Friday, March 5, 2010

Kerana WEN 5994....

"Aku benci benci dengan hantu jembalang tu! Benci betul ". bentak Zatul.

"Siapa? kau ni balik bilik terus jer angin semacam kenapa ni, sabarler kak oi... .", Fiza cuba menenangkan keadaan.

"Hantu jembalang si Afie tu lah, nantilah kalau aku jumpa dia, aku lekuk-lekuk kepala dia," gerutu Zatul.

"Cuba kau ceritakan pada aku kakak oi... ni kau bebel sampai pengsan pun, kalau aku tak tahu hujung pangkal pun tak guna, baik kau pergi bilik air ceritakan dengan kepala paip tu, sama juga," Fiza cuba berlawak.

"Kau tahu tak si Jembalang tu, ada ke patut, aku tahuler kereta aku ni belum basuh lagi, berdebu, dan kurang ajar punya budak, ada ke patut dia conteng kat cermin belakang kereta aku tu, kau tahu dia tulis apa? Dia tulis "Gadis kesepian, perlukan teman, lepas tu dia letak nama aku, dan nombor telefon aku dan siap dengan e-mail lagi", kurang ajarkan? dan dari tadi telefon aku dah 5 kali berbunyi, dan ada saja jantan kemaruk nak berkenalan, tak guna punya hantu, dan kau tahu, kereta tu aku parking betul-betul depan kafetaria bangunan HEP, " jelas Zatul.

"He... he... he... oklah tu Zatul, promosi percuma apa, bernas idea Afie tu, kalau kau tak larat nak layan, pas-pas ler kat kawan-kawan, kami boleh tolong layankan. He..he... jahat betullah si Afie ni ye, pas tu kau tak layan ker jantan-jantan yang telefon kau tu? tanya Fiza.

"Sorryler, mula-mula aku heran jugak, tetiba ada lelaki telefon aku, kemudian bila aku tanya, dia kata dia dapat nombor dari cermin kereta aku, apa lagi terkejutlah aku dan aku bagitau aku kena aniaya, tu pun ada jugak yang mengajak aku pergi dating, hishhh tak kuasa aku", adu Zatul.

"Kesian kau... tak pe lah sekurang-kurang glamour kejap kau yer... bayangkan betapa ramainya orang pergi lunch kat kafe tu dan baca tulisan tu, dan he... he... mesti diaorang ingat kau terdesak sangat tu." saja Fiza menghangatkan lagi keadaan.

"Kau ni memangler, hah... tengok tu bunyi lagi, benciler... nak offkan malas pulak takut ada urgent incoming call, " marah Zatul sambil mencapai telefonnya yang baru berbunyi.

"Hello... .tak der-tak der kenal-kenal, saya kena aniaya, minta maaf bukan saya conteng kereta saya tu, ada orang sabotaj saya, minta maaf, tolong jangan telefon saya lagi." marah Zatul.

"Hello, gadis kesepian boleh saya berkenalan?" perli Afie disambut ketawa nakal teman-teman sekuliah yang lain.

"Oi... .hantu kau ni Afie memang tak guna betul... kurang ajar, kenapa kau buat macam tu hah? ingat aku ni cheap sale?" marah Zatul.

"He..he..kira oklah tu, yang dulu kau lekatkan note dekat motor aku tu, lagi teruk sehari berpuluh call aku dapat tanya pasal motor tu, tak cukup dengan tu, dekat bus stop pun kau letak iklan tu... .apa dah lupa ? Balas Afie.

"Ala itu dulu, tapi ni lai, kau buat malu aku terukler kau ni," Zatul membela diri.

"Ooooo macam tu pulak, dulu kau letak iklan motor untuk dijual, siap letak harga murah lagi, lepas tu jenuh aku tepis segala call yang tanya pasal tu, banyak cantik muka kau... .kira oklah tu, seri 0-0, " Afie mengungkit.

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... "

"Waalaikumsalam puan", jawab mereka beramai-ramai. Dan segala perbualan semua terhenti dan masing mula mengeluarkan buku nota masing-masing. Kuliah bermula.

"Tok ! Tok !, maaf Puan, saya terlambat, " Salina mengetuk pintu dan mula duduk ditempat dibelakang.

"Huh ini Perempuan Melayu Terakhir ni... selalu lambat, dia ni memang macam ni puan, sebelum datang kelas, kena siapkan susu anak, tukar lampin tidurkan anak dulu ni... " laung Afie, dan seisi kelas ketawa. Salina menjeling dan mengetap bibir, marah dan malu.

"Ala nak buat macam mana Puan, ada bapaknya pemalas, semua kerja maknya nak buat, tu baju kotal-kotak tu pun suruh isteri seterikakan, tahu nak bergaya saja, "balas Salina berani.

"Hah padan muka kena balik... " Puan Noraini menyampuk sambil tergelak, dia pun sedia maklum dengan gelagat nakal siswa siswi kelas ini.

"Alamak ! mampus aku, oi Fiza jomler pergi settle, kita kena garang sikit ni, Ishhh, macam mana boleh tersondol pulak ni... " Zatul dah menggelabah.

"Rileks..rileks kontrol gabra, alihkan kereta dulu, ko jangan buat muka takut, kita kena berani ni." Fiza cuba berlagak berani.

"Ello, brader, macam mana bawak kereta ni, kenapa tiba-tiba brek terkejut ni. Tak tahu bawa kereta ke hah? marah Zatul.

"Sorrylah, tiba-tiba saja ada kucing tu melintas, terpaksalah saya brek, kalau tak matilah kucing tu." bela lelaki itu.

"Oooo habis tu, ni remuk redam kereta saya ni siapa nak bayar? Nak suruh kucing tu bayar? Yang awak bawa laju-laju tu kenapa, kalau dah tahu kucing tu nak melintas, awak ingat ni jalan bapak beli ker? awak sorang nak guna, orang lain pun nak guna, kucing tu, walaupun tak bayar 'road tax' tapi dia pun boleh guna tau, nak bawak laju-laju pergilah Sepang, " bebel Zatul campur geram.

"Ala kan ker saya dah mintak maaf, anyway, yang awak tu ikut saya dekat sangat tu kenapa? Lain kali ikutler jauh sikit, senang nak brek ini tak ikut macam nak cium bontot kereta saya, apa pun awak bersalah, sebab awak yang langgar saya, so awak kena bayar kos baiki bumper kereta ni, " lelaki itu tak mau mengalah.

"Oooiii cik abang, tak kuasa saya nak bayar, awak tu patut bayar untuk saya," marah Zatul.

"Hai cik adik, awak tu dahler ada cop P kat kereta, kalau saya pergi report sah-sah awak salah, dan tak pasal-pasal ada pulak orang kena buat 'test' kat JPJ lagi sekali," ugut lelaki itu.

Gurlp! gabra pulak Zatul. "Eh, betul tu Zatul, kalau report kau yang salah" Fiza berbisik pada Zatul.

"So awak nak macam mana?", tanya lelaki itu.

"Oklah bak nombor telefon nanti saya call awak," Zatul mula berlembut.

"Nope ! bagi nombor telefon awak, saya akan call awak, perempuan macam awak ni bukan boleh percaya " lelaki itu bersuara tegas. Dan Zatul tidak punya pilihan, biarlah dia bayar kepada lelaki walaupun secara ansuran, dari dia terpaksa buat ujian sekali lagi.

"Dia tak call pun, dah sebulan dah ni," Zatul berkata pada Fiza.

"Ye ker? ala kira settle le tu, mesti dia kesian kat kau, maklum kita ni kan ker student, ala orang amcam dia tu, duit banyak, setakat betulkan bumper kemek tu, tak luak pun duit dia, aku rasa," Fiza bersuara.

"Mintak-mintak ler nombor telefon aku tu hilang ker apa ker, selamat aku, " Zatul berharap.

Malam tu, Zatul rasa bersalah terhadap lelaki itu, malu dan bersalah kerana kekasaran dengan lelaki itu, dia ingin minta maaf, tapi macam mana? lelaki tu tak hubungi dia. Arrghh lantaklah, dan dia rasa rindu pada seseorang, tapi cepat-cepat dia hapuskan perasaan itu, aarhh tak mau lah rindu pada hantu jembalang, tak mau, bentak hati dia.

"Issshh kenapalah muka jembalang ni ada kat mana-mana ni... .ishhh tak mau ler... .ishh mata oi, lelaplah kau, lelaplah... ishh tak mau ingat dia," Zatul bercakap sendiri. Entah sejak akhir-akhir ni dia rasa kelainan pada Afie. Dia mula sedar betapa istemewa Afie, nakal, bijak, bertanggung jawab, dan ermmm dia punyai mata yang cantik, redup, cair hati wanita dia. Tapi dia tak mau Afie tahu dia, dia berlagak ego depan Afie.

Malam tu jugak dia rindukan suara pemanggil misteri yang menelefon dia dua tiga kali. Aarggghh kenapa aku malam ni. Dia masih ingat kali terakhir pemanggil misteri tu hubungi dia ialah empat hari yang lepas. Sebelum tu dia ada menelefon sekali, tapi tidak lama, cuma masa panggilan kedua, hampir satu jam mereka berborak dan Zatul menyenangi lelaki itu. Merendah diri, peramah, kelakar, serius kadang-kadang. Ishhh rindu pulak aku pada mamat tu. Dia bukan kenal pun, kenal pun melalui telefon saja, dan dia pasti mamat tu, antara orang yang ambil nombor telefon dia dari cermin keretanya yang diconteng oleh Afie hari tu. Dia yakin sebab mamat tu tahu, nombor plat kereta dia, tahu jenis kereta dia, tahu dia belajar di mana. Aarghhh sudahlah mata, tidurlah kau... ..dan akhirnya, Zatul tertidur.

"Alamak jembalang tu lah, tak maulah tengok dia, kang lama-lama jatuh cinta pulak" bisik hati Zatul dan terus mengusung makanan dan duduk dtempat agak tersorok sikit. Ishhh perempuan ni tak nampak ke aku kat sini, marah Zatul bila Fiza tercari-cari diri dia yang hilang selepas dia pergi mengambil minuman.

"Oi apahal ni jauh ke ulu kau duduk ni, jomler duduk kat sana tu, boleh nyelam sekali..he..he.." marah Fiza.

"Kau jangan nak nyelam-nyelam kang kau lemas kang baru tau, sudah jangan mengada duduk saja sini, tu kau tak nampak jembalang tu, kang dia buat niaya kat kita kat sini malu satu kafe ni tengok," Zatul mengingat Fiza.

"Ooooo patutlah, tapikan sebenarnya aku rasa Afie tu, handsome jugak kan? tapi cuma dia tu nakal sebab tu hilang segala handsome mamat tu," Fiza berkata.

"Sudahlah, handsome aper, baik tayar kereta aku lagi lawa, hitam-hitam pun mahal apa.." Zatul cuba melarikan tajuk. Ya betul tu Fiza, handsome mamat tu, aku suka dia, nakal pun tapi bijak, kata hati Zatul.

"Oi Cik Zatul, kau ni apa hal, marah aku lagi ker pasal cermin kereta tu? ala sorrylah, kan ker dulu kita dah janji, No Hard Feeling, mana aci, time kau kenakan aku, aku tak boleh marah, tapi time kau sikit jer dah merajuk, tak bestler," pujuk Afie.

"Sorrylah nak merajuk dengan kau baik aku merajuk dengan meja dan kerusi ni lagi ada faedah, sekurang-kurang kalau aku geram boleh jugak aku hempas-hempas kerusi tapi kau... huh, tak hingin aku." Zatul cuba mengawal perasaannya. Ishh aku tak boleh tipu diri sendiri. Dia cuba ingatkan betapa romantiknya pemanggil misteri itu, dan cuba menyukai lelaki itu. Aarghh gilakah dia cuba alihkan perasaan pada orang yang dia tak pernah kenal. Tak apalah sekurang-kurang tidak pada mamat sorang ni. Dan Afie nampak agak kecil hati dengan keadaan itu. Zatul suka, dia berjaya membuatkan Afie kurang bercakap dengan dia. Dia tak sanggup jatuh hati dengan Afie, dia tahu Mira pun sukakan Afie, dan Afie pun nampak rapat dengan Mira.

"Hello sayang, " hampir luruh jantung Zatul mendengar kata-kata itu, hati perempuanlah katakan. Seumur hidup dia, tak pernah mana-mana lelaki ucapkan kata-kata begitu kecuali abah dan datuk dia.

"Erm... sayang?? siapa sayang awak? tak ingin saya sayang dengan orang pengecut macam awak ni." lancar mulut dia berkata.

"Bukan pengecut sayang, belum masa lagi kita nak bertemu cik adik oi, nantilah bila saya benar-benar bersedia kita akan berjumpa ye... ala jangalah marah cayang bucuk abang... "pujuk si pemanggil. Dia menambah, "Cantiklah hari ni sayang pergi kelas pakai baju kurung, manis sangat, rasanya macam nak jer pergi cakap depan-depan dan nak tengok merah muka putih dia tu, malu, he..he..selalu asyik tengok dok pakai seluar ngan t-shirt saja hari ni cun melecun cik adik buah hati abang ni... " nakal si pemanggil mengusik, dia suka sungguh mengusik, sebab Zatul suka melawan dan akhirnya merajuk manja.

"Ishh, awak ni siapa ni, apa sayang-sayang ni, tak maluler, orang tak sayang dia pun, mana awak tahu saya pakai baju kurung, awak ni siapa ni, ala jangan lah macam ni, cakapler awak ni siapa?" Zatul terus mendesak.

"Ala nanti awak tahulah, dan jangan desak-desak lagi, nanti saya tak mau telefon awak lagi, biar awak rindu ngan cik abang awak ni... " lelaki tu mengusik lagi.

Argghh lelaki ni betul-betul buat aku aku cair, bisik hati Fiza. "Elehhh rindu... .tak kuasa saya nak rindu ngan lelaki perasan macam awak ni, danlah perasan penakut pulak tu, " Zatul sengaja menyakitkan hati lelaki itu.

"Ok, lupakan hal itu, so macam mana kelas hari ni, OK ker? tanya lelaki itu, dan mereka terus berbual, dari hal pelajaran sampai ke hal keluarga dan segala macam hal. Zatul sungguh gembira dan merasakan si misteri itu sungguh istemewa..siapalah mamat ni... takkan Afie kot, ishh suara Afie besar dan kasar, tapi mamat ni... ermmm merdunya suara dia.

Esoknya dia menceritakan pada Fiza, dia dah angau dengan mamat misteri tu, dan Fiza menuduh dia gila kerana menyukai lelaki yang entah betul entah tidak. Tapi Zatul yakin lelaki tu ikhlas, cuma mungkin dia segan untuk bertemu secara berdepan. Arrghh dia mula melupakan Afie, dia berjaya menjauhkan dirinya dari Afie, dia memang tak mau jatuh hati dengan Afie, dia tak mau, dia terlalu ego.

Balik dari kuliah hari tu, dia dipanggil ke pejabat pengurusan kolej kediaman, hati dia berdebar-bedar melihat pesanan di pintu bilik dia tadi. Debaran makin kuat apabila kerani pejabat tu, menyuruh dia tunggu sekejap apabila dia bertanya kenapa dia dipanggil ke pejabat. Ya Allah kenapa ni... hati kecil berdebar.

"Nah, ini untuk awak. Wah, pak we ye... romantiknya," kata kerani tu. Zatul keluar dari pejabat kolej dengan hati yang lapang, malu dan seronok. Seumur hidup dia inilah kali pertama, dia menerima kiriman bunga dari seorang lelaki, bersama ucapan manis tertera dikad ucapan yang sunggu cantik itu.

"Buat sayang abang, Semoga ada jodoh antara kita, I Miss You, wow jiwangnya mamat ni," bila Fiza membaca kad itu.

"Sorry, tak sengaja, " Zatul meminta maaf, malu dia kerana terlanggar seorang lelaki kerana dia sibuk mencari kunci kereta dalam begnya.

"Oh awak, agaknya memang hobi awak langgar orang kot," sinis lelaki itu mengusik.

"Eh... .saya tak sengajalah, awak ingat saya suka-suka nak langgar orang, sorrylah, tapi errr, encik ni siapa? tanya Zatul.

"Wah... .pelanduk mudah lupakan jerat tapi tidak bagi jerat, ermmm awak bernasib baik, nombor telefon awak hilang, kalau tak dah lama awak papa kedana saya tuntut bayaran ganti rugi repair bumper kereta saya," lelaki itu cuba mengingatkan Zatul.

"Alamak, awak rupanya, patutlah macam kenal, ooo patutlah dah dua bulan lebih awak tak call saya pun ingatkan dah dihalalkan, errr, kena bayar jugak ker?" Zatul buat muka kesian.

"Aiii awak ingat saya pi bayar kat bengkel tu, pakai daun getah, tak pun duit photostat, pakai duit tau cik adik oi, semuanya tujuh ratus ringgit cik, hah bila awak nak bayar?" tanya lelaki itu.

"Errr... tujuh ratus? ermmm boleh bayar ansur-ansur tak? Saya bukan ada duit sangat maklumlah student" lagi sekali Zatul buat muka kesian.

"Ansur-ansur? apa ingat saya ceti ker kerja nak kutip hutang tiap-tiap bulan, marah lelaki itu.

"Kalau macam tu biar saya bank in saja setiap bulan," Janji Zatul.

"Eleh boleh percaya ke awak ni?Ok, saya bagi peluang, esok tunggu saya dekat sini tepat jam 2.00 petang faham, saya bagi nombor akaun, eh bagi sekali lagi nombor telefon, takut awak tipu pulak" bagai budak kecil Zatul terus mengangguk dan terus bagi nombor telefon dia.

Malam tu Zatul mengadu hal itu pada buah hati misteri itu. Lama mereka berbual dari satu topik ke satu topik.

"Ermmm awak... selama kita kenal ni kan? awak tak cakap pun siapa nama awak? boleh saya tahu siapa nama awak?" Zatul memberanikan dirinya bertanya.

"Abis tu awak tak pernah tanya nama saya, oklah boleh tak kalau awak panggil saja saya abang, kan ker lebih mesra," sekali lagi lelaki itu mengusik.

"Abang? ishh malulah... tak mau..ala pleaselah bagitau nama awak siapa, manalah tahu kot-kot saya nak call awak bila-bila masa, senang sikit," memang itulah selama ni, dia hanya menantikan panggilan dari sidia, namun dia tidak berpeluang untuk menghubungi lelaki itu, walaupun dia boleh hubungi saja nombor yang tertera di skrin telefon dia, tapi kalau dia hubungi pun, buatnya orang lain yang angkat, dia nak cakap dengan siapa? nama pun tak tahu.

"Ala... mulaler tu... .awak dah sayang saya yer ngaku jer lah sayang, pandaikan saya ngorat awak?", lelaki tu terus lagi menyakat.Zatul betul-betul malu, dia malu pada diri dia sendiri.

"Kalau macam tu tak apalah, bye... ", terus dia matikan perbualan, bukan marah tapi dia malu sendiri. Tidak sampai seminit, telefon berbunyi semula, dia malas melayan, dia suruh Fiza angkat dan berbohong dia dah keluar, tetapi Fiza macam terpukau pulak, dia tak sampai hati, dan terus bagi telefon tu kembali pada Zatul, bila sidia mula merayu.

"Sayang... abang minta maaf sayang... sayang maafkan abang please... ", lembut lelaki itu memujuk, Zatul diam. "Ok, kalau sayang nak tahu jugak, esok tunggu abang depan restoran Murni kompleks PKNS pukul 2.30 petang ok?

Alamak... mana boleh esok dia dah janji ngan mamat yang dia langgar bumper kereta tu, nak jumpa. "Ala awak ni sengaja tau, kan tadi saya dah cakap saya kena pergi jumpa mamat yang saya langgar bumper kereta dia tu, sengaja jer awak ni tau nak sakitkan hati saya," marah Zatul.

"Sayang..kan ker sayang dah janji nak jumpa mamat tu, pukul 2.00, takkan nak jumpa dia berjam-jam, ala setakat nak ambil nombor akaun saja, kalau tak nak tak apalah," seolah merajuk lelaki itu.

" Ok, tapi kat tempat lain tak mau kat situ, sebab dia pun janji nak jumpa saya kat situ, tak mauler nanti dia nampak saya dengan awak, " pinta Zatul.

"Apa salahnya, biarlah dia tahu awak dah ada pakwe mana tau kot-kot dia mengorat awak pula nanti," usik lelaki itu lagi.

"Eleh... awak jangan nak perasanlah, siapa nak jadi makwe awak, tak naklah saya, kenal pun belum," elak Zatul."Tapi macam mana saya nak kenal awak?" tanya Zatul lagi

"Ok, saya kenal awak, awak tak kenal saya, no problem, saya akan tegur awak dulu, untuk confirmkan saya dalah buah hati yang awak tunggu tu, saya akan bagi awak seekor anak patung garfield yang sungguh cute macam awak juga, senang kan? lelaki itu mencadangkan.

"Ok," Sukanya hati Zatul, macam tau-tau jer mamat ni aku suka garfield, errr, kalau boleh belilah yang kecik boleh gantung kat kereta, kata hatinya.

Aargghh baju apa nak pakai ni... .Zatul resah, ambil itu tak kena, ambil baju ni tak kena, ishh susah jugak nak dating yer rupanya, detik hati kecilnya, maklumlah pertama kali nak jumpa lelaki yang agak istemewa. Ermm bertuahlah mamat yang aku langgar bumper tu, dapatlah kau menumpang tengok aku lebih cun sikit hari ni. Akhirnya Zatul memilih baju kurung sutera warna biru, dan tudung warna biru lembut.

"Erm... dah sampai..awalnya awak... amboi lawanya mesti nak jumpa pakwe ni lepas ni," tegur lelaki itu.

"Eh, tak der lah, saya awal atau awak yang lambat saya nak cepat ni, bagilah nombor akaun tu, saya nak jumpa kawan saya selepas ni, kami nak pergi kenduri" Zatul berbohong geram betul kerana mamat ni lambat.

"Ooo patutlah cun melecun, ala..kejaplah makan dulu,"dan., lelaki tu terus pergi membuat pesanan makanan. Zatul mengetap bibir, ishh geramnya aku..getus hati kecil dia.

"Ermm makanlah, tunggu apa lagi," pelawa lelaki itu, dan hilang selera, dia hanya jamah sedikit saja, walaupun KFC merupakan makanan kesukaan dia, tapi dia risau kalau-kalau 'sidia' sudah menanti terlalu lama.

"Oklah, saya nak pergi ni, cepatlah bagi nombor akaun," Zatul mula bosan.

"Oppsss, selagi awak tak habiskan makanan tu, saya tak akan bagi nombor akaun tu," ugur lelaki itu. Zatul terasa seperti dipermainkan. Mana dia mampu nak habiskan makanan yang dirasakan cukup untuk 4 orang makan itu. Habisler lisptik aku nanti, tak lawa pula, bisik hati Zatul.

"Terpulang, kalau awak nak bagi, silakan, kalau tak nak, jangan salahkan saya, saya terpaksa pergi sekarang, saya kalau berjanju tak suka lewat, nanti orang ternanti-nanti," kata Zatul sambil memerli mamat tu.

"Ala rileksla[h, entah-entah kawan awak tu tak datang lagi, tak pun tak datang terus, tak baik membazir makanan, berdosa tau," lelaki itu terus mengusik.

"Suka hati awaklah, maaf saya pergi dulu, bukan salah saya awak yang tak mau bagi, Assalamualaikum," Zatul bingkas bangun dan mencapai begnya dan mula hendak melangkah, keras hatinya.

"ok..ok... .tak mau habiskan makanan tu pun tak apa, tapi temankan saya makan sekejap, saya ni pemalu orangnya, seganlah nak makan sorang-sorang, pleaseler, nanti orang ingat saya jejaka tak laku pulak, awak ni garang betul, takut saya." mamat tu terus mengusik.

Issshh menyampahnya aku dengan mamat ini. Sabar sajalah, kata hati Zatul. Dia tak sanggup lagi.

"Oklah sedara, saya sebenarnya ada date dengan pak we saya ni, dia tu panas baran, garang, saya takut kalau dia nampak saya dengan awak, kang tak pasal-pasal... ," tak sempat Zatul menghabiskan ayat dia.

"Tak pasal-pasal saya kena belasah? Ala best man win, padanlah pak we awak dengan awak kan..sama-sama garang, mesti anak esok pun ganas semacam yek.." selamba saja mamat itu.

"Sorrylah, jangan salahkan saya, bukan saya tak mau, awak yang tak bagi nombor akaun awak tu," Zatul nekad akan pergi.

"Please sayang, duduk dulu... .Nah ambil ni", mamat tu mula berlembut.

"Awak!!! biar betul ni," Zatul amat terkejut kerana mamat itu menghulurkan seekor patung garfield yang cute sekali. terkejut betul dia sungguh dia tak sangka.

"Ya, sayang... .selamat berkenalan, saya Faizul Hisham," mamat itu memperkenalkan diri.

"Sampai hati awak tipu saya... tapi suara awak lain dari... dari... dari... " Zatul terhenti.

"Lain dari 'abang' awak dalam telefon? Ala, suara awak pun lain dalam telefon, tak sama langsung, I Miss You Sayang," Faizul ikhlas. "Sebenarnya syarikat saya sedang jalankan projek ubah suai bangunan pejabat bendahari kampus awak tu, dan saya selalu nampak awak ke kafetaria, dan teringin rasanya nak berkenalan, habis tu takkan saya nak pergi cakap dengan awak saya nak berkenalan, ishh jatuhler saham saya, dan saya berdoa semoga dapat berkenalan dengan awak, dan orang-orang baik macam saya ni selalu Allah tolong, rupanya ada hikmah awak langgar kereta saya, dapatlah saya nombor telefon cik adik pujaan hati ini," lelaki itu menjelaskan tanpa dipinta.

"Dan menyamar tak nak kenalkan diri, kemudian bila terserempak awak bohong kata nombor telefon saya hilang? eleh... tak gentleman langsung," Zatul masih mempertahankan egonya, dalam hatinya gembira bukan kepalang, rupanya mamat handsome inilah 'cik abang' dia selama ini.

" Ok, sayang, papa dah sampai, jom kita balik," girang hati Zatul melihat kereta suami masuk ke perkarangan pejabatnya, menjemput dia pulang.

"Assalamualaikum, sayang" tegur Faizul sebaik saja Zatul melabuhkan punggung ke kerusi kereta. "Ni sayang papa kat dalam sihat?" tanya Faizul sambil mengusap perut Zatul yang makin membulat besar.

"Huh !, nakal anak papa, macam papa jugak, asyik menendang sana sini, sakit mamanya," adu Zatul.

"Mana ada nakal macam mamanya lah, tapi jangan garang macam mama, AAUUW!!, serentak dengan itu satu cubitan singgah ke peha Faizul.

Dia cukup bahagia bersama Zatul dan hanya beberapa minggu sahaja algi, akan hadir 'orang ketiga' dalam hidup mereka. Hidup lebih bermakna dan lebih ceria. Dimana-mana ada bunga cinta mereka.

Zatul jua cukup bahagia menanti saat itu, tidak disangka rupanya Faizul benar-benar ikhlas menyayanginya, selepas pertemuan pertama, bagaikan terpukau, dia mengikut saja, faizul terus membawa dia ke rumah mak ayahnya untuk diperkenalkan sebagai calon isteri. Dia masih ingat, dia betul-betul tersipu malu bila Datin Kalsum, mertuanya mengusik, "Oooo inilah dia buah hati dia, yang selalu dok bergayut telefon sampai ke pagi tu," malunya Zatul saat itu.

Seminggu kemudian, satu kejutan apabila keluarga Faizul datang bertandang ke rumah dia, merisik. Sebaik saja dia selesai peperiksaan akhir, majlis perkahwinan terus berlangsung. Semuanya tidka pernah terduga. Semuanya kerana WEN 5994, kancil merah itu, yang sampai saat ni, sayang untuk dijual.

No comments:

Post a Comment