Tuesday, February 9, 2010

Atira - 25

Beberapa ketika kemudian, Aiman mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang untuk dia berkata-kata. Satu tepukkan gemuruh diberikan kepadanya oleh semua pelajar yang ada di perhimpunan tersebut. Ketika dia ingin melangkah turun dari tempat bercakap, cikgu Omar telah berada di situ meminta dia berdiri seketika kerana cikgu Omar ingin membuat pengumuman.


"Saya tak akan ambil banyak masa memandangkan nanti ada aktiviti yang akan berlangsung. Saya hanya ingin memperkatakan beberapa perkara penting untuk kamu semua. Seperti yang kamu sedia maklum, Wan Kamaruzaman yang menjadi penolong ketua pengawas untuk tahun lepas telah berada di tingkatan enam atas dan dia dilantik menjadi ketua pengawas pada tahun ini di bantu oleh Rosilawati yang dilantik menjadi penolong ketua pengawas. Jadi saya hanya ingin memberitahu kamu semua siapakah penolong ketua pengawas dan penolong kepada Rosilawati yang telah dipersetujui oleh guru-guru sekolah ini" kata cikgu Omar sambil memandang pelajar-pelajar di depannya. Aiman yang berada dibelakangnya tergaru-garu kepala tidak mengerti tujuannya berdiri di situ.


"Di persilakan Atira Hj. Arsad untuk datang ke depan perhimpunan ini" panggil cikgu Omar menyebabkan Atira berjalan keluar dari perhimpunan sekolah untuk berdiri di tepi Aiman. Semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh kepada Atira. Bagi mereka, Atira memang layak kerana mereka sedia mengenali Atira yang telah menjadi pengawas sejak mula bersekolah dan pelajar perempuan itu amat bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya. Aiman yang berdiri di tepinya itu tersenyum.


"Tahniah Atira" katanya kepada Atira. Gadis tersebelahnya itu hanya menundukkan wajah.

"Baiklah, Dengan ini pihak sekolah telah melantik Aiman bin Hasan sebagai penolong ketua pengawas yang baru dan akan bantu oleh Atira Hj. Arsad. Seperti tahun ini, sekiranya ke dua-dua pelajar ini masih ada bersama kita, Aiman akan dilantik menjadi ketua pengawas dan Atira akan dilantik menjadi penolongnya dan kita akan melantik dua orang lagi pembantu dari pelajar tingkatan enam rendah sebagai calon untuk mengantikan mereka berdua" kata cikgu Omar di sambut tepukkan yang gemuruh dari pelajar-pelajar sekolah tersebut. Di belakang cikgu Omar, wajah Aiman memucat putih dan di sebelahnya Atira berdiri sambil tersenyum gembira.


"Cikgu.. mana boleh macam nih. Cikgu tak tanya saya dulu" kata Aiman. Setelah selesai perhimpunan sekolah, dia segera menemui cikgu Omar yang sedang berada di biliknya.


"Cuba dulu Aiman. Saya rasa awak mampu. Ramai pelajar hormatkan awak" kata cikgu Omar sambil menyaksikan pelajar yang berdiri di depannya itu tunduk. Kejadian di dalam tandas sekolah yang didengarinya telah menyebabkan dia menceritakan kepada pengetua sekolah. Cadangannya untuk melantik Aiman telah dipersetujui oleh pihak sekolah.


"Assalamualaikum" satu suara di luar pintu menangguhkan perbincangan mereka. Cikgu Omar bangun untuk membuka pintu sementara Aiman kekal berdiri sambil menundukkan wajah, mencari-cari jalan untuk menolak pelantikan yang di buat oleh pihak sekolah.


"Ha.. kenapa kamu menundukkan wajah Aiman" suara Ustaz Nasir menyebabkan Aiman mengangkat wajahnya. Satu senyuman paksa diberikan kepada gurunya itu yang sedang berdiri di depannya bersama cikgu Omar.


"Duduk tuan" kata cikgu Omar lagi ke arah seseorang yang datang bersama Ustaz Nasir. Aiman tidak menoleh, dia tidak berminat untuk mengetahui siapa yang hadir bersama Ustaz Nasir, baginya dia perlu menolak tugas yang diberikan kepadanya terlebih dahulu.


"Dia tak nak jadi penolong ketua pengawas" sambung cikgu Omar kemudian. Aiman tersenyum kelat.


"Aiman, pelantikkan bukan di buat untuk menyusahkan awak. Tapi ianya amanah yang di berikan kepada awak. Awak perlu menjalankan tanggungjawab itu walaupun awak tak suka. Tugas kita sebagai Khalifah Allah di bumi ini. Walaupun awak tidak ingin menjadi pemimpin namun telah di lantik, awak perlu menjalankan tugas itu. Pemilihan ke atas awak itu adalah perintah ke atas awak untuk kebaikkan semua" nasihat dari cikgu Nasir bergema di hatinya seketika. Matanya memandang cikgu Omar meminta simpati namun apabila memandang kening mata cikgu Omat yang terangkat sedikit.

"Bukankan awak selalu mengikut nasihat daripada Ustaz Nazir. Ha.. nih dia dah bagi nasihat yang baik untuk awak. Awak kena ikut Aiman" kata cikgu Omar menyebabkan Aiman terkelip-kelip memandangnya tidak mampu memberi alasan. Kebiasaan yang menjadi alasan baginya telah digunakan oleh cikgu Omar. Pelajar itu mengaru-garu kepala sendiri menyebabkan cikgu Omar tersenyum.


"Okay Aiman. Hal tu, kita akan bincang kemudian. Ini ada satu lagi penting untuk awak" kata cikgu Omar menarik kembali pandangan wajah Aiman yang masih tidak berpuas hati.


"Begini Aiman, setelah di cadangkan oleh seseorang, kami nak minta awak mewakili pihak sekolah untuk pertandingan Tilawah Al-Quran pada hari ini" kata-kata dari Ustaz Nasir menyebabkan wajah Aiman lebih berubah. Kejutan yang tertera di wajahnya itu turut mengejutkan cikgu Omar.


"Kenapa Aiman, awak macam nampak hantu aja?" kata cikgu Omar sambil tersenyum.


"Ya Allah cikgu. Kenapa saya pula. Ini dah kes berat nih" kata Aiman.


"Sebab Ayah Aji yang mencadangkan Iman mewakili sekolah pada hari ini. Ayah Aji rasa Aiman tentu sudi" kata satu suara di belakangnya menyebabkan Aiman menoleh.


"Ayah Aji..!" suara Aiman penuh hormat memandang orang yang dipanggil Ayah Aji itu. Kemudian dia berjalan ke arah orang yang dikenalinya itu untuk bersalam dan mencium tangan gurunya. Cikgu Omar dan Ustaz Nasir yang melihat keadaan itu tersenyum dalam diam, kagum dengan orang yang berketerampilan warak itu yang amat di hormati oleh Aiman.


"Ayah Aji bukan nak memaksa Iman, tapi sebagai guru Iman, Ayah Aji berharap Iman tak menghampakan Ayah Aji. Lagipun Aiman boleh mensedekahkan surah yang dibaca itu kepada Arwah ayah Iman. Ayah Aji sendiri akan mengikut bacaan Iman nanti dalam hati" renungan anak arwah sahabatnya itu di sambut dengan senyuman yang ikhlas.


Mata mereka berdua bertatapan seketika, cikgu Omar dan Ustaz Nasir memandang mereka berdua dengan hati yang lapang.



No comments:

Post a Comment