Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 17

Pintu bilik Adibah dikuaknya perlahan-lahan. Bimbang jika Adibah sedang tidur. Dilihatnya Adibah masih seperti tadi. Dalam keadaan yang ditinggalkannya sebentar tadi, masih bersila di atas katilnya. Tidak bergerak!"Adi....." Masih sama. Kening Hazmi berkerut. Punggungnya di labuhkan di birai katil. Bahu Adibah disentuhnya lembut. Gadis itu ternyata terkejut, hinggakan tubuhnya terdorong ke belakang.

"Dah lama abang masuk sini?" Hazmi tersenyum.

"Baru je, tapi tengok Adi macam patung! Mata pandang abang tapi fikiran entah ke mana melayang" Adibah tersipu malu. Wajahnya segera ditundukkan.

"Adi nak makan?"

"Tak nak, tak ada selera. Nantilah Adi makan" Memang tekaknya terasa mual. Apa sahaja yang disumbatkan ke mulut akan terasa kembang hinggakan dia terasa ingin muntah.

"Tak boleh macam tu, nanti Adi bertambah sakit. Abang suapkan ye!" Hazmi memujuk lembut. Tray besi berisi makanan diletakkan di atas ribanya. Sesuap nasi disua ke mulut Adibah.

"Tak naklah! Malu lah Adi kalau macam ni, dah jadi budak kecil pulak!" Adibah tergelak. Mulutnya dipekup dengan tangan. Hazmi juga turut sama tergelak. Kepalanya digeleng beberapa kali melihat gelagat Adibah yang kebudak-budakkan.

"Adi cuma ada dua pilihan. Makan sendiri atau abang suapkan!"

"Errrrrr....... Tak ada pilihan ke tiga ke?"Ketawa Hazmi makin galak. Adi! Adi!

Sukarnya untuk menelan bila sepasang mata itu tunak merenungnya. Nasi yang ditelannya terasa berketul-ketul melalui anak tekaknya. Tidak dikunyah, semua ditelannya.

"Dah?" Soal Hazmi sebaik melihat Adibah menolak tray besi itu ke tepi. Adibah mengangguk laju. Please.... jangan paksa aku untuk makan lagi!

"Cepatnya! Cukup tak? Nak abang belikan apa-apa makanan untuk Adi lagi?"

"Dah! Dah! Nanti Adi sakit sebab kenyang sangat makan!" Hazmi ketawa mengekek. Keningnya yang hitam lebat itu turut sama bergerak-gerak. Kacak betul!

Suasana hening seketika. Masing-masing membisu tanpa kata. Sesekali terdengar dengusan nafas Hazmi. Terasa begitu dekat. Hangat! Adibah tersenyum sendirian.

"Kenapa Adi senyum?"

"Erk? Tak ada apa-apa" Balasnya cepat-cepat. Wajahnya sudah diwarnai ke merahan, malu bila tingkahnya tadi mendapat perhatian lelaki itu.

"Abang nak tanya sikit, boleh tak?" Adibah mengangguk perlahan. Tanya apa? Dadanya mula dilanda debar. Mesti pasal Lutfi!

"Apa hubungan Lutfi dengan Adi?" Binggo!!! Tepat sekali tekaannya. Nampaknya aku boleh menjadi ahli nujum gamaknya, mudah benar membaca fikiran orang!

"Kami berdua cuma kawan. Lutfi kan ex-classmate Adi"

"Mungkin bagi Adi cuma kawan tapi bagi Lutfi, more than that!" Adibah terdiam. Wajahnya kembali merenung ke bawah, memandang tilam yang bersarung kain cadar berwarna putih.

"Masa sekolah dulu, selalu juga abang nampak Adi dan Lutfi bersama. Di mana ada Adi, kat situ mesti ada Lutfi. Biarpun macam anjing dengan kucing tapi Adi dan dia tak ubah macam belangkas juga. Sentiasa bersama!" Adibah meneguk air liurnya. Kelat! Pahit! Kesan ubat yang di makannya masih dapat dirasai.

"Sudahlah! Abang tak mahu cerita pasal ni lagi, dan abang tak mahu kita ungkit kisah dulu"

Hazmi mula bangkit. Membetulkan baju kemeja berwarna coklat cair itu berkali-kali.

"Tapi......... ada satu kisah dulu yang abang tak mahu lupa!" Adibah segera mengangkat wajahnya. Berkerut-kerut memandang Hazmi penuh tanda tanya.

"Budak comel yang selalu bawa beg sekolah warna kuning dengan gambar kartun itik kecil tengah berenang. Dari jauh lagi abang dah tahu siapa dia!" Adibah tersipu-sipu malu. Tersenyum menguntum. Tak sangka selama ini beg kesayangannya itu berjaya mencuri perhatian pelajar paling top di sekolah. Hehehe.....

No comments:

Post a Comment