Tuesday, February 9, 2010

Biarlah Cinta Berlagu di Hati - 27

"Abang cari siapa?" Soal Yana yang menyaksikan tingkah Lutfi yang asyik merenung pintu.

"Abang cari Adibah kan?" Lutfi masih diam. Tiada sebarang reaksi.

"Abang sanggup kehilangan segalanya kalau abang lepaskan Yana?" Lutfi tersentak. Wajah Yana yang kelihatan marah di pandang sekilas sebelum membuang padangannya ke luar tingkap.

"Kenapa Yana cakap macam tu?"

"Macam mana Yana tak cakap macam tu kalau Yana dah ada depan mata tapi abang masih mencari Adibah!" Keras suara Yana memukul cuping telinganya.

"Kalau abang dah tak suka Yana lagi, abang boleh cakap! Jangan buat Yana macam tunggul kayu kat depan abang. Yana bukannya budak kecil yang bodoh menilai perilaku abang!" Segala yang terbuku di luahkan tapi henti.

"Cinta dan pengorbanan Yana pada abang selama ini, nampaknya langsung tak bernilai." Gadis itu menambah lagi.

"Yana! Jangan cakap macam tu! Abang minta maaf ok! Honestly, you're means a lot to me!" Bagaimana sekarang? Perniagaannya itu bagaikan nyawanya. Tanpa bantuan papa Yana, dia tak mungkin dapat pergi setinggi ini. Dia cintakan Yana namun cinta itu masih tak dapat menandingi setinggi rasa cinta dan kasihnya pada Adibah. Lutfi mengeluh perlahan. Serba salah membuat pilihan. Bak kata pepatah; diluah mati ayah, ditelan mati emak. Dan jika tidak diluah mahu pun ditelan, dialah yang mati. So apa pilihan yang dia ada?

"Sure?" Gadis itu memohon kepastian

"Positif!" Antara yakin dengan tidak dia menjawab. Yana tersenyum menguntum. Gadis ini memang mudah dipujuk dan memang cepat termakan dengan pujuk dan rayu. Tak susah. Tidak seperti Adibah! Namun yang degil itulah yang lebih menarik di hatinya. Tangannya memeluk erat tubuh Yana tetapi di hati bagaikan berlagu menyebut nama Adibah!

Bunyi daun pintu yang sedang dibuka membuatkan kedua-duanya tersentak. Lutfi segera merenggagkan pelukkannya sebaik kelibat Adibah tersembul di muka pintu. Wajah Yana pula serta merta masam mencuka.

"Maaflah! Saya menganggu" Adibah tersenyum lembut.

"Dah tahu tu buat apa datang!"

"Yana! Kenapa cakap macam tu. Masuklah Adi!" Lutfi cepat-cepat menjawab. Wajah Yana makin mencuka. Dia mendengus geram.

"Saya masak sup. Tak tahulah kena atau tidak dengan selera awak" Lutfi tersenyum girang. Tutur kata Adibah makin lembut berbanding dulu. Gadis itu juga tidak putus-putus mengukir senyuman. Heh! Tak sia-sialah dia kena tikam tempoh hari. Setidak-tidaknya berbaloi kerana kejadian itu bakal mendekatkannya dengan Adibah. Tapi Yana.........?

"Dia tak makan sup! Dia tak suka!" Tupperware biru berisi sup itu ditolak ke tepi.

"Yana! Bila masa pula abang tak suka makan sup" Kening Lutfi terjungkit. Ye ke aku tak makan?

"Memang kan? Selalunya, Yana yang kena habiskan sup abang"

"Ye ke? Tak apalah! Kesian kat Adi yang susah masak. Lagipun tekak ni memang teringin nak makan sup dari tadi." Lutfi tersengeh. Adibah yang berdiri di sebelah Yana di jeling sekilas. Lega di hati melihat senyuman yang masih berbunga di bibir Adibah.

Huh! "Yana nak baliklah!" Yana bergegas pergi. Dalam hati mengharapkan Lutfi menghalang namun sayang permergiannya bagaikan direstu!

No comments:

Post a Comment