni. Bos aku ada didalam tu. Nampak dek dia nanti habislah kau.” Serentak itu juga Milia bangun dan pergi dari situ.

No comments:

Post a Comment