Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 5

“Sejak bila Adi tukar profession ni?” Adibah tersengeh. Kepalanya yang tidak gatal di garu beberapa kali. “Tanya akak itu, ini. Dah jadi penyiasat persendirian ke? Tak pun dah jadi James Bond 007!” Adibah menekup mulutnya menahan tawa yang mula pecah.

“Hish! Apalah akak ni. Ke situ pula perginya!” Ketawanya masih bersisa. “Gelak pulak dia! Dah memang betul kan? Dari tadi tak habis-habis dok bertanya pasal customer kita yang baru tu. Mesti ada apa-apa ni!” Mata Rosmah merenung penuh tanda tanya.

“Alah akak ni, takkan tanya pun tak boleh. Adi saja-saja je tanya”

“Bukan sehari dua hari akak kenal Adi tau! Dah lama! Macam lah akak tak tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati Adi tu!” Adibah ketawa lagi.

“Uik? Akak pun dah tukar profession juga ni, dah jadi ahli nujum pulak ke? Nujum Pak Belalang kot?” Sudahnya, Rosmah juga turut ketawa mendengar usikan Adibah. Budak ni! Macam-macam hal!

Wajah Adibah berkerut seribu. Muka Encik Khairil yang sudah dimamah usia itu, direnungnya tidak berkelip. Aku silap dengar ke? “Errrrrrrr…..Betul ke ni boss?” Adibah masih belum berpuas hati.

“Laaaaaa. Betul lah! Buat apa saya nak tipu Adi pulak? Customer baru tu mahu Adi yang handle projek ni.” Hish! Biar betul! “Tapi kan boss, saya ni bahagian pentadbiran bukannya bahagian jualan atau promosi. Manalah saya tahu nak uruskan projek tu. Nanti kalau tak mengikut citarasa customer, boss juga yang susah!” Alasan Adibah yang panjang berjela!

“Tak apa! Ini permintaan customer! Lagipun customer kita tu cakap, Adi lebih tahu macam mana kehendaknya” Kening Adibah mula terjungkit. Ini mesti kerja budak Lutfi tu! Aduh! Dia melangkah keluar dengan hati yang sebal!

Sabar Adibah! Sendiri memujuk hati. Hati semakin sakit melihat kerja yang berlonggok-longgok di atas meja. “Mana satu aku nak buat? Semua kerja bagi kat aku tapi gaji sikit! Tension!” Bebelannya mula kedengaran.

“Kenapa ni?” Hah? Kepalanya diangkat mendongak ke atas. Datang lagi? Aduh susahnya kalau macam ni. Air liurnya terasa bagaikan tersangkut.

“Kenapa?” Masih bertanya lagi. Mata Adibah masih terkebil-kebil. “Tak ada apa-apa. Encik Lutfi datang sini buat apa? Nak bincang pasal projek tu ke? Tapi start next week kan?” Lutfi tersenyum. Kerusi di depan meja Adibah di tarik sebelum melabuhkan punngungnya.

Adibah mula resah, Makin rimas bila semua mata staff di office terarah kepadanya. “Kenapa Adi asyik berencik-encik dengan saya. Cakap macam biasalah! Rimas pula saya dengar” Rimas? Eh, aku lagi rimas tengok engkau asyik bertandang ke sini!

“Encik Lutfi customer saya, lagi pun ini office hour. Lebih elok kalau berbahasa macam tu” Selembut mungkin cuba menutur kata namun di dalam hati, ya Allah! Hanya Dia yang tahu.

Lutfi ketawa kecil. “Saya lebih suka kalau Adi panggil saja Lutfi atau Lut. Lebih mesra!” Senyuman gatalnya mula terukir. Adibah terdiam. Wajahnya yang sejak tadi asyik berkerut makin bertambah berkerut. Cepatlah engkau tua Adibah kalau hari-hari dok berkerut macam ni!

“Macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Saya akan terus duduk kat sini sampai Cik Adi panggil nama saya Lutfi!” Muncung Adibah mula keluar. Lutfi tergelak dan kali ini lebih kuat.

“Adibah yang comel, saya bukannya nak tengok muncung itik tu tapi nak dengar nama saya ni di sebut dengan betul!” Eh? Tak betul lagi nama dia aku panggil? L . U. T. F. I = Lutfi! Hah! Betullah tu! Dia ni memang sengaja memancing kemarahan aku!

Adibah bingkas bangun. Cukup! Aku dah fed up! “Sebenarnya Encik Lutfi nak apa? Kalau pasal projek tu, minggu depan baru bincangkan tapi kalau yang lain-lain saya tak tahu. Kalau tak ada apa-apa lagi saya dengan bertimbang rasanya memohon Encik Lutfi beredar denga segera!” Huh! Makin bernanah hati ni, gelak pulak dia!

Rosmah yang dari tadi sekadar memerhati dan mendengar, tersenyum simpul. Kepalanya digeleng beberapa kali. Adibah! Adibah!


No comments:

Post a Comment