Tuesday, February 9, 2010

Bila Cinta Berlagu Di Hati - 1


“Anak itik tokwi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sakit sendi tulang. Ubat apa tokwi, ubat limau lelang…….” Dah! Dia buat dah! Adibah menekup kedua telinganya rapat-rapat. Rasa terbakar gegendang telinganya setiap kali melodi lagu itu menembusi lubang melalui celahan jari jemarinya.

“Oit! Sudahlah! Sakit telinga aku. Macam dah tak ada lagu lain dah ke? Balik-balik lagu anak itik tokwi! Asyik-asyik anak itik tokwi! Nak muntah aku!” Lutfi tersengeh. Makin seronok bila Adibah mula menyinga. Memang itu pun tujuan murninya!

“Suka hati akulah nak nyanyi lagu apa! Lagu ni best apa! Comel lagi!”
“Apa yang comel? Anak itik tu ke atau tokwi?” Mata Adibah mula membuntang. Kalau boleh, hendak je mamat sewel ni ditelannya hidup-hidup.
“Dua-dua pun comel! Eh! Eh! Silap! Tiga-tiga pun comel, termasuk e
ngkau sekali!” Lutfi ketawa terbahak-bahak sebelum melarikan diri tatkala melihat Adibah mula bangun cuba untuk mengejarnya..

Tapi itu dulu! Kenangan 15 tahun lepas. Mata Adibah tidak berkelip memandang jejaka yang duduk bersebelahan mejanya. Dia ke tu? Lain sangat tapi memang macam dia, Lutfi!

“Adi! Adi!” Adibah tersentak bila terasa pinggangnya dicuit. “Apa yang engkau pandang tu? Dari tadi tak berkelip!” Adibah tersengeh. Tersipu-sipu malu bila menyedari tingkahnya mendapat perhatian Rosmah.

“Engkau pandang lelaki tu kan?” Adibah sekadar mengangguk. Rosmah tergelak kecil. Adibah ni, nampak je pemalu tapi boleh tahan juga bila dia memandang lelaki. Rosmah tergelak lagi.

“Kenapa akak ni! Gelakkan Adi pulak!” Sebuah cubitan hinggap di lengan Rosmah. Serta merta terasa darah menyirap hingga ke mukanya tatkala melihat lelaki yang direnungnya tadi tiba-tiba bangun menuju ke arahnya. “Itulah engkau Adi! Yang gatai pi pandang dia buat apa! Dia dah datang sini dah! Sorry ye, akak tak tahu apa-apa” Rosmah membebel perlahan. Kedua tangannya di angkat ke atas.

“Hai! Rasa macam kenal!” Dia menyapa sambil tersenyum. Adibah terdiam. Dia menjeling ke arah Rosmah, namun wanita itu berpura-pura tidak tahu.

“Adi kan? Tak kenal saya?” Dahi Adibah berkerut. Teragak-agak untuk menjawab. “Lutfi! Anak itik tokwi!” Adibah akhirnya tersenyum. Memang tak silap!

“Ingat?” Soalnya lagi. Adibah mengangguk laju. “Lama tak jumpa Adi. Dah tak brutal macam dulu lagi ye! Makin comel!” Muka Adibah mula merona merah. Dia makin tersipu bila Rosmah tersenyum penuh makna memandangnya.

“Yang! Apa ayang buat kat sini? Tinggal Yana sorang-sorang je!” Seoarang gadis manis tiba-tiba datang memaut manja lengan Lutfi. Lutfi tersengeh cuma. “Kenalkan, ini Yana, tunang Lutfi” Gadis yang bernama Yana itu terseyum manis namun ketara senyum yang diberi bagaikan terpaksa.

“Adibah” Tangan dihulurkan namun tidak bersambut. “Yana! Tunang Lutfi!” Gadis itu mengulangi apa yang diucapkan oleh Lutfi. Keras bunyinya bagaikan memberi amaran; “Dia hak aku, jangan sekali-kali dekati!”

“Ini contact no saya! Jangan lupa call. Dah lama tak sembang!” Adibah hampir tergelak mendengar Lutfi membahasakan dirinya sebagai “saya”. Janggal benar bunyinya. Lelaki itu pun sudah jauh berubah. Sudah berjaya dalam hidupnya tak macam dulu, serabai semacam dan selalu mendapat nombor tercorot di dalam kelas.

“Kau tengoklah nanti Adi! Bila aku dah besar nanti, aku mesti jadi Manging Director pada syarikat aku sendiri. Masa tu mesti ramai yang tergila-gilakan aku, termasuk engkau! Dan masa tu, aku mesti jual mahal macam kau buat kat aku sekarang!”

Adibah tersenyum sendirian. Memang Lutfi mengotakan janji-janjinya.

Tuan Lutfi Bin Tuan Luqman
Managing Director


Kad nama ditangannya dibelek lama. “Dahlah tu. Kang terbakar pula kad tu kalau Adi dok renung lama-lama!” Adibah tergelak. Terlupa pula pada Rosmah yang sudah lama memerhatinya.




No comments:

Post a Comment