Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 11

"Awat pagi-pagi muka dah jadi macam tikuih mondok ni?" Adam melabuhkan punggungnya di sisi Lutfi. Pertanyaan Adam tidak berjawab. Dia masih berteleku di meja, asyik melihat asap kecil yang berkepul-kepul naik dari mug berwarna putih yang berada di depannya.

"Lut! Awat dengan hang ni?" Bahu Lutfi dikuisnya perlahan. Masih tiada tindak balas. Pelik? Sudah kena sumpah ke? Tiba-tiba berubah menjadi patung cendana!

"Woii!!!!!!!" Jerkah kuat dari Adam membuatkan Lutfi hampir terlompat dari tempat duduknya.

"Apa hal engkau ni Adam? Terjerit-jerit macam orang gila!" Gerutunya geram. Percikkan kopi yang terkena tali lehernya, dikesat dengan kasar.

"Aku yang patut tanya hang lagu tu? Apa yang tak kena dengan hang ni? Dok melangut dari tadi." Lutfi terdiam. Rasa marahnya tiba-tiba mati. Kedua tangan diraup ke mukanya. Resah!

"I'm falling in love!" Uiks? Wajah Adam mula berkerut. "Again?" Lutfi tersenyum. Wajah Adam yang agak terkejut di pandang sekilas. "Anak dara mana pulak kali ni?"
"Aku serius lah! Apa? Kau ingat aku ni playboy ke? Hari-hari asyik jatuh cinta" Adam mengekek ketawa. Dagunya diusap berkali-kali. Membelai janggut yang baru mula hendak tumbuh.

"Macam mana dengan Yana? Hang tak kesian kat dia ka?"

"Entahlah Adam! Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Bukan aku tak kesiankan Yana, bukan aku tak cintakan dia tapi cinta yang kedua ini datangnya tanpa di duga!" Adam tersengeh.

"Hemmmmmm……..Susahlah kalau lagu ni! Dua-dua pun hang nak. Tamak sungguh!" Lutfi tergelak.

Tamak ke aku? Adibah memang aku suka sejak dulu cuma perpisahan yang agak lama maka rasa itu pudar di telan masa. Dan tatkala gadis itu tiba-tiba muncul di depan mata, perasaan yang disangkanya sudah berkubur di sudut hati, hidup kembali. Namun memang dia akui, perasaan bersalah terhadap Yana kerap menjengah di hatinya

*******************
Adibah tersengeh-sengeh memandang Rosmah yang terkebil-kebil merenung surat permohonan cutinya.

"Kenapa tiba-tiba apply cuti ni?"

"Adi nak balik kampunglah kak! Ada hal penting!" Rosmah terdiam. Kertas ditangannya, dibelek lagi.

"Apa yang penting sangat tu?"

"Penting sangat kak! Ini antara hidup dan mati!" Kening Rosmah serta merta terjungkit. "Kamu ni kalau cakap biarlah betul-betul Cik Adi oiii! Adi ni menakutkan akak lah!" Adibah mengekek ketawa. Perutnya ditekan beberapa kali cuba menahan tawanya yang makin galak.

"Betullah akak, takkan Adi nak tipu pulak!" Memang betul kan? Soal tentang jodoh ini bagaikan antara hidup dan mati. Silap memilih kita sendiri yang merana dan jika pilihan itu yang terbaik, hidup bagaikan di dalam syurga lagaknya!

"Macam-macam hal lah engkau ni Adi! Akak tak kisah tapi cuti yang Adi mohon ni terlalu lama. Seminggu! Bagi ke boss nanti. Lagi pulak, Adi yang handle untuk projek baru tu!" Bibir Rosmah sedikit terjuih. Adibah terdiam. Kepalanya digaru beberapa kali. Betul juga kata Kak Rosmah tu! Mesti Encik Khairil bising jika nampak surat cutinya nanti!

Seperti yang dijangka, wajah Encik Khairil berkerut seribu tatkala surat cutinya diserahkan. Lama lelaki tua itu menatapnya. "Seminggu? Buat apa lama sangat kat kampung ni Adi?" Adibah tersengeh. Teragak-agak untuk menjawab. Apa alasan yang hendak diberi?

"Errrrrrr…….. saya nak kahwin boss!" Encik Khairil terbatuk-batuk. Matanya sedikit terjegil merenung Adibah yang asyik mempamerkan giginya.

"Angin tak ada, ribut pun tak ada, alih-alih Adi cakap nak kahwin? Hish budak bertuah ni!" Kepalanya pula digeleng-geleng beberapa kali.

"Saya tak tipu boss! Memang betullah saya nak kahwin tapi saya balik ni bukannya nak kahwin terus cuma nak berkenalan dengan bakal mertua" Encik Khairil tergelak kecil. Adi! Adi!

"Dahlah tu! Banyak betul alasan kamu ye Adibah! Oklah! Seminggu saja tau? Lepas tu datang kerja kalau tak nak projek baru tu saya bagi orang lain handle" Adibah tersenyum gembira. Alah ! Memang tak ingin pun uruskan projek tu!


No comments:

Post a Comment