Thursday, February 18, 2010

Atira - 43

Semua pelajar berbaris panjang dalam keadaan dua kumpunan yang berbeza, lelaki di sebelah kanan sementara perempuan di sebelah kiri di depan bilik guru. Tempat itu di jadikan tempat perhimpunan sekolah. Dua batang tiang yang tinggi menunjang ke langit dipacak di tempat yang agak meninggi itu masih kosong, dua orang pengawas sedang menjaga bendera yang telah diikat untuk dinaikkan. Beberapa orang guru telah duduk di tepi bilik guru di atas kerusi yang diambil dari bilik guru menanti perhimpunan itu bermula. Di depan mereka, berbaris-baris pelajar yang sedang tersusun mengikut kelas dan jantina masing-masing.

Cikgu Omar yang berada di atas kerusi itu memandang ke arah barisan kelas 6R1, tujuh orang pelajar lelaki yang berada di dalam barisan itu dilihatnya satu persatu kemudian dia tersenyum bila melihat senyuman di bibir Aiman. Senyumannya kemudian bertukar menjadi ketawa apabila melihat Aiman tetap memakai kasut yang bukan di khaskan untuk sekolah. Di hatinya timbul kelucuan dengan kelakuan Aiman yang sering melanggar disiplin sekolah. Pelajar itu seakan sengaja tidak mematuhi arahannya walaupun telah mengikut permintaannya.

Seorang pelajar dari tingkatan enam atas berdiri di depan. Mengucapkan salam seterusnya meminta semua pelajar menyayangikan lagi negaraku dan lagu negeri sambil ke dua-dua bendera itu di naikkan. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri yang berwarna merah itu kini berkibar megah di tiup angin pagi yang lembut dari dari arah ufuk yang mula memancarkan sinar kuning mentari pagi. Perhimpunan sekolah itu berterusan dengan ucapan dari pengetua sekolah, Encik Hafis yang meminta pelajar-pelajar yang menjaga kelakuan kerana tujuh buah sekolah dari tujuh dearah akan hadir pada hari tersebut bagi menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran yang akan diadakan. Nama baik sekolah perlu dijaga oleh semua pihak terutama pelajar-pelajar sekolah. Encik Hafis juga meminta pelajar dari tingkatan 1, 2, 4 dan 6 rendah untuk berada di dewan sekolah bagi menyaksikan pertandingan tersebut sementara pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas tetap belajar kerana pada hujung tahun nanti, mereka akan menghadapi peperiksaan. Namun jika ada gugu-guru yang mengajar di kelas terbabit tetapi terlibat dengan aktiviti itu, pelajar-pelajar dari kelas tersebut perlu berada di dewan sekolah.

Kata-kata encik Hafis seterusnya berkisar kepada keputusan PMR dan SPM yang telah diketahui dan berharap agar semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini cuba meningkatkan lagi pencapaian mereka. Ucapan encik Hafis sering diselang-selikan dengan tepukan yang gemuruh kerana semangat yang diberikan. Setelah mengatakan apa yang ingin dibicarakan, encik Hafis memandang ke arah semua pelajar tersebut.

"Sekarang kita minta salah seorang dari pelajar yang lulus dengan cemerlang untuk memperkatakan sesuatu. Penghormatan ini kita berikan kepadanya kerana dia telah mengharumkan nama sekolah dan seharusnya menjadi contoh bagi anda semua dari segi pencapaian akademik, bukan dari segi tahap disiplinnya"kata encik Hafis disambut gelak ketawa oleh pelajar-pelajar dalam perhimpunan tersebut yang telah sedia mengetahui pelajar yang dimaksudkan oleh Guru Besar mereka. Aiman terdiam, debar mula menghuni dirinya, apatahlagi beberapa orang pelajar memandang ke arahnya.

"Di persilakan Aiman Hasan" kata encik Hafis disambut tepukan dari pada pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut. Aiman yang mendengar namanya terpanggil mencuit Latif di depannya menyebabkan Latif menoleh.

"Tukar kasut" pinta Aiman. Latif mengeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum. Beberapa orang pelajar melihat mereka berdua sedang menukar kasut itu berbisik-bisik sesama sendiri. Guru-guru yang melihat kejadian itu juga ketawa sambil berbisik sesama mereka.

"Di persilakan Aiman Hasan" ulang encik Hafis lagi.

"Kejap lahhhhh, hisss.. tak sabar langsung cikgu besar nih, aku baling kasut nih baru tahu" kata Aiman perlahan namun beberapa orang pelajar yang mendengarnya ketawa. "Latif.. aku nak cakap apa erk?" sambung Aiman sambil mengikat tali kasutnya.

"Kau cakap aja kau sayang aku"

"Wokeh.. nanti aku cakap"

"Woit.. aku gurau ajalah. Kau tu bukannya betul sangat. Jangan kau cakap macam tu" namun larangannya itu tidak didengari oleh Aiman yang telah berjalan ke arah pentas yang agak meninggi. Satu tepukkan gemuruh diberikan kepadanya.

"Kenalkan nama kemudian terangkan bagaimana awak belajar kepada semua" kata encik Hafis kepada Aiman yang telah berada di tepinya. Kemudian Aiman berdiri menghadap pembesar suara, di depannya semua mata pelajar yang ada di dalam perhimpunan memandang kepadanya.

"Assalamualaikum" salamnya disambut oleh semua yang mendengarnya.

"Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah kita yang sudi memanggil saya. Saya tak tahu saya perlu bercakap hari ini. Cikgu Omar hanya mengarahkan saya datang awal dan berada di perhimpunan sekolah, tak sangka cikgu Omar nak saya bercakap" katanya menyebabkan semua pelajar tersenyum.

"Saya tak tahu apa nak diperkatakan dan maafkan kerana kekurangan itu" sambungnya lagi. "saya dah tanya Latif apa yang nak di ucapkan, dan Latif mencadangkan saya katakan saya sayang dia. Jadi untuk perkara pertama yang saya nak katakan ialah, Latif..saya sayang awak" galak ketawa semakin kuat kedengaran, Latif mengaru kepalanya yang tak gatal. Kesal kerana mencadangkan sesuatu kepada orang gila itu.

"Erm. arwah ayah memilih nama Aiman untuk Iman. Nama penuh Iman ialah Aiman bin Hasan" kata Aiman memperkenalkan dirinya. "Tentang cara belajar, Iman tidak ada sesuatu yang istemewa" suara Aiman kedengaran lagi. Kemudian Aiman menoleh ke arah guru-guru yang sedang duduk di atas kerusi di bilik guru. Matanya bertembung dengan cikgu Lokman yang juga sedang memandangnya. Renungan dari Aiman menyebabkan cikgu Lokman kembali tunduk. Jelingan daripada pelajar itu telah menjadikan hatinya mendingin. Atira yang menyaksikan renungan antara dua orang itu merasa sesuatu yang berkabus dalam hatinya. Dia pernah menyaksikan permusuhan antara pelajar dan guru itu di tingkatan lima dulu, dan kini tiba saatnya giliran Aiman untuk mengatakan sesuatu tentang apa yang pernah terjadi.

"Erm.. tentang cara belajar, cikgu Lokman banyak membantu Iman. Menjadi anak didiknya adalah satu kelebihan yang tidak akan Iman perolehi dari guru lain. Kalau ingin berjaya, ikutlah kata cikgu Lokman dan Iman katakan secara jelas di sini, kita semua bertuah kerana memiliki seorang guru yang cemerlang seperti cikgu Lokman bersama kita" kata-kata Aiman disambung oleh tepukan yang gemuruh daripada semua pelajar yang berada di depannya. Cikgu Lokman mengangkat wajah, matanya memandang pelajar itu yang sedang memandang ke depan. Satu rasa dingin yang kudus bernaung dalam hatinya menyebabkan dia menyelami hati pelajar yang sedang bercakap di depan perhimpunan pelajar itu. Pelajar yang cemerlang itu telah berjaya membuktikan kemampuannya dan di saat pelajar itu telah berada di tangga kejayaan, hatinya tersentuh kerana pelajar itu telah meletakkan dirinya di tempat yang lebih tinggi. Cikgu Lokman termenung jauh ke dalam dirinya, riak wajahnya mula menjernih menyebabkan cikgu Omar dan cikgu Hartini bertukar senyuman.



No comments:

Post a Comment