Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu di Hati - 22

Sudah setengah jam berlalu. Honda Accord milik Lutfi masih terus meluncur laju. Ke mana sebenarnya ni? Seketika kemudian kelajuan kereta mula bertukar rentak. Perlahan-lahan membelok ke kawasan perumahan orang-orang yang berada dengan struktur banglo yang cantik terpacak ke bumi.

Mata Adibah meliar memandang. Kat mana ni? Malam-malam hari macam ni memang susah baginya mengagak sesuatu tempat. Kereta Lutfi tiba-tiba berhenti berhadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Dahi Adibah mula berkerut. Dia ni nak apa sebenarnya? Bawa aku balik ke rumah dia ke?

Sedang dia berteka teki sendirian, pintu kereta tiba-tiba dikuak dari luar. "Keluar!" Bagaikan arahan dari seorang komander. Tegas!

"Buat apa awak bawa saya datang ke sini? Saya sebenarnya ada janji dengan Hazmi!" Suara Adibah tenggelam timbul dengan bunyi cengkerik yang bersahutan di hutan kecil berhampiran.

Lutfi tersenyum sinis. Dipandangnya Adibah dari atas ke bawah hingga gadis itu menjadi tidak tentu arah. "Tengok kat sana tu!" Jari telunjuknya ditunding ke arah rumah banglo dua tingkat yang betul-betul berada di hadapan mereka.

Adibah segera membawa pandangannya ke perkarangan rumah banglo tersebut. Kenapa? Dia cuma nampak dua pasangan sahaja di situ. Sedang bergelak mesra menjamah makan malam mereka di situ. Sepasang pasangan itu kelihatan agak tua dan wajah mereka juga dapat dilihat dengan jelas, mungkin ibu bapa kepada pasangan yang muda itu. Namun wajah pasangan muda itu sukar dilihat kerana mereka duduk membelakanginya.

"Itulah Hazmi yang sepatutnya keluar dengan Adi malam ni kan?" Dada Adibah bagaikan tersentap. Dia cuba amati susuk tubuh lelaki yang masih tidak dapat dilihat dengan jelas wajahnya. Kalau diikutkan, saiz tubuh lelaki itu memang tidak jauh bezanya dengan Hazmi. Ah! Mungkin Lutfi yang tersilap. Dia memang dengki!

"Awak jangan nak buat cerita! Saya takkan percaya dengan cerita dongen awak ni! Cepat hantarkan saya balik!" Bentak Adibah geram. Gila apa budak Lutfi ni! Memaksa aku datang ke sini hanya semata hendak mencemarkan nama baik Hazmi.

"Hah! Cuba tengok sekali lagi! Tak percaya lagI?" Adibah kembali menghantar pandangannya ke perkarangan rumah banglo tersebut.

Ya Allah! Bagaikan mahu terjelepok ke tanah tatkala wajah Hazmi jelas di matanya. Betulkah itu dia? Matanya digosok dengan hujung jari. Mungkin pelanduk dua serupa kot? Tak mungkin Hazmi!

Adibah cuba menyangkal di dalam hati. "Orang lain agaknya tu! Muka dia mungkin sama macam Hazmi. Pelanduk dua serupa!"

"Mungkin agaknya! Tapi Si Sofia pun ada pelanduk dua serupa juga kot? Anehnya! Mereka berada di tempat yang sama pulak!" Sinis suara Lutfi bagaikan membakar hatinya.

"Kalau kita nak pastikannya, senang aje! Cuba Adi call handphone dia" Saran Lutfi dengan senyuman mengejeknya.

Adibah menggigit bibir bawahnya berkali-kali. Serba salah untuk mengikut cadangan Lutfi. Akan tetapi cuma cara itu sahaja yang dapat membukti peristiwa di depan matanya itu benar atau tidak.

Adibah menanti penuh debar. Telefon bimbitnya digenggam dengan kejap. Janganlah!

Jantungnya bagaikan mahu gugur tatkala Hazmi menjawab panggilannya serentak dengan lelaki yang disangka seiras wajah Hazmi. Sama! Tepat masanya!.

"Adi ke ni? Sorrylah Adi! Dinner kita malam ni kena cancel. Abang ada meeting dengan client sekarang ni. Lain kali kita keluar ye" Suara Hazmi di corong telefon bagaikan tidak kedengaran di telinganya. Matanya asyik memerhati tingkah lelaki yang dianggap Hazmi oleh Lutfi yang ke hulu ke hilir bercakap melalui telefon bimbitnya.

Air matanya sudah mula terbit sebaik dia habis bercakap dengan Hazmi, lelaki di perkaranga banglo itu juga turut sama habis bercakap melalui telefon bimbitnya. Sah! Memang sah itu Hazmi. Sementelah pula tatkala terpandang kereta Toyota Camry warna coklat cair yang tersadai di garaj kereta. WLD 2324! Itu nombor pendaftaran kereta milik Hazmi. Memang dia ingat!

"Adi! Tunggu!" Jerit Lutfi bila melihat Adibah mula berlari meninggalkan tempat itu.

"Adi!" Jeritnya lagi.

Adibah tidak menghiraukan panggilan Lutfi. Air matanya sudah banyak merembes keluar. Lelaki, semuanya sama! Lariannya makin laju. Kasut tumit tinggi yang membataskan pergerakkannya, dibuka dan dicampak ke tepi. Sekadar berkaki ayam, dia berlari tanpa arah tuju.

Dia jatuh terduduk tatkala Honda Accord berwarna hitam pekat menghalang langkahnya. Lutfi terkocoh-kocoh keluar mendapatkan Adibah yang sudah terisak-isak seperti anak kecil. Tubuhnya terhinggut-hinggut menahan tangis yang kian deras.

"Adi...... Maafkan saya. Saya tak bermaksud untuk buat Adi menangis. Saya cuma tak nak Adi tertipu!" Tubuh Adibah cuba disentuh namun cepat-cepat ditepis oleh gadis itu. Dia hampir tergelak. Adibah! Masih sama seperti dulu. Tindakkan refleksinya memang cepat!

Adibah masih menangis. Kedua tangan dipekup ke wajahnya. "Let me be your man, Adi! I love you so much!" Tangan Adibah di bawa ke dadanya. Adibah meronta-ronta cuba melepaskan namun kekuatan lelaki memang bukan tandingannya.

"Lepaskan saya! Awak pun sama macam Hazmi! Penipu! Dah ada tunang pun masih kacau saya!" Adibah menjerit dalam tangis.

"Saya bertunang kerana terpaksa Adi! But I love u more than her!" Tangan Adibah masih digenggam erat.

Adibah tidak terkata Apa. Masih menangis dan menangis. Dia pun tidak meronta lagi, membiarkan Lutfi terus mengenggam tangannya.

No comments:

Post a Comment