Thursday, February 18, 2010

Atira - 41

Cikgu Omar masuk ke dalam tandas yang dikhaskan untuk pelajar lelaki dalam sekolah tersebut. Beberapa orang pelajar yang sedang berada di tandas itu terburu-buru keluar apabila menyaksikan guru disiplin berada di dalam tandas. Cikgu Omar hanya memandang mereka seketika kemudian dia memilih sebuah tandas yang berada di tepi cermin untuk mengintip. Bau tandas yang agak masam itu terpaksa ditahan kerana dia perlu mencari pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Beberapa minit berlalu, bau masam itu masih kekal mengigit hidungnya, namun dia tetap tabah.

Setelah hampir setengah jam berlalu, hidung cikgu Omar mula menghidu bau rokok yang agak kuat bersama dengan suara beberapa orang pelajar yang sedang rancak berbual. Cikgu Omar yang sedang duduk di atas mangkuk tandas yang tertutup itu berdiri dengan tangan yang di kepalkan. Rasa marah membungkus dadanya yang rasa tercabar dengan tindakkan pelajar sekolah yang nakal. Tangannya ingin membuka pintu bilik yang digunakannya sebelum tindakkannya tertangguh dengan suara yang memang di kenalinya.

"Kamu semua tak ada kelas ker?" kata suara tersebut. Cikgu Omar tersentak. Memang itu suara yang amat di kenalinya. Pelajar itu memang ada masalah disiplin yang agak teruk, namun dia tidak menyangka pelajar itu akan menghisap rokok di dalam sekolah. Cikgu Omar melekatkan telinganya di pintu bilik yang tertutup kerana ingin mendengar dengan lebih lanjut.

"Bak rokok sebatang" kata suara itu lagi menyebabkan cikgu Omar mengurut dadanya yang sedang berdebar. Tidak menyangka pelajar yang disangkanya baik itu adalah seorang pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Ternyata selama ini dia silap menilai pelajar. Tangannya menyentuh pintu tandas untuk membuka tandas tersebut bagi berhadapan dengan pelajar itu namun tindakkannya kembali terhenti.

"Aku bukan nak hisap rokok. Aku cuma nak tahu korang hisap rokok tak? kalau nak hisap rokok, jangan hisap dalam sekolah. Nanti orang kata cikgu kita tak pandai nak ajar kita, cikgu kita tak reti nak ajar pelajar. Nama cikgu kita yang buruk dengan tindakkan kita. Dan bagaimana kita nak berjaya kalau kita yang menyebabkan nama cikgu kita buruk dalam pandangan orang luar. Aku pun bukannya baik sangat, cuma aku tak sentuh semua nih, jahat-jahat aku pun, aku reti jaga nama cikgu. Korang nih pelajar tingkatan lima. Aku memang kenal korang nih, dan korang pun kenal aku kan. Korang tentu tahu aku pun bukan pelajar yang baik. Tapi aku nak bagitahu korang satu perkara. Tahun nih korang akan hadapi peperiksaan SPM, macam mana korang nak berjaya kalau korang sendiri burukkan nama cikgu korang. Ilmu tu macam mana nak masuk dalam dalam dada kita kalau kita burukkan nama cikgu kita sendiri" cikgu Omar tersenyum. Kemarahan dalam dadanya telah lama berlalu bersama rasa bangga yang mula berputik mesra. Senyuman itu telah menghilangkan rasa masam yang berselang dengan bau rokok yang agak kuat.

"Aku bukan nak kata apa. Sebagai kawan korang semua, aku tak nak tengok korang tak berjaya. Kalau boleh aku nak korang berjaya. Bayangkan kita yang memang nakal dalam sekolah, nama kita ada dalam tangan cikgu Omar. Tapi kalau keputusan peperiksaan kita tu baik. Nama kita yang buruk itu akan dilupakan terus dan waktu tu korang akan rasa kejayaan korang tu lebih bermakna. Aku bagitahu nih sebab aku dah laluinya. Kita nih masih mentah, tak tahu nak nilai yang mana baik dan buruk. Tapi sebagai kawan, aku nak minta jangan hisap rokok dalam sekolah. Tolong jangan burukkan nama cikgu dan sekolah" cikgu Omar tersenyum lagi. Hatinya menyentak-nyentak rasa gembira. Tidak menyangka hasratnya hanya untuk menangkap pelajar yang nakal tapi dia telah mengetahui sesuatu yang dia sendiri tidak tahu sebelum ini. Dalam diam dia mula memikirkan sebuah cara yang akan di gunakan untuk menarik perhatian pelajar ke arah menjaga tahap disiplin mereka. Suasana sunyi, cikgu Omar tidak mendengar lagi suara perbualan tersebut, namun dia tetap tersenyum. Ketika melangkah keluar dari tandas tersebut, dadanya penuh dengan rasa bangga. Encik Hafis, guru Besar itu akan ditemuinya segera bagi mengkhabarkan rancangannya.



No comments:

Post a Comment