Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 6

“I love you!” Yana bersuara manja. Tangannya kejap merangkul tengkuk Lutfi.

“I know sayang tapi tak perlulah terpeluk-peluk macam ni. Malulah orang pandang” Rangkulan Yana direnggang dengan perlahan. Yana mula menarik muka masam. Hum! Merajuk lah tu. Itulah orang perempuan, pantang di tegur sedikit, dah merajuk! Payah!

“Kenapa tarik muka macam cencorot ni? Nanti cepat tua tau!” Lutfi akhirnya mengalah, mula memujuk Yana. Gadis itu masih dengan sikapnya. Terus masam dan membisu.

“Abang belanja Yana aiskrim ye!”

“Huh! Pujuk sikit belanja aiskrim. Asyik-asyik umpan Yana dengan aiskrim! Selalu macam ni, lama-lama Yana pun boleh jadi gemuk!” Amboi marahnya! Lutfi tersengeh.

“Gemuk pun ok! Lagi comel, abang pun lagi suka” Hidung Yana dipicit sekali.

“Ye lah tu! Ramping macam ni pun abang masih sempat mengurat orang lain. Kalau gemuk, terus kena tinggal!” Lutfi tergelak. Orang perempuan, memang sensitive pasal berat badan kan?

“Abang sukakan Adibah ke?” Ketawa Lutfi serta merta mati.

“Kenapa Yana tanya macam tu?”

“Ye lah kan, dia tu anak itik tokwi yang abang selalu sebut-sebut tu” Ujar Yana. Mulutnya sedikit terjuih sewaktu perkataan ‘anak itik tokwi’ itu di sebut.

“Eh? Mana ada! Abang kan sayang Yana!” Sayang? Betul ke? Rasa macam tak ikhlas je menyebut perkataan sayang tu.

“Abang jangan main-main dengan Yana. Abang jangan lupa yang selama ni papa Yana lah yang banyak membantu sampai syarikat abang maju macam ni!” Lutfi terdiam lagi. Ini yang dia selalu bosan bila bercakap dengan Yana. Gadis itu asyik mengungkit budi yang papanya taburkan. Balik-balik, itu sahaja yang diperkatakan!

“Abang jangan cuba nak tinggalkan Yana pulak!” Makin mengugut pula gadis ini. Lutfi masih membisu. Tekaknya tiba-tiba terasa loya. Makaroni sup yang tadinya nampak begitu menyelerakan, mula menjadi kembang di tekaknya.



No comments:

Post a Comment