Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 14

Adibah menggaru-garu kepalanya. Dari tadi dia mencari tapi masih belum berjumpa. Sudah habis tempat dia menyelongkar namun barang yang dicari masih belum ke temu. Mana dia? Wajahnya makin berkerut.

"Kenapa ni Adi? Macam kucing nak beranak je! Habis semua barang kamu sepahkan" Rosmah berdiri mencengkak pinggang memandangnya. Adibah tersengeh. Seperti biasa, mempamerkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Dokumen untuk projek baru tu dah hilanglah kak! Puas Adi cari tapi tak jumpa-jumpa pun" Rosmah tergelak kecil.

"Dokumen tu ke?" Adibah mengangguk laju. "Akak dah ambil masa Adi cuti hari tu. Dah tak boleh tunggu lagi, projek tu mesti dijalankan dengan cepat. Boss dah bagi pada Mia untuk handle kan."

Mata Adibah terkebil-kebil. "Itulah! Siapa suruh cuti lama sangat! Kan sekarang dah melepas!" Adibah tersenyum meleret. Dalam diam rasa syukur dipanjatkan. Setidak-tidaknya dia tidak perlu berjumpa dengan Lutfi lagi! "Senyum pulak dia! Entah hapa-hapa lah kamu ni Adi!" Rosmah menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum berlalu pergi.

"Huh! Lagi senang kerja aku. Tak payah nak berserabut kepala fikirkan pasal projek baru tu! Thank you boss! Hehehe...." Dia berceloteh sendirian. Pelahan!

"Adi!" Suara yang kuat yang mematikan bebelannya. Mia tersenyum-senyum memandangnya sambil memegang sejambak mawar merah.

"Adi belum pekak lagilah Mia!" Gerutunya geram. Mia tersenyum-senyum lagi. Dahi Adibah mula berkerut. Apa kena pulak minah ni?

"Sudahlah tu Mia! Dah tak larat nak terima sedekah senyum tu!" Bibirnya sedikit terjuih.

"Amboi! Diam-diam je Adi ni ye. Romantiknya!" Sejambak mawar merah dihulurkan kepada Adibah. Mata Adibah terbuntang merenung jambangan bunga yang kini berada di tangannya. Pertama kali dalam hidupnya menerima pemberian bunga dari seseorang. Adibah tersenyum sendirian. Bunga mawar yang masih segar itu diciumnya berkali-kali. Hemmm... Wangi!

Sekeping kad kecil yang terselit di antara kuntuman mawar itu dibukanya cepat-cepat. Di dalam hati mengharapkan pemberian itu datangnya dari Hazmi! Wajah Adibah berubah rupa. Keruh!

DEAR ADIBAH
CONGRATULATION!
LOVE FROM LUTFI

Adibah mendengus geram. Jambangan bunga tadi dicampak keras ke atas meja. Lain yang diharap, lain pula yang dapat. Kenapalah macam ni! Adibah mengeluh perlahan.

"Aik? Takkan dapat bunga pun masih mendung berarak kelabu kot!" Lutfi tersenyum lembut. Aduh! Bibirnya diketap berkali-kali. "Tak cantik ke bunga mawar ni?" Adibah memuncungkan bibirnya. Matanya tidak berkelip memandang skrin komputer tanpa menghiraukan Lutfi yang sudah melabuhkan punggung di hadapannya.

"Sampai hati Adi..."

"Kenapa pulak? Apa yang Adi dah buat?"

"Adi dah lukakan hati saya! Kenapa tak tunggu saya?" Adibah terdiam. Buat apa nak tunggu dia!
"Tunang Encik Lutfi tu nak letak mana?"

"Dia cuma tunang bukannya isteri saya lagi" Amboi! Sedapnya mulut bercakap! Adibah mendengus geram. "Adi dah bertunang dah di booking orang! Tolong jangan kacau Adi lagi!"

"Hazmi tu betul-betul sukakan Adi ke? Dulu Hazmi bercinta dengan Sofia, jaguh pidato sekolah kita. Apa yang saya dengar mereka berdua masih bersama sehingga sekarang" Adibah terdiam. Memang pun dulu Hazmi dan Sofia pasangan yang sentiasa di gossip kan bersama. Memang sepadan. Sama cantik sama bijak. Kalau hendak dibandingkan Sofia dengannya memang jauh bezanya. Bagai langit dengan tanah!

"Itu dulu! Sekarang Adi lah tunang Hazmi" Adibah bersuara keras. Lutfi tersenyum mengejek.

"Saya cuma tak nak Adi tertipu atau kecewa!"

"Tapi kalau dengan Encik Lutfi pun sama juga kan? Bukan ke Encik Lutfi dah bertunang?"

"Tetapi sekurang-kurangnya Adi tahu yang saya memang cintakan Adi kan?" Wajah Adibah makin merah menahan marah. Dokumen di tangannya dihempas keras ke meja. "Sudahlah! Saya sibuk!" Dia bingkas bangun meninggalkan Lutfi yang masih tersenyum memerhati langkahnya.

No comments:

Post a Comment