Monday, February 8, 2010

Atira - 9

"Hari nih Iman buat apa?" suara suaminya itu bergema.


"Ain ngam alon"


"Lagi"


"Ungu ayah alik" pelat. Pipi anaknya itu diciumnya perlahan.


"Ajamnya agu ayah"


"Ha.. apa dia Iman?" tanya Hasan tidak faham.


"Dia kata dagu abang tajam" suaminya itu tersenyum. Air yang di bawa di letakkan di atas pelantar tempat suaminya dan Iman sedang melihat laut.


"Ala.. kebetulan aja tu. Mungkin Iman rindukan abang hingga terasa abang balik" kata Hasan sambil tersenyum malam itu apabila Usu Utih memperkatakan tentang gelagat anaknya terhadap suaminya.


"Kalau dah banyak kali, kebetulan apa namanya tu bang"


"Itu namanya kebetulan yang banyak kali" suaminya bergurau.


"Hisss abang nih. Kita tanya betul, dia boleh pula buat lawak" namun Usu Utih tetap ketawa. Gurauan suaminya begitu membahagiakan.

Waktu Aiman mula dihantar mengaji di Masjid Kampung Teluk, Usu Utih ada juga bertanyakan hal tersebut pada Imam Hj. Arsad. Namun imam di kampungnya itu hanya tersenyum.


"Aku nih bukannya nak kata apa Usu. Aku dan Hasan tu kenal sejak budak-budak lagi. Hasan tu kan ayah Aiman. Tentu la apa yang suami Usu tu ada, diwarisi jugak kepada anaknya" kata Hj. Arsad setelah lama terdiam.


"His.. tak faham saya Abang Aji. Tak boleh permudahkan sedikit ker" pinta Usu Utih dengan penuh minat.


"Ya lah abang nih, dia kan ibu Aiman. Tentu dia nak tahu apa kena dengan anaknya itu" celah Endong yang berada di sebelah suaminya itu. Hj. Arsad memandang isterinya kemudian menoleh ke arah Aiman yang sedang ingin melangkah ke atas Masjid. Dilihatnya anak itu melangkah dengan kaki kiri namun terhenti. Aiman yang baru berusia enam tahun waktu itu berundur setapak ke belakang. Kemudian melangkah dengan kaki kanan. Hj. Arsad tersenyum.


"Dah tahu dia adat masuk ke rumah Allah. Aku kagum benar dengan Hasan mengajar anaknya. Irfan dulu pun baik budaknya." kata Hj. Arsad tiba-tiba.


"Lagi tak faham saya Abang Aji" wajah Usu Utih di tatapnya sekilas.


"Begini. Aku pun tak boleh nak ceritakan sangat sebab hal-hal macam nih semua macam anugerah yang diberikan untuk kita, tapi Hasan tu dulu seguru dengan aku waktu mengaji pondok, arwah Tok Ayah Mat tu pernah bagitahu aku, Hasan tu mudah nak dapat ilmu-ilmu Akli iaitu hal-hal yang berkaitan hati dan ibu kepada semua ilmu tu, adalah Al-Quran itu sendiri. Kalau dah Hasan, suami Usu tu memakukan kebenaran Dia yang Hak ke dalam hati Aiman, anak kau tu akan lebih faham tentang tujuan hidupnya nanti" terang Hj. Arsad dengan suara yang mendatar.


"Maksud Abang Aji?" tanyanya lagi kurang faham.


"Usu tanyalah Hasan nanti. Cuma jagalah Aiman tu baik-baik, anugerah tu bukan senang nak dapat. Tapi senang pula nak hilang. Kalau nanti Aiman tak hargai apa yang dia ada, anugerah tu akan jadi sia-sia. Anak kau tu Usu, baru berusia enam tahun, dah tahu dia adat nak masuk masjid.. Sejuk hati aku menengoknya" kata Hj. Arsad sambil memandang ke arah laut.


"His.. anugerah yang macam mana tu Abang Aji" pertanyaan Usu Utih bergema lagi. Hj. Arsad menoleh ke arah isteri sahabatnya itu sambil tersenyum.


"Anak itu kan satu anugerah untuk kita. Kita yang wajib menjaga anugerah dan mencorakkan. Seperti kain putih yang bersih, kitalah yang bertanggujawab menjaganya" kata Hj. Arsad sebelum berlalu. Endong dan Usu Utih berpandangan sesama sendiri tidak memahami.


Malam itu, ditanyakan lagi pada suaminya, namun jawapan suaminya tetap sama. Kebetulan yang banyak kali. Akhirnya Usu Utih letih bertanya. Di biarkan aja soalan itu berlalu. Lagipun anaknya itu seperti anak orang-orang kampung yang lain juga. Semakin nakal dan suka bercakap. Usu Utih tersenyum memandang anak kecil yang sedang membina istana pasir di depan rumah.


"Cantinya senyuman mak" suara Aiman di depanya yang sedang melipat baju menarik kembali dirinya dari terus hanyut di buai kenangan silam. Senyumannya tambah melebar bila dipuji oleh Aiman.


"Inilah senyuman perempuan yang paling Iman sayang" kata Aiman lagi, tangannya menarik sehelai kain batik jawa emaknya untuk dilipat. Usu Utih terus merenung Aiman.


"Minum dulu Iman" kata Usu Utih sambil meletakkan dua gelas air yang di atas pelantar di tepi rumahnya. Anaknya itu dilihat asyik melihat sekeping kertas peperiksaan yang diambil di sekolah tadi. Usu Utih tidak tahu membaca, namun dari apa yang diterangkan oleh anaknya itu, doanya untuk kejayaan Aiman telah dimakbulkan.


"Mana ayah nih mak!" tanya Aiman sambil matanya menjenguk ke arah pantai.


"Kejap lagi balik lah tu, Iman"


"Nanti Iman tulis surat untuk Along ya. Bagitahu keputusan tu" katanya lagi bila melihat anaknya masih menoleh ke arah pantai.


"Baiklah mak" kata Aiman.


Usu Utih tersenyum. Kejayaan anaknya adalah kebahagiaan yang diberikan kepadanya. Dia tersenyum melihat Aiman mengambil gelas yang mengandungi air yang di bawanya. Aiman mengangkat gelas tersebut untuk diminun namun anaknya itu terburu-buru menoleh ke laut.


"Ayah!!" sebut Aiman sepatah, cemas.


"Kenapa Aiman?" namun anaknya diam. Gelas tersebut diletakkan kembali. Kemudian Aiman terburu-buru turun dari pelantar, wajahnya tetap ke arah laut.


"Aiman" Usu Utih memangil anaknya ingin tahu.


"Iman nak ke jeti lah mak!" kata anaknya itu cemas. Usu Utih kehairanan. Dilihatnya tubuh Aiman semakin jauh.


"Iman.. tunggu, mak nak ikut" katanya terburu-buru turun dari pelantar. Dilihatnya Aiman menoleh. Wajah anaknya itu tersenyum.


"Iman tak pergi mana-mana pun mak. Nih, ngah lipat baju" kata Aiman sambil tersenyum. Usu Utih tunduk. Kenangan silam mencucuk perasaan.


"Mak" suara Aiman lembut. Usu Utih mengangkat wajah.


"Iman sayang mak sangat" satu senyuman kini menguntum di bibirnya.


"Lagi Iman sayang bila mak senyum" senyuman Usu Utih semakin manis.


No comments:

Post a Comment