Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 11

Tidak lama kemudian, Benjamin datang menemui mereka sambil ditemani seseorang. Luqman, Farhan dan Ajmal memberi senyuman pada teman Benjamin. Mungkin teman istimewa Benjamin. Mungkin itulah yang terlintas difikiran mereka.

Haikal terkesima memandang kearah teman Benjamin. Tidak dia duga akan bertemu sekali lagi dengan wanita yang hampir-hampir membuat dia tersungkur sebulan yang lalu. Kini mereka bertemu dalam suasana yang berbeza. Sherry yang pada mulanya menurut sahaja apabila Benjamin beria-ia ingin memperkenalkan teman-temannya juga terkejut. Tidak dia sangka akan bertemu semula dengan Haikal. Peristiwa yang hampir luput difikirannya kini mnjelma semula. Seperti Haikal dia juga mendiamkan diri. Lalu Benjamin memecah kesunyian antara mereka apabila menyedari situasi itu.

“Actually, you all jangan ingat dia ni my girlfriend. Sebenarnya dia ni anak big bos I, Sharifah Allynna Tan Sri Yahya. Cik Sherry, mereka semua ni kawan baik I semasa I diUK dulu. Kenalkan yang pakai baju biru tu Ajmal, sebelah tu Farhan, sebelah Farhan pula Luqman. Dan yang sebelah I ni, Haikal Hakimi Datuk Hisham, dah kenalkan?” Perkenal Benjamin satu persatu. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga mengenakan Haikal. Dia tahu apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua. Masing-masing menghulurkan tangan bersalaman. Bila tiba giliran Haikal, dia masih mematungkan diri. Benjamin disebelah menyiku lengan Haikal. Segera dia menghulurkan tangan. Nasib baik hulurannya bersambut, kalau tidak tentu dia malu.

“Maaflah. Kami ingatkan you ni girlfriend Benjamin. Maklumlah antara kami ni, mereka bertiga aje yang masih single. Tak tahulah siapa yang mereka tunggu. Bidadari kot,” perli Ajmal pad Benjamin dan Haikal yang tersengih.

“Kalaulah bidadari yang datang, aku sesungguhnya bersyukur pada ALLAH,” jawab Benjamin sambil menadahkan tangannya. Luqman dan Farhan tergelak mendengar jawapan Benjamin. Haikal masih seperti tadi diam seribu bahasa. Mulutnya seolah-olah berat untuk menutur sepatahpun perkataan. Selama ini dialah jagoan tetapi tidak malam ini. Dia merasakan mulutnya terkunci rapat apabila berhadapan dengan Sherry.

“Bertiga? Siapa?” tanya Sherry sambil memandang tepat wajah Benjamin.

“Siapa lagi kalau bukan Ben, Haikal dan Johari. Actually Joe tak ada sebab dia pergi ke US ada kerja. Johari bekerja dengan Haikal. Lain kali you boleh kenal dengan Joe,” jawab Farhan bagi pihak mereka. Sherry tersenyum.

“Hei Kal! Yang kau dari tadi diam aje kenapa? Selalunya mulut kau tu lah yang paling bising. Malam ni diam pulak. Kena sampuk ke atau ada emas dalam mulut tu?” usik Luqman yang menyedari tingkah laku Haikal. Dia tersentak. Semua mata memandang kearahnya.

“Tak adalah. Tak tahu nak cerita apa,” bela Haikal sambil matanya melirik pada Sherry yang ada sebelah Benjamin. Benjamin yang tahu situasi mereka segera meminta diri untuk melayan tetamunya yang lain.

Kini, tinggal mereka berdua sahaja bila Luqman, Ajmal dan Farhan menuju kemeja hidangan. Haikal dan Sherry dipertemukan sekali lagi dalam situasi yang sungguh berbeza. Kesunyian tercipta antara mereka. Masing-masing tidak tahu apa yang patut dibualkan. Siapa yang perlu memulakan bicara. Dari jauh Benjamin hanya melihat gelagat mereka. Dia tersenyum.

Haikal cuba memberi senyuman apabila mata mereka bertentangan. Tetapi terasa kelat. Tiba-tiba darahnya gemuruh apabila berduaan begini. Selalunya dia tidak begini. Tapi ada sesuatu yang menarik dirinya untuk mengeluarkan kata-kata. MAAF!!! Itulah yang perlu diluahkan. Tapi, macamana aku nak cakap. Gumam Haikal didalam hati.

“Sebenarnya…….. I ada sesuatu yang perlu I cakapkan dengan you. Dah lama dah, cuma tak berkesempatan.” Haikal memberanikan diri menyusun bicara. Tersekat-sekat. Sherry memandangnya tajam menanti kata-kata Haikal seterusnya. Gentlement juga dia ni. Bisik hatinya.

“Sebenarnya……. Sebenarnya…….” Haikal masih tergagap-gagap. Manik-manik peluh membasahi tubuhnya. Dia tidak tahu bagaimana menyusun kata. Segalanya serba tak kena baginya saat ini.

“Okey…..you nak cakap pasal kejadian bulan lepas tu kan?” aju Sherry bila Haikal masih tergagap-gagap.

“Yes. Actually, sebenarnya I nak minta maaf dengan you. I tahu you terkilan dengan apa yang cakap malam tu. Mungkin gurauan I berlebihan. Atau mungkin juga I ingatkan you ni macam teman perempuan yang I pernah kenal. I tak bermaksud nak buat you sakit hati. I truly sorry.” Lancar Kata-kata Haikal. Dia melepaskan nafas panjang seolah membebaskan bebanan yang sedang dipikulnya. Bahunya terasa ringan. Fikirannya kembali tenang.

“So, you ni memang ramai girlfriendlah. Memang patutpun. Boleh tahan. Not bad,” komen Sherry. Berbeza dengan apa yang pernah diluahkan sebelum ini.

“Memang I ramai girlfriend. Tapi ‘special girlfriend’ I tak ada lagi,” balas Haikal mesra. Tidak dia sangka Sherry akan melayannya berbual setelah apa yang berlaku antara mereka dulu. Haikal besyukur sekurang-kurangnya peluang untuk meminta maaf masih ada.

“Boleh percaya ke?” soal Sherry dalam nada memerlinya.

“Kenapa? You tak percaya? Bukankah tadi my friend beritahu yang kami bertiga aje yang masih single. So, memang tak ada la,” sangkal Haikal bersungguh-sungguh.

“Rupa ada. Duit ada. Berkejaya dan anak orang kaya pulak tu. Takkan tak ada yang tersangkut kot,” usik Sherry lagi.

“Ada memang ada tapi tak berkenan dihati. Nak cari teman mudah tapi yang special tu susah sikit. Kena cari yang betul-betul.”

“So, you tunggu bidadari lah” kata-kata Sherry itu membuatkan Haikal tertawa besar.

“Kalaulah betul I dapat bidadari, I akan jemput satu Malaysia ni kemajlis kahwin I nanti,” balas Haikal bersama sisa ketawanya. Sherry tersenyum mendengar jawapan Haikal. Hatinya berbunga riang. Dia dapat merasakan ada keserasian antara mereka.

“Sebenarnya I pun nak minta maaf pada you sebab layanan I pada you sewaktu diKLCC hari tu. Entahlah, bila nampak aje muka you hari tu, I sebenarnya terkejut. Lepas tu teringat pula kejadian hari tu. Apalagi, anginlah. So, I’m sorry to,” pinta Sherry setelah ketawa Haikal reda. Haikal menganggukkan kepalanya.

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa minuman. Nasib baik juga pelayan datang. Dalam kepala Haikal ligat mencari topik agar perbualan mereka tidak terhenti begitu sahaja. Sepertimana Sherry, dia juga senang dengan Sherry malam itu. Terasa terselit keindahan yang tidak pernah dia nikmati selama ini. Apakah maknanya perasaan ini? Hatinya berbicara sendiri.

“You look beautiful tonight,” puji Haikal secara tiba-tiba. Sherry terkejut dengan pujian Haikal.

“Thank you. You nak sindir I atau you cuba pasang perangkap?” soal Sherry sinis.

“Kenapa? You tak percaya ke? Really, you look so beautiful tonight. Berbeza dari apa yang pernah I nampak sebelum ni.” Ikhlas kata-kata dari Haikal.

Bermula dari pertemuan dihari lahir Benjamin, perhubungan mereka kini semakin erat. Kadangkala ramai yang cemburu melihat merpati dua sejoli itu. Sama cantik dan sama padan. Malah ada yang mengatakan mereka pasangan yang sungguh sempurna bila bersama. Mungkin ini juga adalah hasil usaha Benjamin secara tidak langsung. Sherry tersenyum.
“Ha, yang tersenyum-senyum ni kenapa? Apa yang ada dalam kepala you tu?” jerkah Haikal apabila mendapati dari tadi Sherry membisu sahaja. Tetapi, apabila melihat tiba-tiba tersenyum dia menjadi hairan.

“You ni teruk betullah. Terkejut I. Kalau nak tanyapun, tanyalah elok-elok. Ni main jerkah aje,” marah Sherry yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Lamunannya mengenai pertemuan mereka lenyap dari layar fikirannya. Matanya menyorot tepat wajah Haikal yang sedang memandu.

“Sorrylah. I bukannya sengaja. Mana I tak jerkah you. I ni sibuklah bercakap. Rupa-rupanya bercakap sorang-sorang. You pulak sekejap senyum, sekejap serius. Kenapa? You kena sampuk ke?” gurau Haikal. Sherry menampar lembut bahu Haikal.



“Ada ke you boleh cakap macam tu. You nak I kena sampuk ke? Kalau I kena sampuk yang teruk you juga,” balas Sherry.

“Walau apapun yang terjadi pada you, walau siapapun diri you, I tetap sayangkan you, Sherry. Hanya you dihati I ni. Tak ada orang lain. Mungkin dulu I playboy. Keluar dengan ramai perempuan. Tapi, I tak pernah serius macam I serius dengan you,” ucap Haikal penuh perasaan. Sememengnya dia akui, semenjak berkenalan dengan Sherry, hidupnya jadi tidak menentu. Siang malamnya asyik terkenang wajah yang jelita itu. Akhirnya, dia mengaku kalah dengan Sherry.

“Kenapa you pandang I macam tu. Tak percaya dengan apa yang I katakan ni?” soal Haikal apabila mendapati Sherry diam sahaja. Bukan pertama kali dia mengeluarkan kata-kata seperti itu tapi selalu. Dia tidak dapat berbohong lagi.

“Bukannya I tak percaya. Tapi, you selalu sangat ucapkannya. Nanti jemu pulak. Biar apa yang kita rasa simpan dihati dan sesekali aje diluahkan. Baru romantik,” balas Sherry membangkang kata-kata Haikal.

“You salah. Sepatutnya perasaan sayang dan cinta tu, perlu kita tunjukkan. Kalau simpan aje siapa yang akan tahu? Cubalah you fikir sikit.” Jawapan Haikal membuatkan Sherry terdiam. Memang ada benarnya kata-kata Haikal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Tak perlu selalu mengucapkan rasa cinta dan sayang.

“Okeylah. I tak nak bergaduh dengan you sebab benda-benda remeh temeh. Selalu sangat kita macam ni. I cuma nak tanya you tentang pelawaan Kirana, wartawan tu.” soal Haikal.

“Kenapa?”

“Nothing, just asking,” jawab Haikal lemah. Sherry memandang Haikal yang sedang memandu.

“Cuba you cakap terus terang. Jangan selindung apa-apa. I tahu mesti you ada sesuatu. Kalau tidak takkan suara you macam tu,” teka Sherry. Lembut suaranya memujuk.

“Okey, kalau I cakap apa yang yang ada dalam hati I ni, you janji you jangan marah I,” pinta Haikal.

“Belum cakap mana boleh janji apa-apa. Macam perangai budak-budaklah you ni.”

“Janji dulu.” Sherry mengangguk. “Okey”.

“Sebenarnya I kurang setuju sebenarnya kalau you menjadi model. Kalau sebelum kahwin tak apa, tapi kalau dah kahwin, I harap you berhenti lah. Bukan I menghina pekerjaan tu, tapi I tak suka. I harap you faham pendirian I,” tegas Haikal. Sherry memandang tepat wajah Haikal.

“Tapi, tadi you macam setuju. Sekarang ni lain pulak. Cakap tak serupa bikin la. Apa yang you nak sebenarnya?” soal Sherry tiba-tiba naik angin.

“I cuma nak you faham pendirian I aje. I setuju tak beerti I izinkan,” jawab Haikal tenang. Dia tahu Sherry tengah marah ketika ini.

“Habis pendirian I siapa pula yang nak faham. You jangan nak pentingkan diri sendiri, Haikal. You kena hormati pendirian I. Sehingga hari ni, I tak pernah gadaikan maruah I sebagai seorang perempuan kalau itu yang you nak tahu. Walaupun I ni dibesarkan di oversea, tapi parent I tetap didik I sebagai orang timur. I tetap orang melayu. I tetap jaga maruah I,” lantang suara Sherry menyangkal kata-kata Haikal.

“Bukan itu maksud I………….” Haikal ingin menjelaskan maksudnya yang sebenar tetapi Sherry mencelah, “Habis tu, apa maksud you. Tak jelas lagi apa yang you cuba katakan. I bukannya budak-budak yang perlu dua tiga kali you ulang kata-kata you tadi. Sekali aje dah cukup. Itu dah buat I faham!” bentak Sherry.

“Kadangkala tu sekali sahaja tak cukup untuk menilai seseorang. Perlu juga dua tiga kali, Sherry,” tenang jawapan Haikal. Sherry merengus. Terasa dirinya hina pada pandangan Haikal.

“You perli I ke?”

“Tak adalah. Tapi you juga kena faham keadaan I sebenarnya. I tahu itu cita-cita you. Impian you. You boleh teruskan minat you tu, I tak menghalang. I kata selepas kita kahwin nanti. Faham tak? Bukannya sekarang. Sekarang ni apa jua yang you nak buat, suka hati youlah. Cuma yang you perlu ingat, you ni dah ada steady boyfriend, itu aje. Faham?” Ujar Haikal sinis. Sherry mengerling padanya.

“Tapi, kenapa pulak tak boleh kalau kita dah kahwin? I rasa tak ada salahnya. You kena berfikiran terbuka, Haikal. You kena terima I seadanya.”

“Memang I terima you seadanya. Tapi, sebenarnya I lebih prefer kalau you kerja dengan Daddy you. Bukan I menghina kerja ni, tapi kerja ni memerlukan komitmen yang tinggi. Sebelum ada anak bolehlah you kehulu kehilir. Tapi selepas ada anak macamana? Takkan you nak biarkan maid yang jaga mereka. Nanti anak langsung tak kenal siapa ibu dia. You nampak tak apa yang I fikirkan sekarang ni?” Haikal cuba berdiplomasi. Api jangan dilawan dengan api.

“Kalau kita kahwin nanti, I tak mahu anak secepatnya. Biarlah kita hidup berdua dulu. Stabilkan diri kita dulu. Bukan mudah nak hidup berdua ni,” bantah Sherry.

“Kita tak cukup stabil ke? Sampai bila kita nak hidup berdua? Setahun? Dua tahun atau lima tahun? Hingga bila you nak bersedia? Sherry, umur kita ni semakin lama semakin meningkat. Takkan bila umur kita 40 tahun baru kita nak timang anak. Cuba you fikir. I ni kalau boleh kahwin aje terus nak dapat anak. Umur I pun bukannya muda lagi. Dah nak masuk 30 tahun dah. Kawan-kawan semuanya dah timang anak. I ni entah bila,” ujar Haikal sambil menjeling Sherry. Dalam hatinya berharap agar Sherry mengerti maksudnya tersirat disebalik kata-katanya.

“Entahlah. I tak mahu fikir lagi. Lagipun I takkan kahwin buat masa terdekat ni. I nak buat apa yang I suka dulu. Lagipun ada something yang menghalang I untuk berkahwin buat masa sekarang ni.” Jawapan Sherry itu benar-benar tidak terduga oleh Haikal. Dia mendiamkan diri sahaja walaupun ada sesuatu yang tergantung antara mereka. Dia tidak boleh ikutkan rasa hati kerana bunga-bunga pertengkaran sedang melanda ketika ini. Akhirnya dia memilih untuk mendiamkan diri sehingga tiba dirumah Sherry. Haikal sedikit terluka.


No comments:

Post a Comment