Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 3

Air yang baru separuh masuk ke mulutnya, tersembur keluar. Tersedak-sedak dia bebarapa kali. “Sial kau ni Adam! Tak reti nak bagi salam ke? Main sergah-sergah pulak! Macam nak bagi aku ni mati cepat je!” Adam terbahak-bahak ketawa melihat wajah Lutfi yang berkerut-kerut menahan rasa perit di tekaknya.

“Hang tu yang dok berangan kata aku sergah pulak! Awat? Ingat kat sapa?” Ketawa Adam masih bersisa. “Berangan apa pulak? Tak nampak ke yang aku dok minum kopi ni! Engkau jangan nak buat cerita dongeng pulak!” Kepala Adam ditunjalnya beberapa kali.

“Eh? Hang bergaduh dengan Yana ka? Masam je muka! Aku tegur pun tak berjawab!” Kening Lutfi sedikit terjungkit. “Tak adalah! Mana aku tahu.”

“Hai! Tunang sendiri pun hang tak tau apa tak kena! Hang ni biaq betui Lut oii!” Adam mengelengkan kepalanya beberapa kali. Lutfi terdiam. Sungguh! Memang dia tak tahu mengapa.

“Biarlah! Orang pompuan, memang macam tu. Moody memanjang!” Adam tergelak. Sebatang rokok milik Lutfi dicapainya tanpa meminta. Adam memang macam tu. Barang orang lain dah jadi macam hak dia. Ambil ikut suka, capai bila hendak!

“Adam!”
“Umph!” Adam masih asyik menyedut rokok. Berkepul-kepul asap itu berlari ke luar melalui rongga hidung dan mulutnya.

“Awatnya?” Lutfi terdiam. Teragak-agak untuk kembali bercerita. “Laaaaa…..Senyap pulak! Hang ni, awatnya?”

“Kalau aku cakap yang aku tak cintakan Yana, macam mana”
Adam terbatuk-batuk. Mula-mula perlahan tetapi kemudiannya makin kuat pula bunyinya. Lutfi tersengeh.

“Aik? Dah bertunang dah, tak lama lagi dah nak nikah. Hang tiba-tiba cakap tak cinta? Biaq betui hang ni! Siang malam dok usung ke hulu ke hilir, alih-alih cakap tak cinta! Memang sahlah hang ni boya! Boya tembaga!” Lutfi masih tersengeh. Membiarkan Adam berterusan berleter terhadapnya.

Memang benar! Dia tidak cintakan Yana. Gadis itu yang selalu mendesaknya dan yang peliknya dia tidak pernah pula membantah. Dulu dia tidak kisah tetapi sejak pertemuan dengan Adibah tempoh hari, segala-galanya sudah menjadi lain. Kasih yang tertanam sejak dulu mekar kembali.

“Adi! Adi! Apasal kau ni sombong sangat? Kalau setakat anak itik macam kau ni, berlambak-lambak aku boleh jumpa kat tepi jalan tau!” kedekut sangat budak ni. Nak pinjam nota sejarah pun susah. Macamlah luak!

“Hah! Kalau dah tahu anak itik macam aku ni berlambak, ngapa tak pinjam je kat dia orang. Yang kau asyik menempen kat anak itik ni juga apasal?”
“Sebab kau comel!” Maka drama kejar mengejar akan berlaku seperti biasa

Adibah tersenyum sendirian. Bagaikan menyaksikan filem di layar perak, satu persatu adengan di masa lalu bermain-main di kotak fikirannya. Adibah tersenyum lagi. Tidak sangka akan bertemu Lutfi semula. Samseng kampung dusun! Dia kemudiannya tersengeh!



No comments:

Post a Comment