Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 20

Belum pun sempat punggungnya berlabuh di kerusi, Rosmah sudah tersenyum-senyum datang menghampirinya.

"Eh? Dah sihat ke ni?" Tangannya sibuk menjamah dahi dan pipi Adibah. Adibah tergelak kecil.

"Akak ni! Adi dah sihat la!"

"Kecoh masa Adi tak ada!" Kening Adibah sedikit terjungkit. "Kenapa kak? Apa dah jadi?" Wajah Rosmah direnung tanpa berkelip.

"Projek Encik Lutfi tu lah. Dia tak nak Mia yang handle kan. Dia nak Adi juga. Katanya lambat pun tak apa janji siap dan diuruskan oleh Adi!" Mata Adibah terkebil-kebil. Adoi! Betul ke ni?

"Hish! Tak nak lah Adi! Lagi pun Adi tak sihat nak uruskan projek tu."

"Itulah yang boss kita cakap kan tapi Encik Lutfi tu berkeras nak macam tu juga. Tak boleh nak buat apalah Adi, dia kan customer kita!" Huh! Customer? Customer yang mencampur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Menyusahkan!

Adibah menggigit bibirnya beberapa kali. Fail yang berlambak-lambak di atas mejanya direnung lama-lama. Macam manalah dia nak sembuh dari sakit kalau start je kerja dah terpaksa berhadapan dengan kerja yang begini banyak! Nafas berat dilepaskan. Tension!

"Adi!" Pandangannya di angkat ke atas. "Adi, ada orang nak jumpa" Wajah Alia penyambut tetamu yang berkulit hitam manis itu direnungnya penuh hairan.

"Siapa?" Alia sekadar menjungkitkan bahunya tanda dia tidak tahu. Adibah bingkas bangun. Di dalam hati, dia puas membebel geram. Siapalah yang suka menganggu di waktu dia sedang sibuk!

"Adi..... Apa khabar?" Senyuman Hazmi serta merta mematikan bebelannya. "Errr...Baik! Dah Sihat!" Dah sihat? Alamak! Dia tak tanya pun aku ni dah sihat ke belum. Memandai-mandai pula kau menjawab Adibah!

"Eloklah kalau macam tu. Tapi muka Adi masih nampak pucat. Adi kena makan banyak-banyak sikit" Tak payah makan pun tak apa, dapat tengok engkau senyum pun dah cukup dah! Aduh! Adibah berangan lagi kau ya!

"Abang on the way nak pergi pejabat Sofia, kebetulan lalu kat bangunan ni, abang pun singgah sekejap nak jumpa Adi" Pergi pejabat Sofia? Apalah nasib! Dia terang-terang cakap nak jumpa perempuan lain di depan aku!

"Adi marah?"

"Marah apa?"

"Abang cakap nak pergi pejabat Sofia tadi. Abang tengok riak muka Adi dah berubah" Adibah tersengeh. Perasan pun dia! Siapa yang tak cemburu kalau tunang sendiri hendak berjumpa perempuan lain.

"Siapalah Adi ni nak marah-marah abang!" Hehehe.... Merajuk sikit! Tengok, dia nak pujuk ke tidak!

Hazmi tergelak kecil. Kepalanya digeleng beberapa kali. "Adibah yang brutal pun tahu merajuk juga ye?" Dia tersenyum pula.

Adoi! Terkena sendiri! Adibah tersipu-sipu malu.

"Ini untuk Adi" Sekotak coklat dihulurkan ke arahnya. "Bagi kat Adi ke ni?" Soalnya teragak-agak.

"Yelah! Bukan ke abang tengah hulurkan coklat ni pada Adi?" Adibah tersengeh lagi. Lambat-lambat mencapai bungkusan yang dihulurkan.

"Malam ni kita keluar dinner boleh?" Dinner? Keluar dengan dia? BOLEHHHH!!!! Hehehe.... Rasa nak menjerit! Control ayu Adibah!

"Pukul berapa?"

"Lepas isya' abang datang jemput Adi, boleh?" Adibah menganggukkan kepalanya. Lepas tengah malam pun dia sanggup tunggu tau!

Adibah tersenyum-senyum gembira. Kotak coklat di tangan kanannya dihayun ke kiri ke kanan. Dan tanpa dia menyedari ada sepasang mata yang memerhati gelagatnya dengan Hazmi.
Lutfi mengepal-ngepal penumbuknya.

"Siap kau Hazmi! Aku takkan lepaskan kau!" Desisnya di dalam hati........


No comments:

Post a Comment