Tuesday, February 9, 2010

Atira - 26

Atira terkelip-kelip mata memandang lelaki yang berdiri di depannya dengan pandangan tidak percaya. Tangannya yang lincah mengacau air yang perlu di sediakan untuk tetamu yang datang dari sekolah lain pada hari tersebut tertangguh dengan kehadiran lelaki itu. Aiman hanya tersenyum menyambut pandangan Atira yang memandangnya dari atas dan bawah.

"Kenapa Atira tengok abang Aiman macam tu. Geram ya" kata Aiman sambil tersenyum.

"Abang Aiman tengkorak kau" kata Atira menyebabkan Aiman tersenyum.

"Kot ya pun sukakan abang Aiman, jangan la sebut nama abang Aiman dengan manja, tergoda abang Aiman nih. Pula tu, tengok abang Aiman macam nak terkam. Ayah Aji nampak nanti, dilekaskan perkahwinan kita, alahai bertuahnya abang Aiman" kata Aiman lagi.

"Kenapa kau pakai macam nih Aiman" tanya Atira laju bila melihat Aiman lengkap berbaju melayu yang masih belum dibutang, berwarna putih dan bersongkok, sementara di tangan lelaki itu sehelai sampin biru yang masih belum di pakai, kata-kata dari Aiman seketika tadi di biarkan berlalu.

"Abang Aiman nak pergi ke laut nih. Jadi nelayan. Nih unifon nelayan abang Aiman kalau Atira nak tahu" kata Aiman, bibirnya mengukir senyuman lagi.

"Kau nih biar betul"

"Abih, Atira ingat abang Aiman nak berjoget ker"

"Erm"

"Atira"

"Erm"

"Tolong pakaikan sampin nih untuk abang Aiman. Tak reti la" pinta Aiman sambil menghulurkan sehelai sampin biru itu kepada gadis di depannya.

"His..mengada-ngada. Abih masa tiap kali beraya dulu kau pakai sampin. Siapa yang pakaikan" tanya Atira geram, tangannya mengambil sampin yang di hulurkan kepadanya.

"Dulu mak abang Aiman yang pakaikan" kata Aiman sambil tersenyum.

"Kau nih memang teruk. Malas aku nak pakaikan sampin nih untuk kau" luah Atira sambil tangannya pantas menyarungkan sampin itu ke tubuh Aiman. Seterusnya menarik-narik sampin itu untuk di ikat. "Duduk tu dediam. Karang aku main ikat aja nih ha" sambungnya lagi bila Aiman mengerakkan pinggannya seketika, Aiman hanya tersenyum bila jari-jari putih Atira mula memperkemaskan ikat sampin yang telah dipasang oleh gadis itu di pinggannya.

"Aduh.. ketat la Atira. Abang Aiman tak selesa macam nih"

"Ngada-ngada pula kau nih. Minta aku yang ikat, lepas tu tak puas hati pula" wajah Atira mula garang, tangannya kembali membuka sampin tersebut itu seterusnya memasangnya semula ke tubuh Aiman yang berdiri di depannya.

"Ha.. dah siap... pergilah kau ke laut nuh berkawan dengan dugong" katanya kepada Aiman menyebabkan lelaki itu ketawa sambil menyeluk saku seluarnya.

"Nih.. butang baju melayu. Tolong pasangkan" minta Aiman lagi sambil menghulurkan lima butang baju melayu yang di ambil dari saku seluarnya.

"Kau nih tak boleh ker kalau tak menyusahkan aku. Mengada-ngada macam budak-budak" kata Atira setelah butang baju melayu yang berwarna biru itu mula berkilau dalam tangannya. Atira memandang sekeliling kemudian memadang ke arah Aiman yang sedang berdiri di depannya.

"Mari sini" kata Atira sambil berdiri di atas tanah yang agak tinggi. Ketinggian Aiman yang lebih sedikit darinya itu menyebabkan dia terpaksa mencari tempat yang agak tinggi untuk berdiri bagi memudahkan dia memasang butang baju melayu.

"Jangan la marah Atira, kalau bukan kau yang pasangkan, siapa lagi" kata Aiman kemudian yang telah berdiri di hadapan Atira. Ketinggian mereka kini sama.

"Dah.. duduk diam-diam, aku pasang terbalik baru kau tahu" arah Atira sambil tangannya memasukan butang baju melayu itu ke tempat yang tersedia di baju lelaki itu. Aiman mendongakkan wajahnya sedikit untuk memudahkan gadis itu memasang butang baju melayu di lehernya.

"Tak payah la pasang semua. Kemas kan tiga aja. Dua butang lagi tu biarkan terbuka" kata Aiman apabila terasa Atira cuba memasang butang bajunya yang ke empat.

"Tak elok la tak pasang semua. Erm.. kalau pasang semua, nampak kemas. Lagipun aku suka kalau tengok lelaki yang pakai baju melayu yang memasang semua butang baju melayunya" kata Atira. Tangannya telah memasukkan butang baju melayu terakhir untuk dipasang.

"Okay.. siap, kau boleh pergi" kata Atira kemudian sambil melihat lelaki di depannya itu mengerakkan lehernya seketika.

"Ketat sangat ker" tanyanya bila melihat reaksi Aiman yang kurang selesa.

"Agak ketat, tapi tak apa. Abang Aiman selesa" kata Aiman. "Terima kasih ya Atira" sambungnya lagi sebelum berpaling untuk pergi.

"Aiman..!" panggil Atira menyebabkan langkah Aiman terhenti.

Atira berjalan perlahan-lahan ke arah Aiman yang berdiri beberapa langkah darinya. Tangannya membuka songkok yang dipakai di kepala Aiman. "Ada habuk kat songkok nih" katanya sambil membuang habuk yang melekat pada warna hitam songkok tersebut. Setelah memastikan songkok itu bersih dia kembali memandang Aiman.

"Tunduk sikit kepala batu kau tu, nak pakaikan balik nih" katanya menyebabkan Aiman membongkokkan badannya sedikit. Tangannya memanjang ke atas kepala Aiman, meletakkan songkok agak kebelakang kepala Aiman menyebabkan rambut Aiman di bahagian depan songkok itu ke kelihatan. "Aku suka melihat kau selalu pakai songkok macam nih" sambungnya setelah siap. Aiman tersenyum senang.

"Amacam.. hensem tak abang Aiman" tanya Aiman sambil tersenyum.

"Hensem macam orang hutan" sahut Atira sambil berundur beberapa langkah ke belakang sambil memandang ke arah Aiman yang berdiri mendiamkan diri. Kemudian dia kembali berjalan ke arah Aiman. Tangannya membetulkan sampin yang menyelimpang di pinggang lelaki itu. Kemudian menarik-narik baju di bahagian bahu Aiman agar ianya lebih lurus, seterusnya baju melayu yang agak menonjol di bahagian pinggan Aiman itu di masukkan ke dalam sampin agar kelihatan lebih kemas. Kemudian Atira kembali berdiri agar jauh dari Aiman untuk menilai kembali.

"Erm dah elok" katanya kemudian.

"Atira" panggil Aiman lembut. Pandangan dari kaca mata berbingkai hitam yang di miliki oleh gadis di depannya itu ditatapnya lembut.

"Aku jahat kan. Aku harap apa yang aku lakukan hari ini tidak akan mengubah pandangan kau pada aku. Aku suka kau memanggil aku orang gila" kata Aiman sebelum berlalu menyebabkan Atira mengeleng-geleng kepalanya, seterusnya dia terburu-buru menyiapkan kerjanya yang tertangguh dengan kehadiran Aiman. Bibirnya kerapkali mengukir senyuman tanpa dia sendiri sedari.

No comments:

Post a Comment