Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 19

Petang itu Haikal melangkah keletihan menuju pintu rumah. Didalam bilik dia menghempaskan dirinya diatas katil lalu terlelap. Dia benar-benar keletihan setelah seharian dipejabat. Deringan telefon bimbitnya mengejutkan Haikal dari mimpi yang enak.

Siapa pulak ni? Kacau betul la. Nak berehat sekejappun tak boleh ke? Gumam Haikal marah dengan deringan itu. Lantas dia mencapai telefonnya dan menjawab malas.

“Hai sayang. Kenapa ni letih ke?” Kedengaran suara halus dihujung talian. Haikal masih memejamkan mata.

“You nak apa Sherry? I letih la,” jawab Haikal malas.

“Kenapa you ni, Kal. I call pun you nak marah ke? Tak call marah, call pun marah. You ni teruklah,” bentak Sherry tiba-tiba. Haikal tahu dia tersilap jawab.

“Sorry sayang. I baru bangun tidur sebenarnya. Mamai lagi ni. Sorry okey. Kenapa you call I ni?” soal Haikal lembut. Dihujung sana Sherry telah tersenyum lebar. Rajuknya tidak menjadi apabila mendengar suara Haikal yang begitu lembut. Hati sesiapapun boleh cair. Akuinya.

“Malam ni boleh tak you temankan I?”

“Malam ni tak bolehlah sayang. I ada hal.”

“Hal? Hal apa pulak?” rajuk Sherry datang kembali.

“Dengan Mama dan Papa I la. I dah janji dengan mereka. Kalau semuanya settle cepat I akan jumpa you ditempat biasa, okey? Tapi I tak boleh janji apa-apa.”

“Setlle apa, Kal? Macam hal penting aje. Diaorang suruh you kahwin kot?” duga Sherry sambil ketawa. Namun hatinya berdebar. Manalah tahu kalau masin mulutnya nanti. Mungkin benar telahannya. Haikal disuruh kahwin dengan orang lain. Macamana dengan dirinya. Akan kelamlah dunia ini andai Haikal juga pergi dariku. Hati Sherry kegelisahan.

“Kahwin? Mungkin juga. Tapi dengan you sajalah. Bukannya orang lain. You tahukan betapa sayangnya I pada you,” balas Haikal seolah-olah dapat membaca apa yang bermain dibenak Sherry.

“Tapi, you kena tunggu I. Buat masa sekarang ni I tak dapat nak beri apa-apa komitmen lagi. I tak bersedia segala-salanya. You tahukan sebabnya?” Sherry mengulangi kata-kata yang pernah terlahir ketika Haikal menyampaikan hasrat hatinya. Dia tidak mahu terus didesak dengan perkara tersebut. Dia masih trauma dengan apa yang telah berlaku dan disembunyikan dari pengetahuan Haikal. Padanya bukan sekarang untuk Haikal mengetahui segalanya tatkala dia sedang berperang untuk melupakan segala mimpi sedih itu.

“I akan tunggu you, Sherry. I akan tunggu. Ambillah seberapa banyak masa yang you nak. You pun tahu macamana I sayang pada you. Tak ada orang lain yang akan ada dihati I ni selain you. I janji Sherry. I janji.” Haikal seakan bersumpah dengan janjinya.

Sherry tersentuh dengan kata-kata Haikal. Namun bila difikirkan semula, pendapatnya dengan Haikal seringkali bercanggah. Selain dari sebab yang satu tu, ada sebab lain dia menolak lamaran Haikal kerana persepsi Haikal terhadap dunia model lain. Haikal tidak akan mengizinkannya untuk meneruskan minatnya dalam bidang tersebut apabila berkahwin nanti. Pada pendapat Haikal, semua itu hanya membuang masa. Dia rasa terkongkong. Dia terlalu meminati dunia ini. Ini juga sebahagian dari cita-citanya sebelum menggantikan tempat Daddynya disyarikat.

“Hello…………. Anybody home?” suara Haikal memecah lamunan Sherry.

“Tak apalah…..kalau you tak sempatpun tak apa. You settlekan dulu hal you dengan parents you, okey?” ujar Sherry memberikan persetujuannya. Dia tidak mahu melanjutkan perbualan mereka yang berkisar tentang perkahwinan. Dia bosan. Hatinya berterusan berdebar. Kata-kata Haikal masih terngiang dibenaknya.

No comments:

Post a Comment