Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 2

“Siapa tu Adi? Anak itik tokwi? Apa tu?”

“Akak ni, satu-satulah tanya!” Adibah tergelak lagi. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.
“Dia tu classmate Adi masa sekolah menengah. Jahat sangat budaknya. Selalu ponteng kelas. Tak sangka, sekarang dia dah berjaya dalam hidup. Tak macam Adi, masih terkapai-kapai membina kerjaya” Rosmah menumpang dagu memandangnya penuh minat.
“Lagi?” Soalnya pendek.
“Lagi? Akak nak tahu apa lagi?”
“Anak itik tokwi tu lah! Apa maksudnya tu?” Masih berminat ingin tahu.

“Alah akak ni, mana ada apa-apa. Itu sekadar lagu. Dulu-dulu dia suka sangat nyanyi lagu tu kat Adi” Adibah ketawa kecil. Bagaikan mengimbau kenangan silam tatkala nama lagu itu disebut.

“Nyanyi kat Adi? Isk! Apasal lagu itik tokwi pulak?”
Adibah tergelak. Tangannya dipekup ke mulut menahan tawanya yang makin kuat.
“Akak ni! Manalah Adi tahu kenapa dia suka sangat nyanyi lagu tu pada Adi! Mungkin muka Adi ni macam anak itik kot?” Gelaknya masih bersisa.

“Anak itik comel! Adi kan comel! Dia nyanyi lagu tu sebab dia sukat kat Adi lah tu” Ketawa Adibah makin galak. Air mata yang
mula terbit di sekanya cepat-cepat.

“Uiks? Apalah akak ni. Kot ye pun suka kat Adi nyanyilah lagu cinta ke apa ke. Takkanlah lagu tu pulak. Merepek je akak ni! Dia tu memang jenis yang kuat mengusik. Bukan Adi je yang dia usik, semua budak perempuan pun dia kacau!” Rosmah akhirnya tergelak sama.

“Tapi tunang dia sombong betul. Menyampah pula akak tengok. Muka cantik tapi perangai buruk” Adibah terdiam. Malas hendak memberi sebarang komen. Walaupun dia agak terasa huluran tangannya tidak bersambut, namun dia tidak menyimpan di dalam hati. Biarlah!

Lutfi bersandar pada kerusi empuknya. Berkeriut-keriut bunyi besi kerusinya setiap kali dia memusingkan badan. “Adi!” Dia tersenyum sendirian. Dah tak macam dulu! Dia tersenyum lagi. Adibah yang dulu jenis yang berani, lasak! Banyak mulut! Tapi yang ini lain! Pemalu, pendiam! Pandangannya juga sudah tidak setajam dulu, asyik melarikan anak matanya setiap kali berbicara. Lutfi masih lagi tersenyum.

Dia sebenarnya ingin meminta nombor telefon Adibah tetapi bimbang Yana akan berkecil hati. Tunangnya yang seorang ini mudah sangat cemburu. Bimbang sekadar memburukkan keadaan.


“Anak itik tokwi mandi dalam kolam……” Lutfi bersiul kecil mengalunkan melodi lagu tersebut.

Dia berdiri melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Bertemu Adibah bagaikan menggamit kenangan dulu. Kenangan sewaktu di SMAD. Entah kenapa gadis ini sering mencuri perhatiannya. Dan gadis ini jugalah yang sering memaki hamunnya. Peliknya, dia suka begitu. Kerana gadis ini jugaklah buat dia berusaha keras memajukan hidupnya. Anehnya, gadis itu hilang tanpa khabar berita dan kini tiba-tiba menjelma di depan mata. Dengan penampilan yang berbeza dan dengan sikap yang berlainan. Gadis itu bukan Adibah yang dulu!

Sikap kewanitaannya makin terserlah. Anak itik tokwi itu makin comel di matanya. Sayang! Adibah muncul tatkala Yana sudah menduduki hatinya.


No comments:

Post a Comment