Tuesday, February 9, 2010

Biarlah Cinta Berlagu Di Hati - 31

Lama Hazmi merenung cincin di tangannya. Sesekali jari jemarinya memusing-musing cincin permata bermata satu itu.

"Apa yang dah berlaku antara along dengan Adi?" Hazmi meraup mukanya beberapa kali. Suara ibu kembali bermain di cuping telinga.

"Kelmarin masa Adi datang ke sini, ibu tengok along dengan Adi nampak begitu mesra. Alih-alih pagi tadi mak Adi datang pulangkan cincin dan semua hantaran pertunangan hari tu. Angin tak ada, ribut pun tidak, tiba-tiba pertunangan ni nak dibatalkan?" Aduh! Kepalanya dipicit dengan kasar. Rasa denyutan makin kuat terasa menjalar disegenap urat saraf kepalanya. Ya Allah! Dugaan apa ini?

Hazmi bingkas bangun menuju ke birai tingkap. Gelap langit malam, tiada juraian bintang yang kelihatan. Dia makin bungkam. Ralat rasanya menghadapi perasaanya yang serba gini rupa. Telefon bimbit di dalam kocek seluar berwarna hijau pekat itu dikeluarnya perlahan-lahan. Tercari-cari nombor kepunyaan Adibah.

Lama menanti, Hazmi dihambat resah. Jawablah Adi! Bibirnya diketap dengan kuat. Anehnya, langsung tidak terasa sakit!

"Assalamualaikum...." Nafas lega dihembus dengan kuat tatkala suara manis itu menjerjah gegendang telinganya.

"Waalaikumsalam. Adi, abang ni!" Senyap! Hanya terdengar hembusan nafas keras gadis itu di hujung talian.

"Adi dah fikir masak-masak? Betul Adi nak pertungan kita ni dibatalkan?" Soal Hazmi lambat-lambat. Satu persatu!

"Hari tu, abang sendiri yang minta Adi putuskan mana sudahnya hubungan kita. Nah! Sekarang Adi dah putuskan! Rasanya keputusan Adi akan menyenangkan banyak pihak dan lebih memudahkan kerja abang" Hazmi terdiam. Agak tersentak mendengar bicara gadis itu.

"Apa maksud Adi?"

"Kenapa abang tak berterus terang dengan Adi? Abang lelaki pengecut!"

"Adi!" Hazmi mengepal tangan kirinya sekuat mungkin. Abang bukan pengecut sayang! Mahu saja ayat itu dimuntahkan dihujung talian tapi entah mengapa sukarnya untuk keluar.

"Kenapa? Abang dah naik angin bila Adi cakap macam tu? Memang betulkan?" Suara Adibah kian keras. Nafasnya mula turun naik.

"Sofia dan papanya datang berjumpa Adi kelmarin. Melutut depan Adi minta pertunangan kita diputuskan. Kenapa abang? Kenapa abang hendak sembunyikan dari Adi. Adi akan faham kalau abang lebih berterus terang. Tapi... bila dengan cara macam tu Adi dapat tahu hal sebenar, Adi betul-betul kecewa." Bicara Adibah mula bertukar sayu. Perlahan! Beberapa saat kemudian, kedengaran esak tangis gadis itu di telinganya. Adi!

Sepanjang hari bibirnya tidak henti-henti tersenyum. Bagaikan tidak mahu lekang. Lutfi tersengeh pula. "Along dah putus tunang dengan abang Hazmi!" Argh!!! Rasanya bagaikan mahu menjerit memberitahu seantero dunia berita yang amat menggembirakan hatinya. Adibah sudah putus tunang, bermakna peluangnya kembali cerah. Berita yang keluar dari mulut Afnan pagi tadi memang tidak disangka-sangka. Kalaulah Afnan berada di depannya saat itu, sahlah akan menjadi mangsa menerima pelukkannya.

"Dari tadi dok senyum tak habis-habis. Apahal dengan kau ni?" Tangan Adam singgah di bahu Lutfi. Lutfi masih seperti tadi. Kening Adam mula terjungkit.

"Tak demam pun!"

"Hish! Engkau ni kenapa?" Cepat-cepat tangan Adam ditepisnya.

"Yelah! Aku nak tengok sama ada kau ni demam ke atau dah sewel!" Ketawa Adam mula mengekek. Tak guna punya member!

"Adi dah putus tunang!" Mata Adam hampir terjegil keluar. "Biar betul!"

"Betul lah! Buat apa aku nak tipu."

"Padanlah macam monyet dapat bunga!" Adam ketawa kembali. Makin kuat pula. "Tapi aku tak fahamlah dengan kau ni" Ketawa lelaki itu masih bersisa meskipun nada suaranya seakan serius. Dahi Lutfi mula berkerut. Apa yang tak faham?

"Adi kau suka, Yana pun kau nak! Yang mana satu sebenarnya ni?" Bibir Lutfi kembali mengukir senyuman. Ah! Lelaki kan boleh beristeri empat! Kalau setakat dua tu tak jadi masalah! Hehehe.......

No comments:

Post a Comment