Tuesday, February 9, 2010

Biar Cinta Berlagu Di Hati - 34

Hazmi menjeling sekilas jam di tangan kirinya. 1.00 pagi! Jalan agak lengang begitu selesa buatnya. Tiada hingar bingar pekikkan deruman enjin kereta atau lampu isyarat yang sekejap-kejap bertukar warna.

Dua buah kereta yang menghalang jalannya membuatkan dia memberhentikan kereta dengan mengejut. Keningnya berkerut. Apahal ni? Dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati.

"Keluar!" Seorang lelaki mengetuk cermin tingkapnya dengan kasar. Hazmi hanya membatu. Siapa pula ni? "Keluar!!!!!!!!" Bergema suara lelaki itu memecah kesunyian dinihari.

Hazmi masih sama seperti tadi. Tangannya kejap memegang stereng kereta. Dia membulat tekad untuk merempuh sahaja halangan di hadapannya namun belum pun sempat dia berbuat apa-apa, cermin tingkapnya sudah pecah berderai di hempuk dengan besi.

"Degil betul kau ye!" Tubuh Hazmi direntap keluar dengan kasar. "Kau nak apa dari aku? Aku ada hutang dengan kau ke?" Jerkah Hazmi juga dengan kasar. Setahunya dia tidak berhutang mahupun bermusuh dengan sesiapa.

"Memang kau tak ada hutang apa-apa dengan aku tapi kau ada hutang yang belum dilangsaikan dengan boss aku!" Lelaki bergigi rongak itu bersuara garau. Sebuah tumbukkan tiba-tiba singgah di perut Hazmi. Menyeringai wajah Hazmi menahan rasa senak di perutnya.

"Tak guna!" Bentak Hazmi geram. Dia bingkas bangun. Silat gayung yang pernah dipelajarinya dulu, dipratikkan sekarang. Kena! Tersungkur lelaki tersebut mencium tanah. Melihat ketua mereka jatuh, yang lain-lain mula bertindak. Satu persatu datang menyerangnya. Walau segagah mana pun dia pasti tewas jika lawannya terlalu ramai. 10 lawan 1 ? Hazmi akhirnya terjelepuk lemah ke tanah. Darah merah meleleh laju dari celah-celah anak rambutnya. Allah hu akbar........ Desisnya kian lemah. Matanya sudah berpinar-pinar. Keadaan sekitar kian kelam dari pandangannya.

"Sudah!" Lelaki bergigi rongak itu akhirnya menjerit. "Dia dah cedera teruk. Jangan sampai mati. Boss cuma mahu dia menderita sahaja. Jom blah!" Masing-masing mengangguk laju.

"Boss! Beres! Mamat tu mesti masuk ICU!" Suara ketawa kedengaran mengekek di hujung talian. Mampus kau Hazmi!.........

"Kakak!" Adibah masih asyik mengelamun. Jeritan anak kecil berusia 5 tahun itu langsung tidak didengari. "Kakak!!!" Kali ini lebih kuat. Sampai merah-merah muka anak kecil itu menahan nafasnya yang tercungap-cungap.

"Aiman! Maaflah kakak tak dengar tadi. Kenapa ni?" Kesian pula melihat anak comel itu yang masih termengah-mengah. Adibah mengusap lembut belakang tubuh Aiman yang agak berisi. "Ibu panggil makan. Cepatlah! Dah lama kami tunggu kakak!" Dah tengah hari ke? Itulah! Asyik sangat melayan perasan hinggakan masa bergerak pun tidak disedarinya.

Adibah cepat-cepat bangun. Tangannya menepuk-nepuk hujung kain batik yang agak berhabuk. Sejak subuh tadi dia ke sini. Duduk di bawah pohon ketapang di tengah-tengah sawah. Melihat air jernih yang mengalir dalam parit kecil di depannya.

Kenapalah dengan dirinya ini. Cuba dibuang jauh ingatannya terhadap Hazmi namun enggan pula ia pergi. Memanglah dia sudah jatuh cinta! Sejak dulu lagi agaknya! Sahlah! Bila cinta berlagu di hati, bawalah diri sejauh mana pun, buanglah bayangan sekerap manapun atau keraskan hati sekental batu pun.... Si DIa juga yang bertamu di mata bertahta di hati. Begini ke? Perasaan itu? Tapi kenapa sakit? Bukankah perasaan dilamun cinta itu indah?

"Kakak nak ke mana? Kita dah sampai rumah pun!" Aduh Adibah! Jangan berkhayal lagi. Adibah tersengeh menahan malu. Mujur juga Aiman masih kecil kalau tidak mahunya dicanang seluruh kampung mengenai tingkahnya yang serba tidak kena hari ini.

"Kemana engkau pergi Adi? Puas kami anak beranak ni menunggu. Ingatkan dah sesat kat dalam kampung ni!" Suraya, temannya sewaktu di sekolah menengah. Wanita itu seusia dengannya namun sudah beranak dua. Sejak tamat tingkatan 5, Suraya terus menghilangkan diri. Puas juga dirisik khabar tentangnya dari teman-teman yang lain, tapi masing-masing menjungkit bahu tidak tahu. Rupa-rupanya teman rapatnya itu sudah berkahwin.

"Aku malu nak cakap kat engkau Adi! Mesti kau gelak kalau dapat tahu pasal ni. Aku terus kahwin bila tamat SPM. Mak aku tu yang paksa. Aku pun tak sampai hati nak tolak!"

Ayat ini yang keluar dulu sewaktu mereka berjumpa semula dua hari lepas. Memang lama Suraya menyepi. Entah macam mana mendapat kiriman surat dari Suraya minggu lalu. Memang dia rindukan Suraya, sementelah pula dengan masalah yang asyik berserabut di kepalanya, peluang pergi ke rumah Suraya memang tidak disia-siakan.

Cameron Highland! Tanah tinggi yang indah. Sejuk nyaman dengan pandangan mata yang begitu memikat. Suami Suraya berkerja sebagai penyelia di ladang teh yang berdekatan rumah mereka. Orangnya hitam manis dan bertubuh tinggi lampai. Hazmi pun tinggi lampai tapi badan dia agak sasa sedikit. Aduh! Hazmi lagi. Bukankah aku ke sini untuk melupakan pasal dia!

"Adi!" Suapan nasi ke mulutnya terhenti. "Handphone kau asyik berbunyi dari tadi!"

"Biarlah Su! Aku memang malas nak jawab!" Balasnya tidak acuh. "Kenapa tak off kan handphone tu? Atau engkau sebenarnya menunggun panggilan seseorang?" Suraya memang bijak menduga. Masa sekolah dulu pun sama. Payah sungguh nak menyimpan rahsia darinya.

"Tak adalah! Oklah! Aku nak jawablah telefon ni!" Adibah bingkas bangun, bimbang rahsia yang tersimpan akan terbongkar.

Dahi Adibah sedikit berkerut. "Emak?" Kenapa emak telefon. Rasanya sudah dikhabarkan pada emak jangan mencarinya seminggu dua ini. Sudah berkali mengingatkan emak yang dia akan selamat.

"Assalamualaikum. Emak Adi ni! Kenapa mak call Adi?" Dahi Adibah makin berkerut. Jari jemarinya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Emak menangis? Kenapa dengan mak ni?

"Emak, janganlah menangis. Kenapa? Emak marah Adi ye?" Hatinya mula dilanda resah. Sebab itukah? Tapi kenapa perasaannya menidakkan?

"Adi....... Baliklah nak! Hazmi....." Suara sebak tangisan tenggelam timbul. Adibah menggenggam kejap telefon bimbitnya. Kenapa? Janganlah!

"Hazmi kena pukul orang. Tempurung kepalanya retak. Doktor kata Hazmi tak mungkin mampu untuk terus hidup!" Bab! Adibah jatuh terduduk. Pandangannya sudah berkaca.

"Adi..... Baliklah! Kesian Hazmi.....Kesian Mak Ucu.!" Ayat itu sudah tidak kedengaran lagi di telinganya kerana Adibah telah tidak sedarkan diri.

"Adi…Adi…"Perlahan Suraya memanggil Adibah. Dengan berat mata, Adibah cuba membuka mata. "Kenapa ni?" Adibah seperti tidak ingat apa-apa.

"Adi pengsan tadi. Al-hamdulillah. Dah sedar pun. Minum air ni." Suraya menghulur secawan air suam.

Adibah memicit-micit kepalanya. Baru dia teringat, sebentar tadi dia sedang bercakap dengan emaknya. "Su, Adi nak balik sekarang." Adibah cuba bangun tetapi terduduk semula apabila diarasakan kepalanya kembali berdenyut.

"Adi rehat la dulu. Kenapa nak balik tergesa-gesa. Kata nak bercuti seminggu." Di ambilnya pula sepiring kuih talam lapis dan dihulur kepada Adibah. Namun Adibah menggelengkan kepala. Pada saat itu, fikirannya hanya kepada Hazmi. Ya..pada Hazmi…Dia rindukan Hazmi.

"Su, nanti minta suami kau carikan tiket bas ye. Aku nak balik hari ni. Kalau tak ada tiket hari ni, esok pun tak apa. Tolong lah ye." Perlahan suara Adibah antara dengar dan tidak.

Berkerut dahi Suraya. Pelik rasanya kenapa Adibah tiba-tiba hendak pulang ke kampung. Apa yang tidak kena dengan rumahnya. Tidak selesakah Adibah di sini. Atau ada kekasaran bahasanya yang membuatkan Adibah berubah rancangan.

"Ermmm…oklah. Tapi engkau kena beritahu aku kenapa kau nak balik cepat. Apa yang berlaku sebenarnya?" Terpaksa dipersetujui kehendak Adibah walaupun hatinya berat melepaskan Adibah pulang.

"Ada hal penting sikit Su. Nanti aku ceritakan. Yang penting sekarang aku nak balik." Adibah memperbetulkan kedudukannya. Disandarkan badan pada kepala katil. Dan kaki diluruskan. Suraya hanya mampu memerhati. Tidak sesekali dia memaksa Adibah untuk bercerita walaupun hatinya meronta-ronta ingin tahu.

Kebetulan tiket bas masih ada untuk dia pulang petang itu. Suraya dan suaminya yang menghantar Adibah sehingga ke hentian bas. Adibah memeluk Suraya sambil memohon maaf kerana janjinya untuk tinggal lama di rumah Suraya terpaksa dibatalkan.

"Jaga diri baik-baik Adi. Engkau tu masih lemah. Call aku kalau kau dah sampai kampung. Kirim salam dekat mak kau ye." Adibah hanya menganggukkan kepalanya.

Dalam perjalanan, Adibah tidak henti-henti berdoa agar Hazmi selamat. Tidak sabar rasanya menunggu hari esok untuk dia pergi melawat Hazmi. Di luar tingkap bas, terdapat titik-titik hujan. Hari pula semakin gelap. Sekali sekala kilat memancarkan cahayanya.

"Rasanya macam nak hujan lebat ni. Ya-Allah selamatkan lah perjalananku." Doa Adibah di dalam hati. Adibah memerhati keadaan di dalam bas. Hanya ada lebih kurang 15 orang sahaja. Masing-masing tersandar tenang. Adibah sahaja yang nampak tidak keruan. Perjalanan yang berbukit dan berbengkang bengkok membuatkan Adibah rasa tidak selesa. Dia merasakan ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Tiba-tiba, dia seperti berada di awan awangan. Dum!



No comments:

Post a Comment