Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 19

Bip! Bip! Lamunannya mati serta merta. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kopi, dicapainya cepat-cepat. Dahi Hazmi sedikit berkerut melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Nombor baru! Siapa?

"Hazmi!" Bunyi suara kuat dicorong telefon makin menambah kerutan di wajahnya. Rasa macam kenal pada empunya suara tersebut.

"Hoi! Hazmi! Kau tak dengar ke?" Lutfi! Hazmi menjerit di dalam hati. Hebat betul budak ni! Sampai nombor telefon aku pun dia dapat cari!

"Aku dengar. Aku belum pekak lagi Lutfi! Apasal ni? Tak habis-habis lagi angin kat badan kau ke?"

"Please Mi, let her go! Aku betul-betul cintakan Adi!" Suara Lutfi bertukar rentak. Merayu!

Hazmi tersenyum. Lutfi, Adibah, mungkin sepadan! Tapi.......

"Tunang kau macam mana?"

"Pasal tu kau tak perlu bimbang. Anytime aku boleh putuskan hubungan aku dengan dia." Lutfi! Lutfi! Mudahnya kau bercakap!

"Tak elok kalau macam tu Lut"

"Lagi tak elok kalau aku menipu tentang perasaan aku padanya seumur hidup!"

Hazmi terdiam, menarik nafasnya dalam-dalam. Memang benar apa yang dikatakan oleh Lutfi.

"Tapi tak semudah seperti yang kau fikirkan Lut."

"Kau sukakan Adi ke?" Hazmi tersentak. Pertanyaan yang tidak dijangka keluar dari bibir Lutfi.

"Sudahlah tu Lut! Aku tak nak bincang pasal ni lagi. Aku pun tak tahu nak kata apa. Kita serahkan saja pada Allah." Kedengaran suara Lutfi mendengus geram.

"Apa pun yang berlaku, aku akan pastikan Adi menjadi milik aku!" Klik! Talian telefon dimatikan tiba-tiba. Hazmi termanggu-manggu sendirian. Jari jemarinya mengurut dagu perlahan-lahan.

Apa yang perlu dia buat? Mengalah sahaja dan melepaskan Adibah pada Lutfi? Bagaimana pula dengan dia? Menggenggam Adibah di dalam tangan bermakna menggalas janji yang makin berat menghimpit benaknya. Tetapi membiarkan sahaja Adibah disambar Lutfi, dia berat hati! Gadis itu sudah lama mendapat perhatiannya tetapi saat itu, dia sudah mempunyai Sofia. Dan Sofia pula? Bagaimana?

Aduh! Jari jemarinya kembali singgah di kepala. Terasa makin berat. Terasa makin sakit!

No comments:

Post a Comment