Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 14

Sudah dua hari Sara dirumah Zainab. Ketenangan yang terdapat dikampung itu tidak dapat melenyapkan kegelisahan hatinya. Ibunya telahpun diberitahu. Dia cuma perlukan masa untuk berfikir. Sewaktu dia diberitahu tentang berita peminangan tersebut, dia diberi masa seminggu untuk memberikan keputusannya. Tidakkah ianya terlalu singkat untuk membuat satu keputusan tentang hidupnya. Keputusan yang bakal merubah kehidupannya kelak? Masih tergambar dilaut fikirannya ketika berita itu disampaikan oleh ibunya.

“Sara, lewat balik hari ni? Banyak kerja ke?” soal ibunya yang duduk diruang tamu ketika Sara baru balik dari pejabat. Keletihan tergambar diraut wajahnya.

“Penatlah bu. Rasanya dah tak tertanggung. Penat sangat. Banyak kerja dioffice tu. Lebih-lebih lagi kami dah dapat projek baru ni. Tak termenang tangan rasanya,” beritahu Sara lalu dudk bersebelahan ibunya. Dia memejamkan matanya sambil baring diatas peha itu. Begitulah kelaziman Sara. Suka bermanja.

Sarimah membelai rambut anaknya setelah Sara membuka tudungnya. Dibelai rambut itu perlahan. Sara tersenyum. Terasa damai. Kepalanya yang tadi berat dengan masalah terasa ringan. Begitu juga dengan keletihannya.

“Bu, kalau ibu buat macam tu, boleh terlena Sara,” ujar Sara. Sarimah tertawa.

“Sara, kalau ibu tanya, Sara marahkan ibu tak?” soal Sarimah tiba-tiba. Mata Sara yang tadinya pejam tiba-tiba celik semula. Pelik dengan pertanyaan ibunya. Namun begitu tidak pula dia bangun dari peha ibunya. Tangan tua ibunya diraih dan diletakkan dipipinya.

“Kenapa ibu tanya macam tu. Selama ini Sara pernah marahkan ibu ke?” soal Sara pula. Sarimah terdiam. Dia cuba menyusun kata agar apa yang tercetus dari mulutnya nanti tidak akan melukakan hati Sara.

“Taklah. Sara anak yang baik. Terlalu baik. Untung ibu dan ayah dapat anak macam Sara ni. Dari kecil sampai besar, Sara tak pernah susahkan ibu dengan ayah. Ibu bangga. Cuma ibu khuatir nanti pertanyaan ibu ni akan menyinggung perasaan Sara. Itu sahaja,” lembut kata-kata Sarimah. Dia tidak pernah berkasar dengan permata hatinya itu. Itulah lambang cintanya pada arwah suamin. Zuriat mereka.

“Okey. Apa yang ibu nak tahu. Sara janji Sara tak marah ibu.”

“Anak ibu ni dah ada buah hati?” soal Sarimah berhati-hati. Sara tersentak. Dia terperanjat dengan soalan ibunya. Namun dia cuba menenengkan hatinya yang berdebar kencang.

“Kenapa ibu nak tahu?” soalnya semula.

“Tak adalah. Ibu tengok anak orang lain semuanya dah ada teman. Tapi anak ibu ni asyik dengan kerja aje. Risau ibu ni, Sara.”

“Kenapa? Ibu takut Sara jadi anak dara tua?” selamba kata-kata Sara.

“Mungkin juga. Tapi, ibu berharap sangat Sara akan bahagia. Ibu nak Sara ada teman. Sampai bila Sara nak hidup sendirian. Satu masa nanti, Sara perlukan teman. Ibu selalu doakan agar satu hari nanti Sara dapat teman yang baik dan menyayangi Sara sepenuh hati,” luah Sarimah tentang kegusaran hatinya. Dia sedikit kecewa dengan sikap acuh tak acuh anaknya.

“Tak tahulah ibu. Sara tak berapa pasti lagi. Cuma sekarang ni memang Sara bercinta tapi dengan ibu dan adik-adik. Sara tak terfikir untuk bercinta secara serius ataupun berkahwin dalam waktu terdekat ni. Tak terfikir langsung, bu,” jawab Sara perlahan. Perlukah aku meluahkan apa yang tersirat dihati. Perlukah ibu mengetahuinya. Perlukah??? “Kenapa ibu tanya Sara semua ni? Ibu dah ada calon ke?” gurau Sara pula.

“Sebenarnya mereka baru merisik. Kalau Sara tak ada teman istimewa lagi, ibu rasa tak ada salahnya kalau Sara menerima. Baik keluarganya. Ibu juga yakin Sara akan bahagia,” tenang kata-kata Sarimah. Sara yang berbaring terus bangun apabila mendengar kata-kata ibunya. Dia terpana. Dirasakan dunia seakan berhenti berputar. Semuanya kelam. Nafasnya seakan terhenti.

“Apa bu? Ada orang datang merisik Sara?” Sedikit tinggi suaranya. Dia benar-benar terkejut dengan berita tersebut. Dia tidak menyangka sama sekali akan menerima perkhabaran itu. Dia langsung tidak menduga. Lidahnya semakin kelu untuk berkata-kata.

“Mereka cuma datang merisik. Kalau Sara tak suka dan menolak, diaorang tak terkilan,” jawab Sarimah tenang. Terkejut juga dia melihat reaksi anaknya sebentar tadi.

“Ibu setuju ke?” Sara menelan liur. Dia semakin kalut dengan berita itu. Fikirannya kacau bilau. Tak tentu arah. Entah apa yang difikirkan dan perlu difikirkan saat ini.

“Kalau ikutkan hati, ibu setuju sahaja. Senang sikit hati ibu ni bila dah ada orang jaga Sara. Tapi, kalau Sara menolak tak mengapalah. Ibu faham. Sara mesti ada sebabnya,” ujar Sarimah lembut. Dielusnya rambut Sara perlahan. Sara bangun dari pembaringannya dan memandang mata ibunya. Ada sinar pengharapan disitu. Apakah yang harus aku lakukan sekarang? Perlukah aku berterus terang tentang hati dan perasaan aku. Aku lihat ibu terlalu gembira dengan berita ini.

“Boleh beri Sara masa untuk berfikir bu. Benda ni datang mendadak aje. Sara terkejut,” soal Sara sambil bangun untuk masuk kebiliknya. Sayu suaranya.
Sarimah menganggukkan kepalanya. “Sara berfikirlah dengan tenang. Apa jua keputusannya, ibu terima.” Lantas Sara melangkah masuk kebiliknya. Dia menghempaskan dirinya diatas katil. Akhirnya airmata mengalir juga. Mengenangkan nasib dirinya. Apa yang perlu aku buat sekarang ni. Dia tersepit antara cinta hatinya dan kasih ibunya.

Malam itu begitu payah untuk Sara melelapkan matanya. Permintaan ibunya benar-benar mengganggu fikirannya. Puas dia memejamkannya tapi payah untuk terlena. Entah pukul berapa barulah dia terlelap.

Awal pagi itu dia melangkah kepejabat tanpa menjamah sarapan yang telah disediakan oleh ibunya. Dia berasa terkilan dengan apa yang telah berlaku. Ketika ini hanya ketenangan sahaja yang diperlukan. Dia kepejabat tanpa berjumpa dengan ibunya pagi itu. Sehinggalah dia sampai dirumah Mak Lang Zainab. Dari percakapan mereka tadi, dia tahu ibunya dalam kebimbangan. Maafkan Sara, bu. Sara tak bermaksud begitu. Tapi Sara juga memerlukan ruang untuk Sara berfikir. Sara buntu. Bisik hatinya. Airmatanya mengalir lagi.

“Kenapa sedih lagi ni?” Soalan dari Mak Langnya mengejutkan Sara dari lamunannya. Airmatanya disapu dengan jemarinya. Dari tadi Zainab melihat Sara termenung sahaja dihalaman rumahnya. Risau dia melihat keadaan diri Sara. Lalu dia merapati tubuh itu.

“Tak tahulah Mak Lang. Bila difikirkan Sara rasa bersalah pula buat ibu macam ni,” luah Sara sambil melabuhkan diri dalam buaian yang terdapat disitu. “Mak Lang tahu, masa Sara keluar rumah pagi tu, jumpa ibupun tidak. Sarapan yang ibu buat, Sara tak jamah pun. Sara pun tak tahu kenapa Sara boleh buat sampai macam tu. Sara rasa bersalah Mak Lang sangat,” ujarnya lagi.

“Sara, berdosa buat ibu macam tu. Takkan kerana ibu suruh Sara kahwin, Sara sisihkan ibu terus. Ibu baru bertanya aje bukannya tentukan lagi. Segala keputusan, Sara yang akan tentukan. Jangan hukum ibu sampai macam tu sekali, Sara. Derhaka namanya,” nasihat Zainab. Mata Sara terus berkaca semula.

“Tapi kalau Mak Lang tengok masa ibu tanya Sara tu, ibu seolah-olah mengharap agar Sara terima peminangan tu. Sara serba salah Mak Lang,” ujar Sara lagi.

“Sara.......,bukankah ibu beri Sara masa untuk berfikir. Fikirkanlah semasak-masaknya. Mungkin ibu terlalu bimbangkan Sara kot,” kata Zainab lagi.

“Bimbangkan Sara? Kenapa? Sara bukannya sakit,” tukas Sara. Dia memandang tepat wajah Zainab. Ada rahsia yang tersembunyi disebalik wajah separuh umur itu.

“Sara, seorang ibu tu bimbangkan anaknya bukan hanya bila anaknya sakit. Tapi dalam semua hal. Termasuk hati dan perasaan. Tanggungjawab seorang ibu tu besar. Mak Lang tahu ibu bimbang usia Sara semakin meningkat dan Sara selalu kata untuk tidak berkahwin sekarang ni. Sebab ada tanggungjawab. Itu yang ibu bimbangkan sebenarnya. Ibu rasa bersalah pada Sara,” luah Zainab. Sudah lama rahsia ini tersimpan. Luhan hati kakak angkatnya disimpan kemas agar tidak akan mengecewakan Sara. Namun kala ini dia merasakan biarlah rahsia itu diketahui oleh Sara agar apa yang tersirat dihati ibunya tidak disalah anggap.

Sara terkesima mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Mak Langnya. Kemudian Zainab menyambung kembali. “Ibu rasa bersalah seolah-olah beban keluarga kini terpikul dibahu Sara. Sara terpaksa mengorbankan segala milik Sara termasuk hati dan perasaan Sara. Sara terpaksa bertanggungjawab menjaga kebajikan keluarga.”

”Tapi, Sara tak rasapun apa-apa malah Sara gembira dapat menyenangkan ibu. Sara rasa bahagia, Mak Lang. Ibu tak seharusnya berperasaan macam tu.” Sara memotong kata-kata Zainab. Terkejut dia. Tak sangka selama ini ibu berperasaan seperti itu. Ya ALLAH, betapa berdosanya aku. Sesungguhnya aku berdosa besar. Bisik Sara menyesal.

“Itu Sara cakap. Tapi ibu tak fikir macam tu. Sara kena faham situasi dia. Cuba Sara selami hati dia. Setiap doa ibu tu Sara, mesti untuk anak-anaknya. Bukannya untuk diri dia. Ibu mahu anak-anaknya hidup gembira. Kalau Sara dengan adik-adik tersenyum gembira, segala kedukaan yang ibu tanggung terubat. Dia juga bahagia Sara. Kasih ibu itu terlalu suci dan tak ternilai,” ujar Mak Lang lembut. Sara memandang jauh kehadapan. Seolah-olah merenung kembali segala perbuatannya terhadap ibu. Airmata yang mengalir diseka.

“Ibu bukan memaksa Sara untuk menerima risikan tu. Ibu cuma menyampaikan pesanan. Kalau Sara tak setuju tak mengapa. Mungkin Sara dah ada pilihan hati. Ataupun mungkin jodoh Sara tak sampai lagi. Tapi, Sara jangan buat macam ni. Ibu lagi terluka bila anaknya sendiri menjauhkan diri darinya. Ini baru masalah kecil Sara. Masalah yang ibu lalui lagi besar. Dia dihina oleh mentuanya, disisih adik iparnya. Pada siapa dia nak mengadu. Pada keluarganya? Dia dah lama terbuang semenjak memeluk Islam Sara. Semuanya dihadapinya dengan tenang dan tabah. Sebab dia yakin ALLAH akan membantu dia. Pak Lang dengan Mak Lang ingin membantu waktu itu walaupun dia menolak. Mak Lang terlalu terhutang budi dengan ibu Sara. Kalau tidak kerana dia dah lama Mak Lang mati. Kerana dialah Mak Lang hidup. Rasanya apa yang Mak Lang bantu tak ternilai apa yang dia berikan pada Mak Lang,” singkap Zainab terkenang peristiwa lalu.


No comments:

Post a Comment