Monday, February 22, 2010

Atira - 47

"Dapat kata mana?" tanyanya kepada Aiman yang sedang duduk di atas pelantar di tepi rumahnya sambil memandang ke arah laut. Lelaki itu menoleh seketika kemudian memandang dia sampul surat yang berada di atas pelantar tersebut. Dari atas rumah, suara tangisan seorang bayi kedengaran kuat berselang dengan suara Usu Utih. Sebuah kereta di letakkan di tepi rumah. Kereta anak sulung Usu Utih yang pulang untuk melawat ibunya.

"Dapat kat mana Aiman?" tanya Atira lagi. Dia sendiri datang ke rumah Aiman untuk melihat cucu orang yang di panggil Mak Usu itu yang baru berusia seminggu.

"Tengoklah tu kalau nak tahu" kata Aiman menunjukkan sambul surat kuning yang agak besar. Atira mengambil sebuah sampul yang paling bawah kemudian membacanya. Wajahnya berkeriut memandang Aiman.

"Dulu aku minta abang Irfan yang sembunyikan panggilan tu kepada emak. Aku tak sanggup tinggalkan mak. Sebab tu aku masih sekolah kita ketika yang lain menerima pelbagai tawaran untuk ke sekolah berasrama atau ke sekolah teknik. Tapi semalam emak dah tahu. Abang Irfan tak nak tolong aku sembunyikan tawaran yang baru aku dapat beberapa hari lepas" kata Aiman yang menoleh seketika kearah Atira kemudian kembali memandang laut.

"Kenapa Aiman tolak tawaran nih?" tanya Atira ingin tahu. Kini rahsia dan segala pertanyaan tentang sebab Aiman yang masih bersekolah di kampung itu terjawab sedangkan Aiman mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan PMR lalu.

"Aku tak nak tinggalkan emak. Aku sayang emak. Aku tak sanggup tinggalkan emak walaupun sekejap" kata Aiman lembut sambil memandang Atira yang sedang membuka sebuah lagi sampul.

"Emak yang terima surat tu tiga hari lepas. Dia panggil abang long balik untuk bertanyakan kepada abang long isi surat tu. Mak aku tak tahu membaca, dia pun sembunyikan dari aku. Aku tak tahu waktu tu. Tapi bila aku balik, emak dah menanti aku kat rumah. Aku nampak abang long tunduk. Aku nampak pandangan mak berkaca. Aku buat mak bersedih" kata Aiman. Suaranya mula kedengaran serak ditinta kesedihan. "Aku dah cakap kat mak, aku tak nak pergi sebab aku nak jaga mak. Aku tak akan ke mana-mana selagi mak di kampung ini. Aku tahu mak rindukan arwah ayah. Aku tahu mak dah beberapa kali tolak ajakkan abang long untuk tinggal bersamanya tapi mak tak nak sebab mak sayang nak tinggalkan kampung ini. Semalam mak dah bagitahu aku, dia akan tinggal dengan abang long agar aku menerima tawaran tu" sambung Aiman lagi. Pandangannya mula luruh ke pasir yang memutih. Atira di sebelahnya hanya mendiamkan diri, tidak menyangka teman sekelas yang di panggil orang gila itu begitu menjaga rahsia dirinya yang tidak terdedah sebelum ini.

"Aku akan pergi Atira, itu adalah impian arwah ayah yang inginkan aku memburu impian walaupun di mana aku berada. Mak pun dah nak tinggal dengan abang long. Walaupun aku sayang untuk meninggalkan semuanya, tapi aku akan pergi juga. Beberapa tahun aku akan menyambung pelajaranku kemudian aku akan membawa mak kembali ke sini. Aku tahu mak ingin menghabiskan masanya di sini. Dan aku akan melaksanakan apa yang mak inginkan itu" suara Aiman kedengaran lagi semakin perlahan.

"Kau mungkin mengatakan aku gila. ya.. aku gila kerana menolak tawaran yang aku terima, tapi aku tetap merasakan aku akan lebih gila kalau menginggalkan emak. Demi perempuan yang satu-satunya kat hati aku, aku sanggup tinggalkan apa saja yang aku inginkan untuknya. Tapi kini emak sendiri yang meminta aku menerima tawaran tersebut. Permintaan mak adalah perpisahan sementara untuk aku dan dirinya. Aliran air mata mak semalam adalah untuk masa depanku dan aku adalah anak yang paling bodoh kalau tidak mengikut kata-katanya. Kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu, aku akan melakukan apa yang akan mengembirakan emak walaupun ianya memisahkan aku dengannya untuk sementara. Tapi, aku akan pulang juga nanti sekali sekala. Akan pulang melepaskan kerinduanku kepada emak, dan aku akan pulang ke sini melihat gelombang" kata Aiman kemudian. Matanya kembali menatap jauh melihat ufuk yang telah mempertemukan langit dan air. Atira terdiam, tidak mampu berkata apa-apa. Entah kenapa hatinya turut memilu sedih. Renungan Aiman yang memandang laut di depannya itu ditatap penuh kesungguhan.


No comments:

Post a Comment