Tuesday, February 9, 2010

Biar Cinta Berlagu Di Hati - 33

"Allah marah jika kita mungkir janji!" Wajah anak kecil berusia 5 tahun itu berkerut-kerut. "Kalau macam tu, along tak nak berjanji lah!"

Wajah tua yang agak pucat itu pula yang berkerut-kerut. "Kenapa pula?"

"Along takut kalau along tak dapat tunaikan janji. Nanti Allah marah. Ayah pun mesti marah pada along kan?" Lelaki tua itu tersenyum-senyum. Kepalanya diangguk-angguk beberapa kali. "Sebab itulah, bilia membuat janji, mesti tahu keupayaan kita untuk menunaikannya. Boleh atau tidak boleh!" Kepala Hazmi macam burung belatuk. Terhangguk-hangguk tandanya dia faham.

"Sekarang.... along sanggup tak berjanji dengan ayah?"

"Sanggup!"

Arhhh! Ayah! Kenangan dengan arwah ayah tiba-tiba muncul dipandangan. Bukan salah along kan ayah? Along tak mungkir janji tapi ..... Kedua tangan diraup kemukanya. Bunyi keluh kesah, tidak henti berlagu di hatinya.

Salah aku kah? Memegang janji hingga rasa cinta buat Adibah hanyut dilanggar badai. Mungkin agaknya!

Arghhhh!!!!! Hazmi menjerit kuat seraya sebuah penumbuk dihayun ke dinding. Sudahnya, wajahnya pula berkerut-kerut menahan rasa sakit yang menjalar di tangan. Bodoh! Rasa ingin dijerit perkataan itu. Bodoh itu untu siapa? Untuk aku?

Adi......abang rindu, abang sayang..... Hubungan yang terputus, mampukah disambung semula? Hati yang sudah retak dapatkah abang cantumkan semula?

"Adi dah fikir betul-betul ke ni? Takkan sebab kecil macam tu Adi nak berhenti kerja?" Sebab kecil? Ini bukan sebab kecil!

"Adi dah tak ada mood nak kerja kat sini. Projek dengan Encik Lutfi tu akak handle kan ye!" Rosmah terdiam. Terkebil melihat gelagat Adibah yang sibuk mengemas barang-barangnya.

"Boss tak kata apa-apa ke?"

"Kata apa kak? Dia bagi atau tidak Adi tetap nak resign. Gaji bulan ni dia tak bayar pun Adi tak kisah. Adi cuma tahu nak keluar dari tempat ni, nak keluar dari KL" Suara Adibah sedikit meninggi.

"Adi nak pergi mana? Adi tak sedih ke nak tinggalkan akak?" Pertanyaan Rosmah membuatkan tingkah Adibah terhenti. Adibah melepaskan keluhan berat. Perlahan-lahan berpusing mengadap Rosmah.

"Sedih! Mesti Adi sedih tapi Adi lagi sedih kalau kerja kat sini. Bertambah-tambah sedih kalau hidup kat KL ni!" Kelopak matanya sudah digenangi air. Makin lama terasa kian berat dan akhirnya air mata itu meluncur laju.

"Adi!" Tubuh Adibah dipeluk dengan erat. Kejap. Gadis ini seperti adik kandungnya sendiri. Lima tahun mengenalinya adalah satu tempoh masa yang agak lama.

"Jangan lupa akak!" Bisiknya dalam sebak yang kian bersarang di hati.


No comments:

Post a Comment