Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 23

Hazmi mula terasa tidak sedap hati. Kelibat sepasang manusia di hadapan banglo milik keluarga Sofia bagai menganggu fikirannya. Kereta dan susuk tubuh lelaki dan wanita itu bagaikan dia kenali.

Nombor telefon Adibah cuba di dailnya. Berbunyi namun tidak berjawab. Dicubanya sekali lagi dan lagi. Masih sama tiada jawapan. Hazmi kian resah. Tak mungkin! Otaknya bagaikan dapat meneka sesuatu.

"Pakcik, makcik, ....... Mi minta diri dulu ye!" Tangan pasangan berumur itu dicium penuh sopan.

"Cepatnya dah nak balik. Duduk lah lama sikit. Temankan Sofi ni bersembang" Maria, ibu Sofia bersuara mesra.

"Ada hal sikit makcik. Lain kali Mi datang lagi!" Sarifuddin dan Maria sekadar mengangguk. Pemuda ini sudah mendapat kepercayaan mereka. Janji yang dibuatnya 3 tahun dulu, masih dipegang erat.

"Ada hal dengan Adi ke?" Soal Sofia ketika Hazmi membuka pintu keretanya. "Kenapa?" Soal Hazmi tanpa menjawab pertanyaan Sofia.

"Just asking" Ujarnya sedikit terkilan dengan nada bicara Hazmi yang agak kasar.

"Sofi!" Lengan Sofia diraihnya, memaksa gadis itu memberhentikan langkah yang mula diaturnya.

"I'm sorry ok! Mi tak maksud nak cakap kasar dengan Sofi"

Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum kembali menyambung bicaranya. "But, Adibah adalah tunang Mi. Dia dah menjadi sebahagian dan tak lama lagi akan menjadi sepenuhnya dalam hidup Mi."

"Sofi tak kisah. Sofi cuma tanya je. Sofi faham" Balas Sofia perlahan. Ada rajuk yang beriring dalam bicaranya. Dan Hazmi perasan..........

Huh! Hazmi mengeluh perlahan. Sepanjang perjalanan hatinya tidak tenang. runsing memikirkan Sofia yang mula terasa hati. Bimbang memikirkan Adibah yang tidak menjawab panggilannya sejak tadi. Mana Adibah?

Toyota Camry miliknya dipecut laju memasuki ke kawasan taman perumahan tempat tinggal Adibah. Dia kelam kabut keluar dari perut kereta. Pintu rumah teres itu diketuknya bertalu. Seketika kemudian, tersembul kelibat Kak Ijah di muka pintu.

"Eh? Hazmi? Sorang je? Adi mana?" Wajah Hazmi berkerut seribu mendengar pertanyaan demi pertanyaan dari mulut Kak Ijah.

"Mi baru datang je. Adi mana?"

"Laaa.... Adi dah lama dah keluar. Tadi akak dengar bunyi kereta, akak ingat Hazmi yang datang. Lepas tu Adi pun keluar. Dari tadi tak balik-balik. Dah pukul 12 ni, bayang dia pun tak nampak. Risau akak dibuatnya" Hazmi menggenggam kuat jari jemarinya. Mana Adibah? Dia keluar dengan siapa?

"Adi memang tak keluar dengan Mi ke?" Soal Kak Ijah meminta kepastian lagi.

"Tak kak! Mi baru je sampai. Tapi dia ada call Mi tadi. Mi ingat dia ada kat rumah"

Kak Ijah mengurut dadanya berkali-kali. Kerisauannya sejak tadi makin bercambah di hati.

"Cuba Mi call lagi handset Adi. Mungkin tadi dia tak dengar kot?" Saranan Kak Ijah disambut laju oleh Hazmi. Cepat-cepta telefon bimbitnya dikeluarkan mendail nombor Adibah.

Lama menanti namun masih tiada jawapan. Hazmi mendail lagi dan kali ini dia melepas nafas lega tatkala mendengar suara di hujung talian. Namun kelegaannya hanya seketika sebaik mendengar suara Lutfi yang menjawabnya.................


No comments:

Post a Comment