Tuesday, February 9, 2010

Atira - 30

"Akak" panggil Aishah menyebabkan kenangan silam itu menjauh. "Ngapa buka balik baju yang dah dilipat tu?" sambung adik angkatnya lagi menyebabkan wajah Atira merona merah.

Aiman berjalan perlahan-lahan di celah pelajar-pelajar UM yang sedang melihat gerai-gerai yang di buka bersempena dengan majlis Konvokesyen yang dibuat pada tahun tersebut. Dia singgah di sebuah kedai yang menjual bermacam-macam anak patung, matanya terpandang bear yang berbulu lebat kemudian ke arah Snoopy yang cantik dan beberapa lagi patung binatang yang menarik. Kemudian Aiman kembali menyambung langkah ke gerai sebelah yang menjual pakaian. Sehelai baju sweater yang bertulisan Universiri Malaya di bahagian belakang diambilnya. Setelah menilai baju tersebut, Aiman bertanyakan harga baju itu kepada jurujual yang bertugas. Kemudian dia kembali menyambung langkah setelah membayar harga baju yang menarik di hatinya. Baju itu di letakkan di dalam beg sandang yang di bawanya bersama dengan sebuah bungkusan yang di bawa. Beberapa ketika kemudian dia sampai di gerai yang menjual makanan. Bau sup itu menarik seleranya seketika bersama bau roti John yang sedap. Lidahnya telah lama tidak merasa makanan tersebut. Aiman mempercepatkan langkah menuju ke sebuah gerai yang menjual roti John. Namun langkah kakinya terhenti. Matanya terpandang seseorang yang amat dikenalinya sedang tersenyum dan ketawa kecil.

"So nice bila saya boleh buat awak ketawa" kata Zamzuri kepada gadis di depannya yang sedang menutup mulutnya agar ketawanya kedengaran sopan.

"So macama mana dengan study awak?" tanya Zamzuri lagi.

"Biasa saja"

"Biasa tu macam mana?"

"Seperti yang awak belajar dulu" kata gadis itu lembut, air oren di dalam gelas di depannya disedut perlahan.

"Saya belajar dulu tak sama dengan awak. Awak ambil pendidikan, saya pula kejuruteraan"

"Lebih kurang sama saja. Cuma saya lebih ke arah pengajaran. Tugasan-tugasan saya lebih ke arah pendidikkan"

"Awak ambil ekonomi kan"

"Erm.."

"Ada tak dia ajar cara untuk menentukan keseimbangan permintaan saya utk mendekati awak" kata-kata dari lelaki di depannya yang gemar mengusik menyebabkan gadis itu tertawa lagi.

"Awak kan cikgu, ajarlah kepada saya cara-cara untuk lebih mengenali awak?" suara gadis itu tertawa semakin bertambah ceria setelah mendengar kata-kata dari lelaki di depannya. Menyedari lelaki itu sedang merenungnya, gadis itu kembali menundukkan wajah.

"Mana adik awak nih. Kata nak datang sini tadi" kata gadis itu seketika sambil mengangkat wajahnya memandang persekitaran.

"Tak payah la dia datang. Ganggu kita aja"

"His.. awak nih. Dia tu kan adik awak"

"Kalau dia adik saya, dia akan faham saya tak nak dia ganggu saya dengan awak" kata Zamzuri sambil tersenyum membayangkan keinginannya kepada gadis yang sedang berada di depannya itu. Sekian lama dia cuba mendekati gadis yang menjadi kakak angkat adiknya itu, namun gadis itu sukar untuk didekati. Sekarang dia hanya berkawan dengan gadis tersebut. beberapa kali dia cuba membayangkan bahawa dia menghargai itu lebih daripada seorang kawan, namun kakak angkat adiknya itu hanya tersenyum dan ketawa kecil. Seolah-olah apa yang di bayangkan itu adalah kelucuan yang mencuit naluri.

"Atira..?" panggil Zamzuri lembut.

"Erm.."

"Harap saya tak menganggu awak"

"Tak lah, awak tak mengganggu saya pun"

"Saya senang bila mampu membuat awak ketawa" kata Zamzuri lembut.

"Erm terima kasih. Saya hargainya usaha awak itu. Dan saya juga berharap saya tidak menyusahkan awak"

"Tak lah, awak tak susahkan saya. Kan saya dah kata dulu, membantu memudahkan tugas awak juga mengembirakan saya. Lagipun adik saya akan marah kalau saya tak bantu awak" kata-kata dari Zamzuri menyebabkan Atira kembali tertawa. Baginya lelaki itu sering menghiburkan dirinya.


No comments:

Post a Comment