Tuesday, February 9, 2010

Atira - 31

"Assalamualaikum" satu suara menangguhkan perbualan mereka berdua. Serentak mereka menoleh. "Harap tak menganggu awak berdua yang sedang hangat bercerita dan bergembira" sambung suara itu lagi yang sedang sediri di tepi meja tersebut sambil tersenyum.

"Aiman!"suara Atira agak terkejut kemudian dia bangun. Aiman tersenyum sambil menghulurkan tangan ke arah lelaki yang berada di depan Atira yang juga telah berdiri.

"Apa khabar, saya Aiman" kata Aiman memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Salamnya di sambut oleh Zamzuri.

"Khabar baik. Saya pula Zamzuri" kata Zamzuri memperkenalkan dirinya.

"Saya tak menganggu kan?" tanya Aiman.

"Tak lah, jemput duduk. Makan dulu" jawab Zamzuri sambil menunjukkan kerusi di sebelah kirinya.

"Bila balik, Aiman" tanya Atira mencelah perbualan tersebut.

"Dah beberapa hari. Saja datang melawat. Hope tak menganggu kalian berdua" jelas Aiman lagi sambil tersenyum.

"Encik Aiman nak makan apa, orderlah" pelawa Zamzuri.

"Saya dah makan tadi. Minum boleh. Lagipun saya singgah kejap aja" kata Aiman sambil memesan minuman kepada pelayan yang bertanya, seleranya untuk menikmati makanan yang telah lama tidak disentuhnya itu terbantut. Tiba-tiba dia terasa kenyang.

"Tak tahu pun Aiman balik" kata Atira.

"Saja nak buat kejutan. Tak sangka memang kejutan pun.. hehehhe. Terkejut tak?"

"Erm"Atira menundukkan wajah.

"Balik.. balik dari mana nih?" tanya Zamzuri ingin tahu.

"Balik ke alam manusia. Selama nih saya berada di hutan" gurau Aiman sambil tersenyum. Zamzuri mengerutkan wajah tidak mengerti. "Maafkan saya encik Zamzuri, saya nih suka bergurau. Atira panggil saya nih orang gila masa sekolah dulu. Saya dan dia satu sekolah" terang Aiman bila memandang wajah lelaki itu yang keliru.

"Oooo.. kawan masa sekolah ya" tanya Zamzuri inginkan kepastian.

"Erm" Aiman menganggukkan wajah.

"Encik Aiman datang sini nak jumpa Atira" tanya Zamzuri ingin tahu. Lelaki yang baru datang itu telah banyak menyebabkan Atira terdiam. Rasa ingin tahunya memuncak tentang kisah sekolah antara mereka berdua. Sepanjang dia mengenali Atira, tidak pernah gadis tersebut menceritakan tentang lelaki itu.

"Dulu saya pernah belajar di sini. Rindu pula pada kenangan lama saya. Banyak kenangan yang terjadi di sini, jadi kesempatan ada untuk saya datang, tu yang saya datang. Tak sangka pula boleh jumpa teman sekolah dulu di sini" jawab Aiman sambil memandang kearah Atira yang sedang menundukkan wajah.

"Assalamualaikum" satu suara menegur mengangkat pandangan Atira dan mengalihkan pandangan dua orang lelaki itu serentak. Seorang perempuan berdiri dengan mambawa sebuah beg kertas yang agak padat.

"Kenapa lambat?" tanya Atira.

"Kemaskan barang nih.., nanti nak kirim pada abang. Untuk Mama" terang Aishah sambil matanya memandang lelaki yang tidak dikenalinya itu duduk bersama abang dan kakak angkatnya, pandangan mereka bersatu seketika sebelum lelaki itu mengalihkan matanya memandang sekeliling. Kekosongan yang ada dalam mata Aiman berpindah ke dalam hati Aishah menyebabkan kesunyian mula berlagu di jiwa gadis itu.

"Ini... orang gila tu kan" tanya Aishah setelah lama menilai riak wajah Aiman.

"Erm inilah Aiman" kata Atira memperkenalkan pemuda dari kampungnya itu kepada adik angkatnya.

"Wahhh.. awak tahu saya orang gila" celah Aiman sambil tersenyum.

"Semalam, saya tengok album gambar kak Atira kat bilik dia. Gambar awak masa sekolah pun ada. Tu yang dia cerita tentang awak masa sekolah dulu. Katanya awak nih gila-gila sikit. Nakal, bergaduh dan selalu malukan dia" terang Aishah sambil memandang lelaki di depannya. Pandangan lelaki yang baru di kenalinya itu kosong menyebabkan hasratnya ingin tahu tentang lelaki itu semakin menimbul. Atira menundukkan wajah bila mendengar Aishah menceritakan apa yang di beritahunya kepada lelaki itu sementara Aiman memandang Atira seketika, kata-kata dari gadis yang belum di kenalinya itu terasa menyentuh dasar hatinya. Pilu.

"Tak sangka awak dah ada kat sini hari ini. Bila balik?" tanya Aishah lagi.

"Saya akan ada di mana-mana yang saya berada. Dah beberapa hari balik. Dan beberapa hari lagi nak pergi" kata Aiman tersenyum sambil memandang ke arah gadis yang baru sampai itu tampa emosi. Kepiluan yang baru berputih di hatinya di lontarkan jauh.

"Boleh saya tahu siapa awak?" tanya Aiman sopan.

"Oh lupa.. saya AishAhadik angkat Atira dan adik kandung Abang saya nih" kata Aishah memperkenalkan dirinya. "Bila sampai ke UM nih?" sambung Aishah lagi.

"Baru aja sampai. Tapi dah nak pergi" kata Aiman kemudian. Air panas di dalam cawan di depannya di teguk hingga separuh. Kemudian dia memanggil pelayan kedai untuk mengira harga semua makanan tersebut.

"Eh.. duduklah dulu, boleh saya berkenalan dengan awak. Kak Atira kata awak tak suka berkawan dengan perempuan" tanya Aishah menyebabkan Aiman tersenyum.

"Erm.. kalau dia katakan macam tu, maknanya saya dengannya bukan kawan, tapi musuh. Jadi pertemuan ini barangkali pertemuan dua orang yang sering bercakaran melewati permusuhan yang tertangguh bila kami berjauhan" kata Aiman sambil menoleh ke arah seseorang yang berdiri di tepi meja tersebut.

"Berapa cik. Kira semua ya" sambung Aiman kepada pelayan yang telah berada di tepinya.

"Tak apa encik Aiman, saya bayar" tegah Zamzuri

"Untuk pertemuan ini, apa kata saya yang belanja" kata Aiman kemudian

"Eh.. cepatnya nak balik" Atira mula bersuara setelah lama hanya menjadi pendengar.

"Entahlah encik Aiman nih. Saya baru aja nak berkenalan dengan awak. Nak juga saya kenal orang gila yang pandai mengaji dan menang pertandingan Tilawah Al-Quran. Akak Atira kata suara Aiman sedap" kata Aishah kemudian. Aiman yang sedang ingin berdiri kembali duduk sambil mengangkat cawan di depannya. Matanya memandang ke arah Atira.

"Suara Aiman tentu sedap" kata Aishah lagi.


No comments:

Post a Comment