Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 10

Dia melangkah longlai ke perhentian bas. Sedih dan sakit hati bercampur baur menjadi satu. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Baru teringat janjinya dengan Lutfi petang ini. Tentu lelaki itu berjanggut menunggunya. Biarkanlah! Mood nya sudah hilang. Istana indah yang dibayangkan dengan Hazmi sebentar tadi sudah runtuh dengan tragisnya!

Kenapalah macam ni?

Sebuah kereta tiba-tiba berhenti di depannya. "Adi nak balik? Biar abang hantarkan!" Adibah terdiam. Termanggu di situ.

"Tak apalah. Adi balik sendiri" Huh! Baru je tadi kau runtuhkan istana harapan aku, sekarang datang balik? Tak ingin! Buat-buat jual mahal.

"Naiklah! Abang pun tak ke mana hari ni. Tak kisah kalau hantar Adi balik" Hazmi masih memujuk. Wajah bujur sirih itu di renung tanpa berkelip.

"Tak apalah! Sebenarnya Adi ada janji dengan kawan"
"Kawan? Boyfriend ke?" Senyuman lelaki itu membuatkan dia tidak tentu arah. Anak matanya dilarikan ke arah lain. Memandang kesesakan jalan yang bertali arus dengan kenderaan.

"Kalau nak jumpa boyfriend sekalipun, abang masih boleh tolong hantarkan Adi. Tak salahkan?" Hish! Dah macam memaksa aku ni!

"Adi!" Adibah mencari-cari empunya suara. Alamak! Lutfi!

Hazmi tersenyum memandang Lutfi yang berjalan menghampiri mereka berdua. "Apa khabar Lut? Lama tak jumpa!" Wajah Lutfi serta merta berubah. Apa yang dia buayt dengan Adibah? Tak habis-habis hendak berseteru dengan aku ke?

"Adi! Jomlah! Dah janji kan?" Ujarnya tanpa menjawab pertanyaan Hazmi.

"Tak naklah! Lain kalilah! Adi nak balik ni. Badan rasa nak demam!" Adibah cepat-cepat berlalu namun terhenti bila Lutfi dengan pantas menghadang jalannya.

"Come on Adi! Adi dah janji kan? Berdosa tau!" Berdosa? Dia tu tak berdosa ke asyik menganggu aku! Tunang dah ada tapi masih nak menggatal!

Hazmi yang masih di dalam kereta sekadar memandang. Sesekali senyumannya terukir melihat gelagat pasangan tersebut.

"Adi!" Lutfi masih mengharap.

"Tak nak!" Tungkas Adibah keras. Dia segera berlari ke arah Hazmi. Cepat-cepat membuka pintu kereta. Duduk diam di sebelah Hazmi. Wajah Hazmi berkerut. Terkejut dengan perlakuan Adibah.

"Abang nak hantar Adi balik kan? Hantarlah! Adi nak balik!" Hazmi masih termanggu. Wajah Adibah dan Lutfi di pandang silih berganti.

"Cepatlah!" Adibah mula mengarah.

Lutfi melepaskan nafasnya. Terkilan dengan sikap Adibah. "Sampai hati Adi!" Desisnya perlahan. Senja yang keruh bagaikan sama dengan hatinya. Malap! Suram! Adibah!


No comments:

Post a Comment