Tuesday, February 9, 2010

bila Cinta Berlagu di Hati - 25

Kak Ijah merenung jam loceng di meja tulisnya. 2 pagi! Mana Adibah? Masih belum kunjung tiba. Telefon pun tidak. Adibah tidak pernah macam ni. Apa-apa hal akan sentiasa dikhabarkan kepadanya.

Tingkap biliknya dikuak perlahan-lahan. Kelibat Hazmi masih setia di muka pintu. Menanti Adibah yang masih belum pulang.

Kak Ijah makin resah. Kesian melihat Hazmi yang berembun menunggu Adibah, bimbang memikirkan Adibah yang masih belum pulang, bercampur baur di dalam hatinya.

Kak Ijah tersentak. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Adi! Dia hampir terjerit tatkala melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya.

Kak Ijah kelam kabut menuruni anak tangga. Terkocoh-kocoh membuka pintu. "Hazmi!" Jeritnya termengah-mengah.

"Kak Ijah! Kenapa ni?" Tubuh Kak Ijah yang hampir jatuh, segera disambutnya.

"Adi! Adi!"

"Kenapa dengan Adi!" Pintas Hazmi cepat-cepat. Melihat raut wajah Kak Ijah, makin mengundang debar di hatinya.

"Adi ada kat HUKM. Katanya, Lutfi di ICU. Kena tikam!" Rahang mulut Hazmi ternganga luas.

"Tak apa lah kak! Biar Mi pergi tengok. Kalau ada apa-apa, Mi akan call akak" Kak Ijah mengangguk laju. Matanya terus menghantar langkah Hazmi yang berlari-lari menuju ke keretanya.

**********************************

"Apa kau dah buat dengan tunang aku hah?" Tubuh Adibah di tolak hingga ke dinding. Nafasnya turun naik bersatu dalam tangisan yang mula pecah. Yana menekup mulutnya menahan tangis yang mula kuat.

"Kau nak bunuh dia ke?" Yana bersuara keras. Adibah hanya menundukkan wajahnya. Diam membatu melihat lantai hopital yang putih berkilat.

"Adi!" Adibah mengangkat wajahnya. Entah mengapa senyuman yang terukir di bibir Hazmi bukan lagi semanis dulu. Dan ya! Tidak lagi mengundang cerita dan nyanyian hindustan dalam hatinya. Kenapa? Mungkin marah kerana di tipu? Atau mungkin sayang yang membibitkan cemburu. Namun yang pastinya kata-kata Lutfi yang dulu mungkin ada benarnya, entahkan Hazmi cinta kan dirinya atau tidak.

"Adi, macam mana keadaan Adi?" Soal Hazmi bimbang. Wajah murung Adibah direnung penuh belas. Adibah terdiam. Meskipun matanya turut sama merenung Hazmi namun renungannya kosong! Blank!

"Adi...." Diam. Masih menghantar pandangan kosong!

"Adi.... Say something! Jangan buat abang bimbang" Huh! Bimbang? Adibah terasa ingin ketawa. Dia memusingkan badannya, mengatur langkah ke arah lain.

Hazmi melepaskan nafasnya. Berat! Adibah!

"Doktor!" Jerit Yana sebaik kelibat seorang doktor muncul di sebalik wad unit rawatan rapi.

"Macam mana dengan Lutfi?" Air matanya yang masih berjuraian, disekanya cepat-cepat. Adibah juga turut berlari menghampiri doktor tersebut.

"Dia dah stabil. Thanks God, tikaman itu tidak mengenai jantungnya. Dia dibawa dengan cepat ke hospital, so dia tidak mengalami tumpah darah yang terlalu banyak. Don't worry! He will be recover soon!" Adibah melepaskan nafas lega. Sementara Yana yang berdiri di sisinya mula mengukir senyuman gembira. Syukur pada Allah!

No comments:

Post a Comment