Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 12

Sara termenung semenjak kakinya melangkah masuk kepejabat awal pagi itu. Fikirannya berat dengan masalah yang tiba-tiba datang menyinggah. Satu kebetulan, satu suratan dan satu harapan. Dia pening memikirkannya. Dia diam berteleku dimejanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Assalamualaikum, Sara…………” tegur satu suara. Sara masih lagi melayan menungannya. Merenung jauh kehadapan seolah-olah tiada sesiapa dihadapannya. Fuad pelik dengan tingkah laku setiausahanya. Tak pernah-pernah Sara begini. Lantas dia menepuk lembut bahu Sara. Sara terperanjat besar dan mengurut dadanya. Mukanya pucat serta merta.

“Encik Fuad, terkejut saya. Kenapa tak bagi salam? Awal pulak pagi ni?” kelam kabut soalan Sara. Jantungnya masih berdebar kuat. Dia menarik nafas panjang untuk meredakan keadaan yang kelam kabut sebentar tadi. Dia memandang wajah bosnya yang berdiri bagaikan patung dihadapannya.

“Saya dah bagi salam. Dan saya dah lama berdiri disini. Awak ni kenapa? Termenung pagi-pagi? Awak sakit ke?” tanya Encik Fuad prihatin. Risau dia melihat keadaan Sara.

“Tak adalah. Saya sihat aje. Kenapa bos?”

“Tak, saya cuma hairan, kenapa dengan awak pagi ni? Risau saya tau, Sara. Awak tu bukannya sehari dua saya kenal, tapi hampir 4 tahun dah. Saya dah anggap awak tu macam adik saya. Mana saya tak risau tengok awak macam ni. Betul awak okey ni?”

“Insya Allah, saya okey,” jawab Sara tegas sambil melemparkan senyuman paling manis buat ketuanya. Dia mahu Encik Fuad tidak mengesaki apa-apa.

Fuad segera meninggalkan Sara dan melangkah masuk kebiliknya walaupun dia tidak berapa yakin dengan jawapan Sara tadi. Biarlah Sara. Mungkin dia inginkan ketengangan saat ini. Itulah anggapan Fuad.

Sara langsung tidak menghiraukan kedatangan rakan-rakannya kepejabat pagi itu. Moodnya benar-benar hilang. Dia tidak seceria selalu. Bukan sahaja ketuanya tetapi rakan sepejabatnya juga terperasaan keadaan Sara pagi itu.

“Sara, you demam ke?” tanya Mira tiba-tiba apabila melihat keadaan Sara. Dia termangu seketika. Seolah-olah baru tersedar dari mimpi apabila dia terasa ada tangan yang menyentuh dahinya.

“Tak adalah Kak Mira. Sara okey aje,” sangkalnya.

“Habis tu kenapa yang termenung macam orang mati laki. Sara ada masalah ke?” soal Mira yang memang terkenal dengan mulut lasernya itu.

“Apalah kak Mira ni. Nak termenung pun tak boleh ke?”

“Bukannya tak boleh tapi akak rasa Sara pelik sangatlah hari ni. Tak macam selalu.”

“Nampak sangat ke, Kak?” Mira mengganggukkan kepalanya. Sara ingin bertanya sesuatu pada Mira tetapi terbantut kerana intercomnya berbunyi.

“Ya, Encik Fuad,” jawab Sara.

“Sara, Boleh buatkan I minuman.”

“Okey.”

“And one more thing. Kalau Encik Fahmy dah masuk suruh dia masuk bilik saya,” arah Fuad pada setiausahanya. Tanpa bertanya lanjut Sara segera memanggil Fahmy dan dia segera ke pantry untuk menyediakan minuman untuk ketuanya.

Entahlah dia sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya. I’m not myself today. Detik hatinya. Hatinya masih lagi keliru dan buntu dengan masalah yang baru dia hadapi.

Sara melangkah masuk kebilik ketuanya. Dengan tidak sengaja air minuman itu tertumpah kerana dia terpelecok. Nasib baik tidak terkena Fahmy yang kebetulan berada dihadapannya. Sara cepat-cepat mengelap air yang tertumpah itu.

“Sara, awak okey ke?” tanya Fuad apabila melihat keadaan Sara yang mengelabah. Sara hanya mendiamkan diri. Akhirnya airmata yang cuba yang ditahan gugur juga. Dia tidak dapat menahan lagi. Dia benar-benar tertekan.

“Sara kenapa ni? Saya bukannya marahkan awak. Saya cuma bertanya.” Perlahan suara Fuad memujuk. Sara masih tidak dapat berkata apa-apa. Dia masih tersedu.

“Okey, duduk dulu,” arah Encik Fuad. Fahmy bangun dan menarik kerusi untuk Sara. Sara menyapu airmata dengan jemarinya. “Sekarang cuba ceritakan apa yang terjadi sampai awak jadi macam ni,” pujuk Encik Fuad. Fahmy disebelah hanya memandang dan mendengar perbualan itu.

“Entahlah Boss. Sayapun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Yang pasti I’m not myself today. I’m not really really not myself today. Can I take a leave?” pinta Sara tiba-tiba. Fuad dan Fahmy terkejut dengan permintaan Sara yang mendadak.

“Boleh tapi awak kena explain apa sebenarnya yang telah terjadi pada awak pagi ni. Pelik lah saya. Tak pernah-pernah awak macam ni,” soal Fuad yang masih bingung. Sara masih belum mampu bersuara. Fuad dan Fahmy memberi masa pada Sara untuk meredakan tangisannya.

“Maafkan saya. Saya rasa sekarang bukan masanya untuk saya terangkan apa sebenarnya yang terjadi. Ianya terlalu peribadi bagi diri saya. Insya Allah, saya akan beritahu juga bila sampai masanya nanti. Cuma saya harap Encik Fuad izinkan saya bercuti minggu ni. Saya perlu tenangkan fikiran saya,” ujar Sara apabila tangisannya reda dan penuh pengharapan.

“Baiklah. Saya benarkan. Pergilah balik. Tenangkan fikiran awak tu. Bila awak rasa awak nak ceritakan pada saya nanti, saya sedia mendengarnya.” Encik Fuad memberi keizinan. Kasihan juga dia melihat Sara. Mungkin dia sangat-sangat memerlukan ketenangan. Dengan keizinan ketuanya, Sara melangkah keluar dan mengemas mejanya. Beberapa minit kemudian dia sudah didalam satria GTinya. Dia mencapai telefon bimbit.



No comments:

Post a Comment