Tuesday, March 30, 2010

Buat aku tersenyum - 6

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Perancangan aku berjaya. Tak banyak tapi cukuplah jika ia mendatangkan sedikit perubahan. Kan lebih baik, perubahan yang sedikit demi sedikit, tetapi ia konsisten daripada perubahan yang terlalu mendadak, tetapi akan goyah apabila keseronokan duniawi menggoda melalaikan.

Sekarang ni, solat berjemaah dah jadi rutin kat opis ni. Sukanya hati aku!!!! Zohor dan asar, masing-masing akan meninggalkan kerja yang bertimbun.. surau opis kian bercahaya. Alhamdulillah, tidak lagi sunyi sepi macam memula aku menjejak kaki kat opis ni. Rupanya ramai yang berkemampuan untuk menjadi imam. Cuma, kadang-kadang tu terlalai.

Tazkirah dan usrah pun aku selitkan. Walid, ku jemput khas. Alhamdulillah, walid menerima pelawaanku itu dengan hati yang terbuka.. sayanggggggg walid...Bergilir-gilir untuk menyampaikan tazkirah. Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Bukannya apa, hati kita ni perlu sentiasa diingatkan dengan hakikat keimanan. Almaklum sajalah, manusia ni imannya mudah turun dan naik, tak konsisten. Sebab hati belum hati betul-betul kuat dan dekat dengan Pencipta.

Hafeez, Adam, Malik dan Firdaus, masing-masing berusaha untuk memperbaiki diri. Razif pun kian bersemangat. Ku sisipkan satu nukilan yang menghiasi diari muslimahku kat board opis. Alhamdulillah, titipan itu telah memberikan perubahan kepada staf lelaki. Harapan aku, moga apa yang aku sampaikan itu akan dapat manfaatnya kepada umi dan walid. Kira macam bagi semangat kat staf lelaki. Bukannya apa, perkara yang selalu dibangkitkan dalam usrah mingguan adalah persoalan jodoh. Perasaan Rendah diri, selalu membataskan kesungguhan untuk berusaha mendapatkan jodoh yang baik. Nak tau ke apa yang aku lekatkan kat board opis? Ni lah...


MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran


No comments:

Post a Comment