Tuesday, February 9, 2010

Atira - 28

"Ini siapa kak" tanya Aishah yang sedang membelek-belek album sekolah kakak angkatnya. Pertanyaan menyebabkan Atira yang sedang melipat kain yang di ambil dari ampaian siang tadi menangguhkan kerja. Matanya memandang gambar yang ditunjukkan oleh Aishah sambil tersenyum.

"Itu.. orang gila" wajah Aishah berkeriut hairan dengan nama pemuda tersebut itu yang disebut oleh kakak angkatnya.

"Orang gila?"

"A'ah"

"Mengapa akak panggil dia orang gila?"

"Sebab dia memang orang gila"

"Hensem la kak orang gila nih. Terpikat pula Aishah pada dia" kata Aishah sambil tersenyum. Gambar itu ditatap lagi.

"Dia sedang buat apa nih kak?"

"Sedang mengaji. Tu gambar pertandingan Tilawah Al-Quran sekolah akak dulu" kata Atira. Matanya juga memandang gambar tersebut. Kenangan-kenangan lama mencuit hatinya menyebabkan bibirnya mengukir senyuman.

"His nih mesti apa-apa. Akak Aishah yang jarang senyum nih boleh tersenyum manis. Pakwe akak erk"

"Tak ada apa-apa. Erm.. dia tu perangai gila-gila sikit" terang Atira.

"Gila-gila macam mana tu kak?"

"Gila.. macam orang gila lah"

"Tak faham la kak"

"Aishah ada kawan yang nakal tak masa sekolah dulu"

"Ada"

"Nakal yang macam mana?"

"Nakal.. nakal mengusik.. buat lawak, happy"

"Aishah rasa pelajar tu gila tak?"

"Tak rasa dia tu gila pun. Tapi dia buat kita gembira. Ada sorang tu dalam kelas Aishah, dia selalu buat lawak"

"Aishah rasa dia pelajar macam mana?"

"Biasa, seperti pelajar lain jugak. Cuma dia suka buat lawak aja. Lawak-lawak biasa"

"Erm.. tapi orang gila nih nakal yang buat lawak luar biasa. Kami suka bergaduh. Dia tu suka datang lewat ke sekolah. Kekadang memonteng kelas. Bergaduh, pernah beberapa kali dia tampal apa yang kami gaduhkan atas kertas kat papan kenyataan sekolah. Cikgu disiplin sekolah akak dulu selalu panggil dia. Tapi dia tak pernah berubah"

"Isss jahatnya dia"

"Erm.. dia tak jahat, cuma nakal. Orang gila, perangai macam tu"

"Kat mana dia sekarang kak?"

"Melanjutkan pelajarannya. Macam kita juga"

"Eh.. dia pandai erk"

"Erm.. pelajar paling cemerlang kat sekolah akak. Setiap kali peperiksaan, dia tak pernah lulus. Tapi bila keputusan SPM di umumkan, dia jadi pelajar terbaik"

"Wahhhh pandainya"

"Yap orang gila yang pandai" kata Atira sambil mencuit hidung Aishah adik angkatnya itu tertawa kecil sambil kembali menyelak album gambar tersebut kemudian terhenti pada sekeping gambar yang menarik.

"Akak suka dia erk?" tanya Aishah kemudian. "Gambar nih menunjukkan akak suka dia" sambung adik angkatnya lagi sambil jarinya menunjukkan sekeping gambar. Atira melihat gambar yang ditunjukkan kepadanya. Gambar tersebut adalah gambar yang di ambil olah Maria yang sedang belajar di UKM secara dia tidak sedar. Gambar dia saling berpandangan dengan Aiman di ambil secara dekat. Renungan mata di dalam kaca mata berbingkai hitamnya kelihatan agak jelas di dalam gambar tersebut.

"Wahhh.. kalau macam nih abang Aishah ada pencabar yang hebat"

"His Aishah nih, ngapa cakap macam tu" kata Atira. Wajahnya sedikit berubah warna. Abang adik angkatnya itu kerap datang mengajak mereka keluar makan atau ke mana-mana saja bila ada waktu terluang.

"Ginilah kak, akak ambik abang Aishah, dia nih bagi kat Aishah ya"

"Boleh macam tu erk. Dia tu orang gila Aishah. Lelaki yang tak ada perasaan"

"Mana akak tahu dia tak ada perasaan?"

"Sebab ramai pelajar perempuan masa sekolah dulu yang terluka ngan dia. Dia hanya berkawan dengan mereka, tapi bila perempuan suka dia, dia akan meninggalkan perempuan tu dan memutuskan persahabatan tersebut"

"Kalau macam tu, bukan salah dia kak"

"Memang bukan salah dia, tapi kenapa dia nak putuskan persahabatan?"

"Mungkin dia tak suka dengan perempuan kak?"

"Mungkin juga. Tapi akak rasa sebab utama ialah dia tu orang gila"

"His. Semakin menarik la orang gila nih kak"

"Apa yang menariknya?"

"Dah la hensem, boleh mengaji pula tu, tak suka perempuan. Wahhh... nanti Aishah akan buat dia jatuh cinta dengan Aishah"

"Erm.."

"Tapi kat mana dia sekarang kak?" tanya Aishah, Atira terdiam. Tangannya mengambil sehelai baju yang telah dilipat, matanya memandang baju tersebut tanpa tujuan. Kenangan lama datang menjemput dirinya untuk pulang.




No comments:

Post a Comment