Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 20

Telefonnya masih berada digenggamannya. Maafkan I, Haikal. I belum bersedia. Maafkan I. Rintih Sherry bersama tangis tiba-tiba bertandang. Peristiwa yang berlaku dua tahun lepas masih lagi menghantui dirinya. Kehilangan tunangnya, Fakhrul tiga hari sebelum majlis pernikahannya dan abangnya Faidz belum dapat dilupakannya. Sehingga kehari ini Haikal tidak mengetahui kisah yang sebenarnya. Dia tidak mampu untuk menceritakan peristiwa sedih itu. Akhirnya Sherry menangis sendirian.

Makan malam itu begitu riuh sekali. Semuanya ada kecuali Hasnida dan Hasheema yang berada diluar negeri. Datin Halimah gembira kerana jarang mereka dapat menikmati makan malam bersama. Selalunya pasti salah seorang dari mereka tiada terutamanya, Haikal. Selalunya hanya dia dan Hasleena sahaja yang berada disitu.

“Abang Kal tak keluar ke malam ni? Pelik pulak rasanya.” soal Leen ketika makan. Dia memandang abangnya sambil mengangkat sedikit keningnya.

“Mulut dia ni memang tak boleh diam. Ada saja soalan yang nak ditanya. Abang ada dirumah salah, tak adapun salah. Habis tu yang mana satu yang betul?” soal Haikal kembali dengan nada marah.

“Sorry, Leen bukannya apa. Pelik aje. Tapi kan bang, sekali sekala best lah dapat makan macam ni. Barulah ada selera, kan Mama? Kalau tidak kami makan berdua atau bertiga aje. Papa dan abang Kal selalunya dinner kat luar. Kesian pada kami, kan Mama?” ujar Hassleena sedikit merajuk.

Datin Halimah mengangguk. Mengiakan kata-kata Hasleena. Biasalah bila berkahwin dengan businessman ni memang sentiasa sibuk. ‘Time is Money’. Cuma saling mempercayai satu sama lain sahaja sahaja boleh menyelamatkan rumahtangga. Kalau tidak, boleh timbul rasa curiga dan syak wasangka yang bukan-bukan terutamanya mengenai perempuan. Sentiasa tenangkan hati ingatkan ALLAH. Itulah pesanan Datuk Hisham pada isterinya seawal mereka menceburi bidang perniagaan. Masa banyak dihabiskan diluar menuntut kesabaran yang tinggi seorang isteri.

“Papa sorry, sayang. Papa sibuk sikit sekarang ni. Banyak projek masuk dan tender yang kena Papa tengok. So, bila Papa senang sikit nanti kita semua pergi holiday. Setuju?” pujuk Datuk Hisham. Dia tahu kebelakangan ni dia jarang menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anaknya, terutama Hasleena dan Hasryll yang bakal menduduki SPM hujung tahun ini. Dia rasa sedikit terkilan bila hampir semua urusan rumah diletakkan dibahu isterinya.

“Papa....., don’t worry about me. Ryll tak kisah sangat. Janji tiap-tiap bulan ‘masyuk’. Lainlah kalau anak kesayangan Papa ni. Dah besar panjangpun berlebih-lebih manjanya. Mengalahkan budak kecil yang masih menyusu.” Sela Hasryll. Haikal menyokong kata-kata adik bongsunya. Merah padam muka Hasleena menahan marah.

“Money can’t buy anything, Ryll, abang Kal!!!” marah Hasleena.

Cepat-cepat Datin Halimah mencelah. “Sudahlah tu. Bukan selalu kita dapat macam ni. Bila dah bersama, asyik nak bergaduh pulak. Depan rezeki pulak tu Haikal, Leen, Ryll. Tak baik buat macam ni. Mama pernah ajar macam tu ke?” tingkah Datin Halimah bila bunga-bunga pertengkaran sudah mula bercambah antara mereka.

Mereka sekeluarga meneruskan menikmati makan malam itu dengan melayani perasaan masing-masing. Hasleena sibuk mengemas meja apabila selesai makan. Turut membantu Makcik Ainon yang setia menjadi pembantu rumah mereka sepuluh tahun yang lalu selepas suaminya meninggal dunia.

Datuk Hisham membina rumah dibelakang rumah mereka untuk Mak cik Ainon supaya mudah bagi anak cucunya datang menziarah. Datuk Hisham pernah mempelawanya untuk tinggal bersama tapi ditolaknya.

Datuk Hisham dan isteri serta Haikal berada diruang tamu menonton siaran berita. Begitu khusyuk meneliti setiap kandungan berita yang disampaikan. Sesekali keluhan terkeluar dari mulut mereka terutamanya melihat berita dari luar negara. Pelbagai kisah duka dipaparkan begitu menyayat hati. Rasa penuh kesyukuran terdetik dihati mereka kerana dilahirkan dibumi yang bertuah ini. Hasryll pula telah lama menghilang kedalam biliknya untuk mengulangkaji pelajarannya. Tidak lama kemudian Hasleena datang menyertai mereka sambil menatang sedulang air kopi.

“Ini yang best ni. Baiknya adik abang Kal malam ni. Macam ni lah yang buat abang sayang sangat dekat Leen,” gurau Haikal. Hasleena mencebik. Tahu Haikal memerlinya. Dihulurkan juga air kopi itu untuk abangnya.

“Minum Mama, Papa,” lalu dia melabuhkan diri sebelah Haikal. Bersama-sama menonton berita malam itu. Akhirnya suara Datin Halimah memecah kebisuan antara mereka.

“Haikal, sebenarnya Mama dan Papa ada perkara yang nak dibincangkan,” lembut kata-kata Datin Halimah. Dia cuba untuk berdiplomasi. Dia memandang Haikal dan pandangan itu kemudiannya beralih kepada Hasleena disebelahnya. Hasleena turut berdebar bila Mamanya berkata begitu. Tentu serius. Fikirnya.

“Perkara apa Mama? Macam serius aje,” ujar Haikal sambil tertawa kecil.. Matanya masih lagi melekat pada peti TV dihadapannya. Dipandang enteng setiap kata yang keluar dari mulut Mamanya.

“Please Kal. Serius sikit. Ini soal masa depan Kal,” beritahu Datin Halimah lagi. Haikal memandang Mamanya dan memberi tumpuan. Jelas riak wajah Mama dan Papanya serius. Tiba-tiba terasa badannya menggigil.

“Masa depan? Kenapa? Apa yang tak kena? Kal tak fahamlah maksud Mama ni. Perkara apa sebenarnya ni? Cuba berterus terang,” tanya Haikal tidak sabar. Matanya tidak lagi seperti tadi. Kini memeandang tepat wajah kedua orang tuanya.

Datin Halimah menelan liurnya yang terasa pahit tiba-tiba. Rasa gementar menyelubungi dirinya kala itu. Dia takut dengan penerimaan Haikal nanti. Namun usapan jemari suaminya memberinya kekuatan untuk meneruskan hasratnya yang telah lama tertangguh.

“Setahu Mama Kal tak ada special girlfriend’ lagi. Jadi, Mama dan Papa dah sepakat nak jodohkan Kal dengan seseorang yang sesuai dengan Kal. Walaupun kami baru sekali berjumpa tapi Mama dah berkenan. Baik budaknya. Mama harap Kal tak hampakan harapan Mama dan Papa ni.” Tersusun butir bicara Datin Halimah memberitahu Haikal hal yang sebenarnya. Riak wajah Haikal juga Hasleena terkejut.

“What???? Apa yang Mama buat ni?” jerit Haikal tiba-tiba. Lantang suaranya bergema diruang tamu itu. Haikal terasa dunia terhenti berpusing. Jam berhenti berdetik. Alam seakan menjadi sepi. Dia terawang-awangan. Terkejut yang teramat sangat. Datin Halimah terkejut mendengar suara anak lelakinya itu. Segera dia mencapai tangan suaminya dan menggenggamnya erat. Dia perlukan kekuatan dari suaminya pula.

“Haikal………..,” tegur Papanya. Datuk Hisham juga tidak menyangka Haikal akan berang sebegini rupa. Dia juga terkejut mendengar suara Haikal yang tinggi. Dia tahu Haikal marah dengan keputusan mereka. Haikal tak bersetuju.

“Mama tak patut buat Kal macam ni. Mama tak berhak tentukan untung nasib diri Kal. Kal tak setuju Mama. Kal tak setuju!!!. Ini bukannya zaman batu atau zaman Mama. Ini masa sekarang Mama. Sekarang!!!” marah Haikal. Diraup wajahnya berkali-kali melempiaskan rasa marahnya. Dia terkejut dengan permintaan Mamanya. Datin Halimah masih seperti tadi. Masih diam membisu. Membiarkan Haikal melepaskan amukannya.

“Haikal………Kal sedang bercakap dengan Mama, Kal. Kawal sikit diri tu. Berdosa Kal tinggikan suara dengan Mama,” pujuk Datuk Hisham cuba berdiplomasi. Dia kasihan melihat wajah isterinya yang pucat serta merta. Mungkin dia terkejut yang amat sangat. Lagipun isterinya mempunyai masalah dengan jantungnya.

Datuk Hisham terus mengusap-usap belakang isetrinya. Dia ingin memberi ketenangan pada isterinya. Datin Halimah pula telah lama kematian kata-kata. Lidahnya kelu untuk meneruskan apa yang terpendam dihatinya apabila melihat reaksi anaknya itu. Dia terkilan dan kecil hati.

“Sorry, Pa. Tapi Kal terkejut Papa. Kal terkejut. Sampai hati Mama buat Kal macam ni. Kenapa tak tanya Kal dulu. Ni tup-tup Mama dah pergi pinang baru nak tanya Kal. Macamana Kal nak kawal diri, Papa. Macamana!!??” suara Haikal masih tinggi. Hasleena segera memegang lengan Haikal menyuruhnya duduk dan bertenang.

“Abang, dengar dulu apa yang Mama nak cakap. Lepas tu kita dengar apa kata abang pula, okey. Kalau marah macam ni, apapun tak dapat nak diselesaikan,” pujuk Hasleena pula. Kecut perutnya mendengar amukan abangnya sebentar tadi. Kasihan dia melihat wajah Mamanya yang cuba menahan tangis. Dia serba salah.

“Mama baru merisik. Bukan masuk meminang lagi. Mama nak tanya pendapat Kal dulu. Tapi, pihak perempuan dah beri persetujuan mereka,” akhirnya Datin Halimah bersuara dalam getarnya.

“Mama, sepatutnya Mama tanya Kal dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Kal dah besar Mama. Bukannya budak kecil. Tentang siapa yang harus hidup bersama Kal, biarlah Kal yang tentukan sendiri. Kal tahu macamana nak bezakan yang mana baik dan buruk, Mama. Tak perlulah Mama buat macam ni. Tak perlulah Mama risaukan yang bukan-bukan. Selama ini, Kal tak pernah nak jatuhkan maruah keluarga kita dengan cara kehidupan Kal. Jangan kerana peristiwa Mama, Kal turut terseret dalam ketakutan Mama,” tingkah Haikal melahirkan pendapatnya. Dia mengungkit kisah silam Mamanya. Dia tidak bermaksud untuk merobek kembali kelukaan itu cuma dia mahu Mamanya menyedari bahawa dia sebenarnya telah dewasa untuk menentukan arah hidupnya. Dia berhak berbuat apa saja asalkan tidak melanggar hukum ALLAH dan menjatuhkan maruah orang tuanya. Dia rasa tercabar.

No comments:

Post a Comment