Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 4

“Adi!” Badannya berpaling mencari arah suara yang memanggilnya. “Adi, boleh tolong akak?” Mata Adibah memandang tidak berkelip, menanti pertolongan yang bakal diminta oleh Rosmah.

“Akak nak balik sekejap. Anak akak, Si Aiman tu jatuh kat sekolah. Tadi cikgu dia call suruh bawa balik” Nada suara wanita itu sedikit tercungap. Mungkin dia tergesa-gesa berlari mendapatkannya sebentar tadi.

“Akak nak Adi buat apa?”

“Tolong ganti akak ambil minute meeting kejap lagi. Kang boss ada meeting. Akak takut tak sempat balik” Adibah meneguk air liur beberapa kali.

“Errrrrr……… Adi tak biasa lah kak. Tak pandai lah!”

“Tolonglah Adi! Pleaseeeeeeeee…..” Aduh! Rayuan yang melemahkan setiap urat nadi tubuhnya. Dia akhirnya mengalah. Menganggukkan kepalanya beberapa kali.

Jam di tangan kirinya, direnung beberapa kali. Dadanya sudah berdebar-debar menanti masa mesyuarat bermula. Takut! Semuanya boss-boss besar di dalam bilik tu nanti. Tentu dia tak betah duduk. Yang Kak Rosmah ni pun satu, time-time ni pula dia nak balik. Sudahnya, Adibah Si Penakut ni yang terpaksa jadi bidan terjun.

“Adi! Boss panggil! Dah nak start meeting” Aduh! Panggilan Suhana, penyambut tetamu bertubuh langsing itu bagaikan menyentap tangkal jantungnya. Dia mengangguk perlahan sebelum melangkah pergi.

“Bismillahhirrahmanirrohim” Ucapnya perlahan sebelum memulas tombol pintu. Mukanya bagaikan di sapu natural blusher , serta merta merona merah tatkala semua mata terarah ke arahnya. Terasa bagaikan kaki nya di gam ke lantai, tidak mampu untuk melangkah.

“Adi! Duduk sini!” Arah Encik Khairil tatkala melihat Adibah yang masih tercegat di situ. “Hah? Oh! Ya! Ya boss! Maafkan saya!” kelam kabut dia menarik kerusi di sebelah Encik Khairil. Aduhai! Malunya bila semua tingkah menjadi perhatian.

Setengah jam mesyuarat sudah berlalu. Dia langsung tidak mengangkat muka. Tangannya begitu kusyuk menulis setiap bait ayat yang diperbincangkan. Namun dia terasa bagaikan ada mata yang asyik merenungnya.

Nafasnya dilepaskan, lega! Berakhir juga mesyuarat yang dirasakan seperti melalui perintah berkurung. Bebas! “Adi!” Wajahnya diangkat ke atas. Hah? Kertas-kertas yang sudah tersusun elok jatuh berteraburan ke lantai. “Hish! Kenapa cuai sangat ni Adi!” Cuai? Dia tu yang tiba-tiba muncul macam hantu, sesiapa pun akan menjadi sepertinya.

“Bila sampai?” Lutfi tersenyum. Senyumannya yang masih sama seperti dulu, seyuman gatal!

“Hemm….. Ada pun suara! Ingatkan patung simen tadi, keras membisu je kat sini!” Adibah memuncungkan bibirnya. Lutfi ketawa kuat. “Yang ini memang tak berubah dari dulu ye? Muncung itik ni memang comel!” Ketawanya makin galak.

Adibah mendengus geram. Cepat-cepat mengutip kertas-kertas yang berteraburan. Dia ingin segera keluar dari bilik ini. Sangkanya Lutfi dah berubah namun perangai suka mengusiknya masih sama. Huh! Tak insaf lansung! Di sebabkan dia, hilang sikap kewanitaan yang selama ini dipupuk. Ingin sahaja di maki hamun, menjadi brutal seperti dulu. Sabar Adibah! Berdayakah memujuk hati jikalau tawa mamat sewel ini masih enggan berhenti.

Adibah ingin berlalu pergi namun pergerakannya terhalang bila Lufti berdiri tegak di hadapannya. Tidak berganjak. “Sorry Adi! Gurau je. Bukan apa rindu nak tengok muncung itik yang comel tu!” Huh! Dalam minta maaf sempat lagi mengena!

“Encik Lutfi!” Nama itu ditekan dengan kuat. “Datang ke sini nak bergaduh ke nak menyambung silaturrahim yang dah terputus!” Lutfi tersenyum. Senyuman yang menyampah dia tengok.

“Sorry lah! Saya yang meeting dengan boss Adi tadi!” Eh? Ye ke? Tak perasan pun! Salah sendiri. Siapa suruh muka tu asyik merenung ke bawah. Dok mengira bulu-bulu carpet yang berwarna kelabu tu ke? Wajah Adibah berkerut seribu.

“Kita makan sama-sama ye?”

“Tak apalah. Saya tak makan tengah hari”

“Diet ke? Patut Adi dah makin langsing tak macam dulu tembam!” Dia ni! Sabar Adibah!
“Marah ke?”

“Tak! Saya tak marah! Tapi saya akan marah kalau Encik Lutfi terus ada kat depan mata saya ni. Baiklah beredar dengan segala hormatnya” Lutfi terkekeh ketawa. Aduhai! Meleset sangkaan aku! Memang dia langsung tak berubah!

“Adi halau saya ke? Tak baik halau customer tau! Nanti boss Adi juga yang rugi kalau projek berjuta-juta dia ni tak jadi!” Aik? Ugut nampak!

“Saya peduli apa!”

“Yelah! Nanti kalau boss Adi bankrupt, Adi juga yang susah sebab tak ada kerja. Dah terpaksa bersusah payah cari kerja.” Lutfi masih mengusik.

“Apa susah! Balik kampung jelah!”
“Ye tak ye kan? Balik kampung je! Nanti Adi boleh jadi tokei, tokei anak itik!” Hahaha…….Ketawanya makin mengekekek.

Nafas Adibah mula turun naik. “KELUARRRR!!!!!!!!!!” Suaranya bergema disetiap ruang bilik berukuran empat segi itu.

“Akhirnya! Dapat juga saya dengar suara brutal Adi tu ye!” Lutfi mengenyit beberapa kali sebelum berlalu keluar meninggalkan Adibah. Meninggalkannya yang sudah berasap ditelinga. Lutfi!



No comments:

Post a Comment