Thursday, March 4, 2010

Tiada Noktah Cinta - 10

Apakah ini sudah jodoh ataupun kehendak takdirnya begitu. Seperti kata bidalan semuanya takdir yang menentukan, kita hanya mampu merancang. Mungkin juga sudah tertulis diazali. Dari benci datangnya rindu, dari rindu menyemai cinta. Dari cinta berpaut kasih. Dari kasih menyulam sayang. Laksana filem cinta yang menjadi halua mata dewasa kini. Segalanya bermula di majlis hari lahir Benjamin.

“Good morning, Encik Haikal,” sapa setiausahanya, Julia pagi itu. Itulah rutinnya semenjak menjadi setiausaha Haikal dua tahun yang lalu. Haikal merupakan seorang ketua yang efisyen dan komited dengan kerjanya. Cuma moodnya selalu bertukar ganti. Sukar diduga. Tapi dia baik hati dan selalu mengambil berat terhadap staf-stafnya. Itulah yang dapat digambarkan dimata Julia.

“Morning. How are you?” balas Haikal ramah. Jarang dia dapat berbual dengan setiausahanya diwaktu pagi begini. Kadangkala appointmentnya bermula seawal pagi. Dia berhenti seketika dimeja setiausahanya sambil mengambil sekeping biskut kering yang terdapat diatas meja itu tanpa rasa malu. Julia hanya tersenyum. Faham benar dengan sikap bosnya. “Anything for me?” soalnya lagi.

“Okey. Pagi ni you ada meeting dengan Datuk pasal tender perumahan yang akan kita masuk tu dan Datuk also want the report about IT department. The report is here.”Julia menerangkan jadual Haikal pagi itu satu persatu sambil menyerahkan laporan yang diterimanya pagi tadi dari Johari.

“Itu sahaja?” tanya Haikal. Julia menganggukkan kepalanya. Haikal tersenyum. Kemudian dia melangkah kakinya sambil sempat menyambar dua keping lagi biskut Julia.

“Sorry, bos. One more thing I forget. Your friend Benjamin call. Urgent katanya. Dia nak you return call dia.” Seru Julia tiba-tiba ketika Haikal memulas tombol pintu biliknya. “Okey.” Balas Haikal pendek.

Setelah duduk sahaja dikerusinya, Haikal terus mendail nombor sahabatnya.

“Assalamualaikum. Apa hal kau cari aku pagi-pagi buta, Ben?” tanya Haikal tanpa menungu Benjamin menjawab salam dihujung talian.

“Kalau ye pun biarlah aku jawab salam dulu, okey.” Suara Benjamin tinggi manakala Haikal ketawa besar. “Waalaikumsalam. Sebenarnya tak ada apa-apa. Cuma sebelum aku terlupa aku nak invite kau dengan Johari ke birthday party aku hujung minggu ni. Aku buat barbeque sikit. Aku cuma jemput kawan-kawan rapat aje. Dan sikit kawan office aku. Malas aku nak ajak ramai orang. Kau tahu ajelah aku tinggal di kondo tu. Susah sikit nak keluar masuk,” terang Benjamin mengenai niatnya mencari Haikal pagi itu. Haikal tersenyum.

“Aku tak janjilah Ben. Sebabnya aku ada hal,” beritahu Haikal pula. Baru dia sedar yang dia dan Johari akan ke US untuk berbincang satu projek usahasama dengan salah sebuah syarikat disana. Kemungkinan besar dia akan berada dua minggu disana.

“Hei! Janganlah macam ni. Aku harap sangat kau dengan Joe boleh datang tau,” sayu suara Benjamin. Dia berasa sedikit jauh hati.

“Aku nak buat macamana. Ni periuk nasi aku juga. Aku dengan Joe mesti pergi untuk membincangkan kerjasama kami. You should know that,” balas Haikal pula. “Tapi........., nantilah. Kalau aku batalkan saat-saat akhir nanti aku datang sebab tender kami tu nak dekat juga tarikh duenya. Mungkin Joe aje yang kena pergi. Tengoklah dulu macamana. Aku tak janji,” sambung Haikal memberi sedikit harapan.

“Okeylah. Aku faham. Baiklah aku kena turun bagi briefing ni. Nanti kita ‘chat’ lagi. Assalamualaikum.” Benjamin mengakhiri perbualan mereka pagi itu.

Haikal terpaksa membatalkan pemergiannya ke US kerana ada tender yang perlu dihantar. Hanya Johari sahaja yang menjadi wakil syarikat. Seperti yang dijanjikan, Haikal pergi kerumah Benjamin untuk menyambut hari lahirnya. Sesampainya dikondominium milik Ben, dia menjadi perhatian. Bukan kerana dia dikenali tetapi juga kerana penampilannya malam itu. Dia memang kacak. Mungkin itulah yang diperkatakan dikalangan teman-teman perempuan Benjamin. Mereka merelakan mata mereka mendarat tanpa kerlipan memandang Haikal yang berjalan gagah. Setiap langkahnya tersusun rapi. Sesekali dia melemparkan senyuman dan menegur seorang dua yang dikenalinya.

“Hei! Aku ingatkan kau tak datang tadi. Kenapa? Tak jadi pergi ke?” tanya Benjamin yang baru menyedari kedatangan Haikal. Haikal menghulurkan hadiah dan berjabat salam.

“Tak jadi. Tender tu tiba-tiba ubah tarikhnya. Dipercepatkan. Jadi, Joe ajelah yang pergi kali ni,” beritahu Haikal perlahan.

“Kenapa sayu aje. Big business ke?” soal Ben lagi seolah-olah mengerti kehampaan sahabatnya.

“Besar juga. R&D. Kaupun tahu modalnya. Prospek untuk bekerjsama tu ada. Itu yang penting dan aku nak. Kau tahu ajelah, nak buat business dengan diorang bukannya senang. Dah lama Joe buat follow-up. Baru sekarang dia orang nak bincang. So, aku tak ada nasib nampaknya. But, aku yakin Joe dapat yakinkan mereka tentang syarikat kami. Lagipun, Joekan macam mat saleh sikit. Okeylah tu,” gurau Haikal dihujung penjelasannya. Benjamin ketawa besar. Perbualan mereka sedikit sebanyak menjadi perhatian tetamu yang hadir.

“Actually, sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan happy birthday. Semoga panjang umur dan cepat-cepat kahwin. Lastly, my family send regard to you. Diorang tanya kenapa dah lama tak datang rumah. Mama bising kau tak call dia,” ujar Haikal. Benjamin tersenyum. Terbayang wajah Mama dan Papa Haikal. Seperti Johari dia juga agak rapat dengan keluarga Haikal.

“Eh! Eh! Dia ni kata orang. Dia tu bila lagi?” Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang. Haikal dan Benjamin menoleh. Luqman menghampiri mereka dan bersalaman.

“Eh, hidup lagi kau. Aku ingatkan dah tak ada. Tak tahu nak contact langsung. Macam batu. Tenggelam terus,” marah Haikal. Luqman tersenyum memandang mereka berdua. Dia berjabat salam.

“Sorrylah. Aku bukannya sengaja. Actually aku baru balik dari China. Tiba-tiba kena transfer kesana. So, macamana aku nak jumpa kau,” bela Luqman yang bekerja diMIDA.

“Ala…… kau tu sengaja nak cari alasan. Macamlah kau tak tahu alamat e-mail aku. Macamlah kita ni duduk dalam zaman batu lagi tak ada benda-benda tu semua,” marah Haikal lagi. Serentak itu juga Benjamin meminta diri untuk melayan tetamu yang baru datang.

“Kan aku dah minta maaf. Aku bukannya tak ingat. Tapi, aku betul-betul sibuk, Kal. Aku kena transferpun mendadak aje,” balas Luqman sambil meminta simpati Haikal memahami keadaanya.

“Okeylah, aku boleh maafkan. Tapi, kau kena belanja aku makan,” gurau Haikal pula.

“No problem,” jawabnya.

Tidak lama kemudian beberapa orang teman mereka datang menyertai Haikal dan Luqman. Banyak cerita yang mereka bualkan. Maklumlah dah lama tak bersua. Tentu ada saja cerita yang akan diperkatakan.

“Kau dah kahwin, Kal?” tanya salah seorang temannya, Farhan.

“Han, kau tak ada soalan lain ke nak tanya aku? Kenapalah soalan keramat ni juga yang kau soalkan?” soal Haikal semula. Wajah Farhan dipandang tajam. Ajmal dan Luqman tertawa sinis menyindir.

“Kassanova, mana boleh kahwin. Kalau kahwin tentu jatuhlah saham dia,” perli dari Luqman. Dia menjawab bagi pihak Haikal.

“Tak jumpa yang berkenan dihati. Mana boleh kahwin. You all ingat nikah kahwin ni senang ke? Berat tau. Walaupun lifestyle aku ni macam ni, tapi, hukum ALLAH aku tak tolak. Mamapun bising juga. Biasalah orang tua. Tapi, aku tak jumpa macamana nak buat,” Haikal pertahankan pendiriannya.

“Dah cari dekat disko, pub, kelab memanglah tak jumpa. Cubalah cari tempat yang senonoh sikit,” sangkal Luqman. “Kau tengok kami ni. Farhan dah keluar dua orang. Ajmal dan aku akan menyusul tak lama lagi. Kau, Ben dengan Johari aje yang berat. Aku rasa elok kau orang bertiga pergi mandi bunga cepat-cepat. Cepat sikit dapat jodoh,” sambung Luqman lagi. Mereka tertawa besar.

“Ala… nak buat apa cepat-cepat nak kahwin. Enjoy dulu. Nanti ada komitmen susah. Kalau dapat isteri yang satu kepala tak apa. Dapat yang kampung punya, boleh mati kutu aku. Tak sosfikated langsung,” bidas Haikal.

“Jangan cakap macam tu. Kalau dah dapat, takkan kau nak tolak. Semua tu kuasa Allah. Jodoh pertemuan Dia yang tentukan. Tak tentu yang ‘kampung’ tu tak sosfikated. Tak sekepala. Jangan cepat menilai orang, Kal,” nasihat Luqman.

“Hish... ceritalah yang lain. Malas aku nak cerita bab-bab kahwin ni. Aku muda lagilah. Kalau ada jodoh kahwin la aku nanti. Aku jemput you all. Jangan risaulah.” Haikal memesong kata. Luqman, Farhan dan Ajmal tertawa.


No comments:

Post a Comment