Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 13

Jari jemarinya digenggam erat. Berkira-kira di dalam hati mencari jawapan sendiri. "Macam mana ni?" Soal Aisah lagi. Masih dalam keadaan berbisik. "Errrrrr……. Mak cakap je lah Adi setuju!" Betul ke ni? Sendiri masih kurang pasti namun mulut laju pula bersetuju. Aishah tersenyum gembira. Terasa lega mendengar keputusan Adibah yang terkini.

Adibah termanggu-manggu di tepi sudut. Duduknya jadi tidak betah bila banyak mata yang masih memandangnya. Emak pula masih bersama Mak Ucu. Entah apa yang dibincangkan.
Lama menanti, emak datang ke arahnya dengan tersenyum simpul. Dahi Adibah mula berkerut. Apahal dengan emak ni?

"Adi! Mak Ucu kamu cakap nak langsungkan upacara peminangan hari ni" Hah?

"Eh? Mana boleh mak! Adi pakai macam ni je. Lagipun, ni bukannya rumah kita. Barang hantaran pun kita tak sediakan!" Ini yang aku boring ni! Tak menyempat-nyempat pulak!

"Mak Ucu kamu cakap tak payah dulu semua tu. Dah langsung buat kenduri ni teruskan sekali lah!" Adoi! Mana boleh macam ni!

"Tapi kan baru merisik je mak!"

"Apa salahnya. Merisik kamu dah setuju teruslah bertunang!" Huh! Menyesal cakap setuju awal-awal tadi.

Dadanya berdegup kencang. Peluk sejuk mula merenek di dahinya. Adoilah! Time-time ni mula lah rasa sakit perut. Memulas-mulas jadinya

Betul ke ni? Macam tak percaya tatkala jari manisnya disarungkan cincin belah rotan yang bersinar emasnya. Terasa hangat pipinya menerima ciuman dari bakal mertua. Tersipu-sipu dia jadinya. Rasa makin tidak tentu arah tatkala melihat Hazmi yang asyik tersenyum memandangnya. Adoi! Adengan filem Hindustan kembali menjengah di hatinya. Sedang menyanyi lagu Kuch Kuch Hotta Hai!
Dalam pada masa itu ada hati yang merintih rindu. Rindu pada Adibah!

"Apa? Adi dah bertunang?" Bibirnya diketap menahan debar di hati. "Dengan siapa?" Nafasnya ditahan seketika. "Hazmi?????!!!!!" Telefon bimbit di tangannya terlepas. Lutfi terduduk di kerusi. Untuk seketika dia bungkam sendirian. Sesekali jari jemarinya memicit kepala yang mula terasa berdenyut-denyut.
"Hai sayang!" Yana yang tiba-tiba muncul, memaut manja lehernya. Lutfi mendengus geram. Pautan Yana ditepis dengan kasar. Wajah gadis itu serta merta berubah. "Kenapa dengan abang ni? Tiba-tiba je nak marah?"
"Abang tak ada mood!" Yana sedikit mencebik mendengar jawapan Lutfi. "Kalau dengan Yana, memanjangnya tak ada mood kan?" Lelaki itu tidak menjawab, masih bersandar di kerusinya.
"Tak apalah! Sampai hati abang buat Yana macam ni!" Bunyi pintu yang dihempas kuat kembali menyedarkan Lutfi yang seakan hanyut dengan perasaannya sendiri. Bagaikan baru terjaga dari tidur, Lutfi terpinga-pinga mencari kelibat Yana yang sudah hilang. Kelam kabut dia berlari mendapatkan gadis yang mula dihujani dengan tangisan itu.
"Yana! Abang minta maaf sayang!" Lengan Yana dicengkam dengan kuat. Langkah Yana terhenti. Perlahan-lahan berpaling mengadap Lutfi. Matanya yang merah berkaca merenung dengan sebak. "Abang dah tak cintakan Yana lagi?" Bergetar bunyi nada suaranya. Lutfi terdiam seketika. Serba salah untuk menyatakan pendiriaannya yang sebenar. "Abang masih cintakan Yana. Gadis yang masih bertahta di hati cuma Yana seorang!" Aduh! Maaf sayang! Hati ini terpaksa dikongsi!
Yana tersenyum manis. Lega mendengar pengakuan dari lelaki di hadapannya. Lengan Lutfi dirangkul lembut. Kepalanya dilabuhkan di bahu Lutfi. Bahagianya jika setiap saat begini. Yana tersenyum lagi!


No comments:

Post a Comment