Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 18

Haikal melangkah masuk kepejabat dengan seribu persoalan dihati. Wajahnya tidak seceria semalam. Julia yang nampak perubahan wajahnya, takut untuk menegurnya. Awal pagi tadi dia mendapat panggilan dari Haikal yang mengatakannya dia akan lambat hari ini. Tapi bila masuk pejabat wajahnya pula masam mencuka. Sarang tebuan jangan dijolok, takut pula tebuan datang menyengat.

“Boss aku tu bukannya tak handsome, handsome. Bukannya tak baik, baik. Tapi kalau badan dia penuh angin, habis dihamburnya pada kita. Kita yang tak tahu apa-apa ni, punyalah kecut. Macam nak terbalik bilik tu dibuatnya. Lama-lama boleh kena ‘heart attack’ aku.” Itulah kata-kata yang pernah diluahkan pada teman-teman sekerjanya suatu ketika dulu. Faham benar sikap Haikal yang terkenal dengan panas barannya. Habis semua barang dilempar kalau dah marah. Mujurlah ada Johari. Dialah yang selalu datang menenangkan Haikal. Seolah-olah dialah penyelamat bagi Julia.



“Aku rasa dia kena kahwin cepat-cepat sikit la. Mungkin boleh kurangkan sikit kepanasan dia sebab sejuk memanjang. Kalau tak percaya cubalah kau usulkan cadangan aku ni,” usul Farah, QS Hisham Holding.

“Mengarut. Tak beranilah saya, Kak. Tak pasal-pasal saya pula yang kena,” balas Julia. Tapi mungkin juga ada benarnya kata-kata Kak Farah. Manalah tahu bila dah ada isteri nanti dia akan ‘mellow’ sikit. Komen hati Julia.

“Apahal boss kau semacam aje?” Soal Rita sewaktu melangkah menghampiri meja Julia. Dia tersentak. Dia memandang tepat wajah Rita yang berada dihadapannya.

“Entahlah. Kau tengoklah kejap lagi, angin puting beliung tentu datang melanda. Aku tengah buat preparation ni. Entah apa pula yang akan melayang.” Jawapan Julia diiringi dengan ketawa kecil oleh Rita. Tidak sampai seminit, suara Haikal bergema diinterkomnya. Julia menjawab sambil memandang Rita yang berdiri tegak dihadapannya. Julia melirik Rita kearah pintu bilik Johari. Rita faham maksud lirikan Julia.

“Mr Joe, Julia need your help. Katanya angin puting beliung akan melanda sekejap lagi sebab mendung semakin pekat,” beritahu Rita sewaktu masuk kebilik Johari. Johari yang mendengar kata-kata pembantunya itu ketawa besar. Faham benarlah dia apa yang akan terjadi. Dia segera bangun menuju kebilik Haikal. Pintu bilik Haikal terkuak. Kelihatan Julia yang tegak berdiri dihadapan Haikal terkulat-kulat menerima arahannya.

“Angin puting beliung datang melanda ke?” Soal Johari perlahan sewaktu Julia melintasi dia. Takut didengari oleh Haikal pula. Ada senyuman dibibir merkah Julia.

“Angin dah reda sikit tapi hujan nak turun pulak. Mendung aje. Tak tahu pulak kalau ada ribut petir nanti. Berhati-hati sikit. Sediakan payung dulu. Nanti tak lah you basah kuyup,” jawab Julia selamba. Juga perlahan.

Haikal memandang mereka berdua dengan tajam. “Hah, tu kalau tak mengata aku tak ada benda lainlah tu,” sergah Haikal. Johari dan Julia terkulat-kulat menerima sergahan Haikal. Julia tidak ambil peduli. Dia terus sahaja keluar untuk meneruskan arahan Haikal yang baru diterima. Biarlah Johari sahaja yang melayan karenah sahabat baiknya itu kerana hanya Johari sahaja yang amat memahami sikap Haikal.

Johari hanya tersenyum. “Apahal pagi-pagi dah bad mood ni, Kal. Apa pulak halnya kali ni? Sherry lagi ke?” soal Johari sambil duduk dihadapannya. Mata Haikal terpejam rapat. Kepala teramat sakit kerana tidak cukup tidur. Dia merengus tiba-tiba.

“Apa yang tak kena lagi? Bergaduh lagi ke? Sabar ajelah, Kal. Anak tunggal memanglah macam tu. Manja berlebih-lebih. Bertolak ansurlah sikit. Tak kemana marahnya tu. Kalau kau call dia nanti tentu dah hilang rajuknya. Kau kan faham sikap dia. Dia nak kau pujuk aje,” nasihat Johari tanpa mengetahui apa yang sedang sahabatnya alami.

“Kami tak bergaduh la. Tapi aku terfikirkan sesuatu. Dia selalu nak kedisko untuk realesekan tension dia. Aku akui akupun selalu kesana juga tapi taklah macam dia. Tabiatnya yang suka pergi disko tu tak dapat dikawal langsung. Macam dah jadi habit pulak. Risau aku. Aku terlambat bangun pagi tadi. Nasib baik aku tak ada meeting pagi ni. Kalau tidak, tak tahulah. Kau tahu pukul berapa aku balik? Pukul tiga pagi. Letihlah kalau selalu macam ni,” keluh Haikal. Dia memicit-micit kepalanya yang sakit itu.

“Kau cakaplah dengan dia yang kau kena pergi kerja. Tolak baik-baik ajakan dia. Tak lah dia merajuk. Dia lainlah. Pukul berapapun boleh pergi latihan modelling tu. Cakap slow-slow, nak dengarlah dia nanti. Kau pun janganlah ikutkan sangat angin kau tu. Nanti lain pulak jadinya. Aku bukannya tak kenal perangai kau tu yang baran memanjang.” Ketawa Haikal mendengar nasihat sahabatnya.

“Ketawa pulak. Aku cakap yang betul ni, kau main-main pulak. Serius la sikit,” marah Johari. Terasa nasihatnya diambil mudah oleh Haikal. Macam bercakap diangin lalu sahaja.

“Aku bukannya apa. Kelakarlah bila kau kata ‘angin’. Julia cakap aku ni angin puting beliung.” Johari turut ketawa. Tidak lama kemudian dia melangkah keluar setelah berbincang sedikit dengan Haikal.

Setelah Johari keluar, Haikal memejamkan matanya semula. Rasa letih menyelinap diruang badannya. Kadangkala dia malas untuk kesana tetapi terpaksa mengikut karenah Sherry yang sering menyatakan bosan padanya. Kasihan juga dia. Padahnya dia akan terlambat kepejabat dan sering keletihan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Julia, come in,” arah Haikal lagi setelah membetulkan segala urat sarafnya pagi itu.

“Ya Encik Haikal.” Julia menantikan arahan seterusnya. Wajahnya serius memandang ketuanya. Mood Haikal bukannya boleh dijangka. Macam bom masa, bila-bila masa saja boleh meletup. Dia malas melayan sangat kerenah Haikal.

“Kenapa you ni, masih takut angin puting beliung melanda ke?” soal Haikal apabila melihat wajah setiausahanya yang serius tu. Tiada segaris senyumanpun dibibir kecil itu. Julia akhirnya tersenyum dan menggeleng.

“Jangan bimbanglah. Saya cuma letih aje. By the way Jue, pastikan semua appointment saya habis pukul lima petang. Saya kena balik awal hari ni. Ada appointment dengan Mama saya. Saya nak balik cepat sikit. Dan tolong call Mr Robert, beritahu dia perjumpaan malam ni batal. Minta dia tarikh baru. Ada hal emergency.” Julia begitu tekun mencatat segala arahan yang diberikan. “Okey. That all. You can go but can I have a coffee? I’m sleepy,” pinta Haikal.

“Yes sir. You’re the boss,” balas Julia sambil melangkah keluar. Hai, mama sendiri nak jumpa anakpun kena buat appointment ke? Teruk betul la orang sekarang. Tak ada adab sopan langsung. Gumamnya sewaktu melangkah keluar bilik itu.

No comments:

Post a Comment