Wednesday, February 24, 2010

Atira - 55

Aishah dan Zamzuri bangun setelah di khabarkan tentang kepulangan Atira sambil mata mereka memandang kearah pepohon ru yang menunjang pasir, di celah-celah batang ru yang berkulit timbul itu, langkah Atira lembut memijak dedaun ru berwarna coklat yang gugur menutup pasir yang putih.

"Kak Atira" panggil Aishah menyebabkan langkah gadis itu terhenti. Pandangan wajahnya terangkat seketika. Demi saja terpandang adik angkatnya itu yang sedang melambai-lambai ke arahnya, langkahnya terhenti terkejut dengan kehadiran adik angkatnya. Sebuah kereta Honda Civic Type-R berwarna merah terang yang berada di halaman rumah orang tuanya itu menyebabkan terdiam. Pemilik kereta itu memang dikenalinya, kerana lelaki itu adalah abang kepada adik angkatnya. Atira memandang lesu ke arah pelantar rumahnya seketika sebelum kembali menyambung langkah ke arah mereka yang sedang menantinya.

"Mak Usu kamu sihat Atira?" tanya ibunya setelah Atira duduk.

"Sihat mak. Dia kirim salam kepada mak" Endong menjawab soalan yang disampaikan kepadanya.

"Ada kamu jumpa Aiman tadi" tanya ibunya lagi menyebabkan Zamzuri dan Aishah memandang ke arah Atira serentak. Nama Aiman telah menarik perhatian mereka berdua.

"Tak ada mak. Aiman dah bertolak pagi tadi" jawab Atira dengan nada yang mendatar.

"Patut la lama dia mengaji semalam, suaranya pula macam pilu aja. Ayah kamu pun ada cakap pagi tadi, Aiman tu macam melepaskan sesuatu yang berat aja. Anak arwah Hasan tu memang macam tu. Kalau ada apa-apa, bukan nak bersuara. Dipendamkan macam tu aja" komen ibunya sambil memandang ke arah lautan.

"Erm.." sahut Atira sambil menundukkan wajah.

"Kenapa Atira macam cemas aja waktu nak balik. Aishah bagitahu saya macam ada sesuatu yang penting saja" celah Zamzuri mengalihkan pandangan Atira kepadanya.

"Tak ada apa-apa. Rindukan pada mak saya nih aja" jawab Atira lembut.

"Anak mak cik nih encik, memang tak boleh berenggan lama dengan mak cik" celah Endong kemudian. Atira yang berada di sebelah ibunya tersenyum malu.

"Tu lah kak Atira nih. Terkejut Aishah bila dapat nota dari akak yang bagitahu akak nak balik. Kalau ada sesuatu yang penting, boleh Aishah temankan akan balik, abang Zamzuri kita paksa aja dia hantar kita" kata Aishah kembali menceriakan suasana, kakak angkatnya itu kembali tersenyum.

"Mak masuk dulu Atira, berbual-buallah ya" kata Endong sebelum berlalu ke dalam rumah.

"Atira" panggil Zamzuri lembut setelah ibu gadis itu berlalu.

"Erm.."

"Ada apa-apa ker?"

"Tak ada apa-apa" sahut Atira. Matanya memandang bunga melor yang terbuai-buai perlahan di tiup oleh angin yang datang dari arah laut menyebabkan Zamzuri mengikut pandangan gadis itu.

"Bunga melor yang cantik tu Atira tanam ya?" tanya Zamzuri cuba menarik perhatian gadis itu. Adiknya hanya tersenyum.

"Erm.. mak yang tanam" jawab Atira berpura-pura. Matanya tetap memandang bunga itu yang menari-nari lembut.

"Patutlah cantik. Kalau Atira tanam, tentu secantik itu juga atau mungkin lebih cantik. Kata orang, bakat ibu akan bertambah ke pada anaknya" puji Zamzuri menyebabkan Atira tersenyum sambil menundukkan wajah menambahkan redup gadis itu yang manis dan sopan.

Pujian dari lelaki itu bergema seketika dalam hatinya sebelum berlalu. Atira kembali menatap bunga melor itu lagi. Kata-kata dari Aiman tentang bunga itu bergema dalam dirinya seketika. Hatinya berbunga riang mengikut gerak tangkai kudup-kudup kecil bunga itu yang bergoyang-goyang perlahan. Sebuah senyuman kembali terukis di bibirnya. Kali ini senyuman itu bertambah manis kerana ia lahir dari hatinya. Zamzuri dan adiknya saling berpandangan dan bertukar senyuman. Senyuman itu baginya dalah satu permulaan.



No comments:

Post a Comment