Thursday, February 18, 2010

Atira - 42

Di dalam dewan sekolah, semua pelajar tingkatan enam rendah sedang membantu pihak sekolah menyiapkan dewan untuk pertandingan Tilawah Al-Quran yang akan diadakan pada hari Ahad nanti. Sebagai pelajar tingkatan enam rendah yang baru lepas mendapatkan keputusan SPM dan rata-rata dari mereka sedang menanti tawaran untuk kemasukan IPTA yang bertaburan di seluruh negeri, tidak ada pelajaran yang perlu diberikan perhatian. Guru-guru yang mengajar tingkatan enam rendah sendiri tidak ramai yang masuk kekelas. Kebanyakan dari guru-guru tersebut hanya masuk sekejap-sekejap dan berbual-bual mesra dengan pelajar-pelajar sebelum kembali keluar. Tidak ada sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dengan cepat kerana pelajar itu sendiri sedang menanti panggilan kemasukan ke institiut pengajian tinggi.

"Latif, kalau kita letak pasu bunga kat sini tentu cantik kan" cadang Aiman yang sedang melihat-lihat keadaan pentas yang telah dihias. Latif yang berada di tepinya memandang ke arah tempat yang ditunjukan oleh Aiman, menilai-nilai keadaan yang di katakan oleh Aiman sebelum memberi persetujuan.

"Elok juga tu. Aku tengok kat dalam tv pun, dia orang letak bunga kat depan peserta. Cantik dan menarik" kata Latif bersetuju. Tiga orang lagi pelajar lelaki dari kelas 5st sedang menyusun kerusi di dalam dewan dengan di bantu oleh pelajar-pelajar lelaki dari kelas lain. Hanya tiga kelas sahaja yang ada bagi tingkatan enam rendah. 6R1, 6R2, dan 6R3. Aiman, Latif dan Azman berada di kelas 6R1 bersama dengan pelajar-pelajar lelaki lain yang berasal dari kelas Lima Sains, Lima Sains Pertanian, Pertanian, Lima Perakaunan, dan Lima Sastera, sementara Hairiddun dan Nik Man berada di kelas 6R2.

Setelah meletakkan bunga di depan dewan tersebut, Aiman dan Latif serta beberapa pelajar perempuan termasuk Atira yang membantu mereka melihat kembali keadaan tersebut, menilai-nilai sendiri keadaan sebelum tangan mereka kembali menyusun dan mengubah pentas untuk menjadikan keadaan nampak elok dipandang. Aiman yang sedang menyusun pasu bunga hidup itu menoleh sekejap ke dalam dewan, melihat keadaan yang telah disediakan oleh pelajar lain, matanya memandang dua orang lelaki dari kelasnya sambil tersenyum. Kemudian terpandang Kamal yang juga berada dalam kelas 6R1. Kini pelajar yang tidak di kenalinya dulu juga telah menjadi salah seorang pelajar di dalam kelasnya. Beberapa hari bersama Kamal, Aiman merasakan pelajar itu agak mesra.

"Abang Aiman?" panggil seorang pelajar yang berpakaian pengawas ke arah mereka menyebabkan menoleh ke arah pelajar itu serentak.

"Awak panggil saya?" tanya Aiman.

"Ya cikgu Omar nak jumpa abang Aiman sekarang" kata pengawas itu lagi.

"Ngapa dia nak jumpa aku?"

"Tak tahu bang. Saya cuma menyampaikan pesannya. Dia menanti abang di biliknya sekarang" terang pengawas itu sebelum berlalu. Latif memandang kearah Aiman penuh persoalan.

"Agaknya dia rindukan aku kot.. heheheh" kata Aiman menyebabkan Latif ketawa. seterusnya Aiman berjalan ke arah Atira yang sedang menarik-narik langsir dewan untuk menjadikannya lebih menarik.

"Atira" panggilnya menyebabkan tangan pelajar itu terhenti. Atira menoleh memandangnya.

"Pengawas tu panggil aku abang Aiman" kata Aiman sambil tersenyum.

"So?" tanya Atira tidak faham.

"Kau tak rasa nama itu baik untuk aku?"

"Biasa aja"

"Cuba kau sebut 'abang Aiman'"

"Kenapa aku nak panggil kau macam tu?"

"Sebab budak tu panggil aku dengan nama itu. Aku rasa kau pun patut panggil aku dengan nama tu"

"Dia panggil kau abang Aiman sebab kau lebih tua dari dia. Aku sama usia dengan kau. Mana boleh aku panggil kau abang Aiman"

"Kau dah sebut pun tu. Aku minta kau sebut aja. Bukan panggil. Terima kasih" kata Aiman sambil tersenyum sebelum berlalu menyebabkan Atira terdiam.

"E'hammmm" suara Maria menyebabkan dia menoleh

"Kenapa kau tengok dia macam tu erk bila kau marah?" tanya Maria sambil tersenyum.

"Kau pun dah mula gila jugak" sahut Atira teringat akan hadiah yang diterimanya dari kawannya itu. Wajahnya tiba-tiba terasa kebas.

"Atira.. kalau aku gila, Aiman gila, dan semua orang lain gila, maknanya gila itu adalah normal bagi manusia. Orang yang tak gila itu yang tak normal"

"Aku nih yang normal tapi tak gila" kata Atira sambil tersenyum memandang temannya.

"Aku rasa kan, dia suka kau" kata Maria kemudian.

"Dengan orang gila tu kau nak padankan dengan aku. Kau nih teruk la" kata Atira sambil tangannya menarik-narik langsir tanpa tujuan.

"Kau tak rasa di suka kau tak?"

"Erm.."

"Atira"

"Hmmm"

"Kau tak rasa dia suka kau tak?" pertanyaan dari Maria menyebabkan Atira memandang jauh ke luar jendela sebelum kembali memandang kawannya.

"Kau ingat dengan Rashidah tak. Dengan Fatin, dengan Asma, dengan Nik Hashimah, dengan berbelas-belas lagi pelajar perempuan yang telah ditinggalkan oleh Aiman. Aku dan dia kenal sejak kecil. Orang gila tu tak ada perasaan"

"Aku tak tanya dia. Aku tanya kau. Kau rasa dia suka kau tak?"

"Erm"

"Atira?"

"Dia adalah seorang kawan yang sering mengusik aku. Dia pernah malukan aku dalam sekolah. Kau rasa aku akan suka orang macam tu tak?" kata-kata dari Atira menyebabkan Maria terdiam, tidak mempuanyai jawapan untuk soalan yang di tanyakan oleh temannya. Kemudian dia memandang Atira yang sedang menarik-narik lagi langsir tersebut, bibirnya mengukir senyuman melihat Atira melakukan sesuatu tanpa dia tahu.

"Cikgu panggil saya" tanya Aiman setelah di persilakan duduk.

"Ya saya panggil awak, ada perkara saya nak cakapkan dengan awak" jawab cikgu Omar yang sedang memandangnya.

"Hal apa cikgu" tanya Aiman lagi.

"Awak boleh datang awal tak hari Ahad minggu depan" tanya cikgu Omar yang sedang memandangnya.

"Soalan nih masuk periksa ke cikgu. Saya dah lepas SPM dah" kata Aiman cuba bergurau. Cikgu Omar tersenyum.

"Serius sikit Aiman, saya benar-benar harap awak dapat masuk awal hari Ahad nanti. Saya nak tengok awak ada pada perhimpunan pelajar tersebut. Ada sesuatu yang perlu awak dengar"

"Cikgu tak boleh bagitahu saya sekarang ker?"

"Tak boleh. Sebab pengumuman tu bukan untuk awak saja, tapi untuk semua pelajar juga. Aiman, saya benar-benar berharap awak boleh masuk awal dan berada dalam perhimpunan sekolah. Ustaz Nasir kata, pelajar yang baik akan mengikut arahan gurunya" kata-kata cikgu Omar yang menggunakan alasan sama dengannya itu menyebabkan Aiman tersenyum lucu. Kenangan lama antara mereka menyebabkan senyuman di bibir Aiman berpindah ke bibir gurunya.

"Saya memang sentiasa nak masuk awal cikgu. Tapi kalau ada aral di tengah jalan, saya tak boleh berjanji, tapi cikgu adalah cikgu kerinduan saya, tentu saya akan cuba memenuhi keinginan cikgu" kata Aiman sambil memandang gurunya itu. Raut wajahnya penuh kesungguhan menyebabkan cikgu Omar tersenyum senang.



No comments:

Post a Comment