Thursday, February 18, 2010

Atira - 40

Atira tersenyum di kalangan meraka-mereka yang hadir. Tepukkan gemuruh masih kedengaran bila tangannya mengesat air mata yang mengalir di pipi ibunya, dia mengangguk memandang ibunya penuh kasih menyebabkan Endong kembali tersenyum sebelum matanya dan Atira kembali menebarkan pandangan ke arah tengah dewan, pelajar paling cemerlang itu masih mengesat air mata yang mengalir di pipi ibunya. Pelajar itu memandang kearahnya seketika meyebabkan hatinya berdegup bila pandangan mereka berlaga. Atira merasakan hatinya mendingin bila melihat mata pelajar yang di kenalinya itu terisi dengan kesunyian dan kekosongan yang jelas seakan kejayaan yang memunculkan kegembiraan di hati semua orang itu bukan menjadi hujung pandangan mata yang tersembunyi sejuta rahsia dari kekosongan.

Dari jendela dewan yang terbuka, bayu pantai yang datang dari jauh, menyerbu menolak-nolak lansir yang terkuak memburu masuk, melemparkan nafas lembut yang datang dari laut, membelai-belai mesra, tangan seorang ibu menerima kejayaan seorang anak yang berada di sisinya.

Dua minggu berlalu.

Aiman lewat lagi. Hari pertama dia melangkah ke kelas 6R1 yang telah diberitahu padanya ketika mendaftar untuk belajar di dalam kelas tingkatan enam rendah dulu, semua mata memandang ke arahnya. Setengah jam berlalu sepatutnya semua pelajar masuk ke dalam kelas, namun Aiman baru melangkah di pintu. Hari pertama, pandangannya ditebarkan ke dalam kelas. Dia tersenyum bila terpandang Latif dan Azman yang berada di belakang dua orang pelajar lelaki, salah seorang dari mereka adalah Kamal yang juga sedang memandangnya sambil tersenyum. Aiman membalas senyuman itu dengan ikhlas. Beberapa orang pelajar lelaki yang bukan berasal dari kelas 5st jugak tersenyum ke arahnya, Aiman hanya mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman. Kemudian matanya memandang pelajar perempuan. Atira duduk di belakang bersama Maria dan beberapa orang lagi pelajar perempuan yang dikenalinya. Sebuah tempat kosong di belakang masih ada. Aiman tersenyum, tentu Latif telah menyediakan tempat itu kepadanya. Seterusnya dia berjalan untuk duduk.

Beberapa minit berlalu, suasana kelas kembali hangat dengan pelbagai topik. Aiman menoleh ke sebelah mejanya, melihat Atira yang sedang berbual-bual dengan Maria, dia kembali tersenyum. Suasana seperti tingkatan lima dulu, namun bezanya ada pelajar yang tidak dikenalinya. Seorang guru perempuan masuk menamatkan pendangnya, semua pelajar berdiri hormat. Salam diberikan dijawab ikhlas kemudian semua pelajar patuh duduk setelah diarahkan. Aiman tersenyum memandang ke arah guru tersenyum penuh minat.

"Erm.. saya adalah guru kelas ini dan rasanya ada di antara kamu yang memang mengenali saya dan ada yang tidak pernah menjadi pelajar saya" kata guru tersebut. Di belakang kelas Aiman mengangkat tangan.

"Ya Aiman, ada pertanyaan yang awak nak tahu?" tanyanya.

"Cikgu, Durraini Munirah apa khabar?" tanya Aiman setelah bangun.

"Dia balik saja Aiman. Sudah mula menirap" jawab cikgu Hartini.

"Wahhhh.. bestnya, nanti tolong cium dia untuk saya ya cikgu"

"Tak boleh. Saya akan cium dia untuk saya sendiri. Ciuman awak menyebabkan pipi anak saya merah" semua pelajar ketawa apabila mendengar jawapan cikgu Hartini.

"Sebab saya geram ngam pipi dia cikgu. Gebu dan putih. His bakal isteri saya tu, mesti la saya cium cikgu. Tanggungjawab tu" kata Aiman disambut oleh gelak ketawa yang semakin hangat.

"Bila dia jadi bakal isteri awak? Saya masih belum bersetuju lagi" Aiman hanya tersenyum menyambut renungan gurunya itu.

"Baiklah, saya pun bukan masuk untuk mengajar awak. Saya tahu awak masih dalam mood kejayaan yang lalu. Erm pada hari pertama ini, saya ingin melantik ketua kelas kamu bagi memudahkan tugas saya" kata cikgu Hartini sambil memandang pelajar-pelajar dalam kelas tersebut.

"Saya juga masih belum mengenali kamu semua. Jadi nanti kita saling berkenalan, tapi untuk perkara pertama, saya ingin mendengar cadangan kamu bagi melantik ketua kelas kamu sendiri" sambungnya lagi sambil menulis nama ketua kelas dan penolong di papan hitam. "Jadi, siapakah yang kamu rasakan layak untuk menjadi ketua kelas ini" tanyanya kepada pelajar-pelajar dalam kelas itu. Aiman mengangkat tangan lagi.

"Saya ada dua cadangan. Pertama, saya cadangkan Latif bin Deraman untuk menjadi ketua kelas ini. Cadangan ke dua ialah cadangan ditutup" katanya menyebabkan semua pelajar dalam kelas itu kembali ketawa. cikgu Hartini tersenyum menulis nama Latif di dalam senarai pelajar yang di cadangkan. Kemudian dia kembali memandang ke arah pelajar tersebut.

"Ada cadangan lain?" tanyanya. Kamal bangun setelah cikgu Hartini bertanya.

"Saya setuju cadangan ditutup" kata Kamal menyebabkan Aiman memandang pelajar itu. Satu rasa hormat timbul di hatinya. Hormat dan mesra.

"Macam mana nih cikgu?" tanya Encik Hafis, Guru Besar Sekolah Menengah Kampung Teluk kepada cikgu Nasir yang sedang memandangnya.

"Saya dah semak senarai pelajar yang boleh, tapi tak ada" kata cikgu Nasir.

"Habis dulu, bagaimana awak tahu Razali tu boleh mengaji"

"Saya selalu bersembahyang Isyak di Masjid Kampung Teluk. Saya dengar dia mengaji di situ. Suara dia sedap. Itu sebabnya dia yang saya cadangkan untuk mewakili sekolah kita dalam pertandingan yang di adakan. Sekarang dia dah tamat tingkatan enam, kehilangan dia bermakna kita tidak mampu mempertahankan piala kejohanan" guru Besar itu menundukkan wajah. Kata-kata dari Ustaz Nasir menyebabkan dia terdiam. Kalau boleh, piala kejohanan tidak ingin dilepaskan dari tangan, tapi kehilangan Razali yang tidak mempunyai penganti itu menyebabkan guru itu bersandar di kerusinya kehilangan usaha.

"Tapi saya akan cuba bertanyakan imam di masjid itu. Mungkin dia boleh mencadangkan salah seorang dari pelajar yang berada di sekolah ini untuk mewakili pertandingan tersebut. Imam di kampung ini tentu tahu jika ada anak muda yang pandai mengaji" sambung Ustaz Nasir mencadangkan jalan penyelesaian yang mungkin boleh menyedapkan hati ketuanya itu.

"Elok juga macam tu cikgu. Uruskan secepat mungkin, pertandingan itu pada hari Ahad depan. Sekolah kita yang akan menjadi tuan rumah pada tahun ini. Kalau boleh, saya nak piala tu kekal di sekolah kita. Sayang kalau di lepaskan ke sekolah lain" hasrat dan keinginan yang sihat itu di nyatakan oleh Encik Hafis penuh kesungguhan. Kecemerlangan sekolah berada di bahunya dan sebagai seorang Guru yang baik, persaingan yang sihat itu akan memajukan sekolah seterusnya meningkatkan keyakinan pihak luar terhadap kemampuan sekolah.

Ustaz Nasir mengangguk sebelum keluar dari bilik guru besar yang berada di tingkat dua bangunan pentadbiran sekolah. Ketika melalui pintu untuk masuk ke bilik guru, dia bertembung dengan cikgu Omar yang sedang memburu langkah seakan ada sesuatu yang penting.

"Ha.. kenapa nih cikgu?nak cepat aja" tanyanya pada cikgu Omar.

"Memang nak cepat. Saya terima aduan, ada pelajar yang merokok dalam tandas pelajar. Saya nak kena siasat perkara nih. Mana boleh biarkan begitu saja" kata cikgu Omar sebelum berlalu. Ustaz Nasir hanya mengikut cikgu Omar dengan pandangan matanya. Kemudian bibirnya mengukir senyuman menghormati guru disiplin itu yang sedang cuba melaksanakan tugasnya semampu mungkin.



No comments:

Post a Comment