Tuesday, February 9, 2010

Atira - 19

Aiman bangun, mengeliat, membetulkan urat-uratnya yang kaku. Matanya di gosokkan perlahan-lahan. Kemudian dia membuka jendela biliknya sedikit. Dua wajah orang yang di kenalinya itu diamati lama. Bibirnya mengukir senyuman seketika sebelum bangun untuk mandi. Setelah itu tangannya pantas menyediakan air untuk tetamu yang datang. Suara gelak ketawa tetamu itu masih kedengaran di telinganya.


"Assalamualaikum" Atira dan Maria menoleh serentak terkejut. Aiman terseyum sambil menantang dulang yang berisi sebekas air dan tiga gelas kosong. Melihat Aiman di belakang mereka, Maria dan Atira turun dari pelantar, mereka berdua berdiri serentak tidak menyangka Aiman telah berdiri di belakang mereka.


"Jangan risau, aku nih seratus peratus orang. Bukan hantu" kata Aiman.


"Eh.. Atira kata kau ke bandar dengan mak kau. Bila kau balik?" tanya Maria.


"Baru aja" jawab Aiman. "Duduklah dulu, nih aku buatkan air untuk korang berdua" sambung Aiman sambil meletakkan dulang tersebut di atas pelantar. Maria dan Atira berpandangan sesama sendiri kemudian kedua-duanya duduk. Aiman menuang air yang di bawanya ke dalam gelas seterusnya meletakkannya di depan Maria dan Atira yang sedang melihat kelakuannya yang barangkali aneh. Aiman tersenyum.


"Jangan risau, aku tak letak racun! Minumlah" pelawa Aiman. Maria dan Atira mengambil gelas tersebut. "Paling kurang aku bancuh dengan air laut aja. Maklumlah, orang gila" kata Aiman sambil ketawa menyebabkan kedua orang kawannya itu meletakkan kembali gelas yang berisi air itu di atas pelantar.


"Aku gurau ajalah. Korang nih. Jangan la serius sangat. Lama tak bergurau dengan korang berdua"


"Mak kau tak balik Aiman?" Atira bersuara.


"Mak aku masih kat sana. Jaga menantu dia yang sedang sarat"


"Kau tak ikut jaga ker?" tanya Maria pula.


"Aku mana reti nak jaga. Tengok pun tak berani lama-lama"


"Kau balik sorang la" Atira mencelah.


"Erm" Aiman mengambil air dalam gelas itu kemudian diminumnya. Melihat keadaan itu Atira dan Maria mengangkat kembali air. "Baca Bismillah dulu. mana tahu ada minyak pengasih ker aku letak. Baru la tawar mentera pengasih tu" kata Aiman sambil tersenyum.


"Maaf la kalau tak sedap" sambung Aiman setelah melihat dua kawannya itu meneguk air yang di bawanya.


"Kenapa kau balik awal Aiman. Tak seronok ker kat sana?" tanya Maria setelah meletakkan gelas itu kembali. Matanya menjeling Atira di sebelah. Aiman tersenyum melihat kelakuan Maria itu. Dua tahun bersama di dalam kelas, dia telah sedia arif. Tentu ada sesuatu yang nak di beritahu oleh temannya.


"Ada orang yang asyik sebut nama aku aja kat hati dia ...Maria. Mahu aku tak lekas-lekas balik. Tak tahan ngan panggilan perasaan" kata Aiman. Matanya melihat Atira tunduk. Maria ikut ketawa.


"Tu la. Kau tahu, tadi kan.! aku tengok, dia senyum kat bunga melor. Macam orang tak betul pun ada. agaknya.. adoiiii!!" kata-kata Maria terpotong bila jari Atira mengacip pahanya.


"Agaknya apa?"


"Dah kena cubit nih Aiman. Kau nak siksa aku lagi ker" jawab Maria. Mereka sama-sama ketawa. Atira tertunduk malu namun entah kenapa hatinya juga gembira.


Mata Aiman kembali melihat laut. Hijau laut memenuhi renungan matanya, deruan ombak itu membawa bau laut ke hidungnya "Sebenarnya aku rindukan ombak. Kat sana tak ada pasir. Nak pijak tanah pun tak boleh. Aku anak desa. Di sini tempatku. Hidupku di bawah pepohon ru ini. Tu yang aku balik tu" katanya kemudian.

Mentari mula meninggi di dada langit yang di hiasi kepak-kepak cemar yang berterbangan. Bayu laut menghembuskan nafasnya ke darat, ke arah tiga orang remaja yang sedang galak bercerita. Hembusan segar itu seakan ikut tersenyum dengan gelak ketawa mereka yang kedengaran berselang dengan bicara-bicara gelombang yang datang.


"Jomlah Maria kita balik" ajak Atira setelah melihat jam di tangannya. Telah dua jam mereka berada di situ.


"Nak balik dah?" tanya Aiman inginkan kepastian. Atira mengangguk.


"Eh.. kejap.. aku baru teringat aku ada sesuatu korang berdua" kata Aiman kemudian melangkah ke pintu belakang rumahnya. Beberapa ketika kemudian dia datang kembali dengan mambawa dua bungkusan.


"Aku pun memang ingat nak pergi cari korang berdua. Untung-untung korang ada, ha! nih, buah tangan dari tempat yang aku tak pijak tanah" kata Aiman. Bungkusan yang sama warna dan size itu di serahkan kepada mereka berdua.


"Isinya sama ker Aiman" tanya Maria setelah melihat bungkusan di tangannya yang sama dengan Atira.


"Sama dan tak sama"


"Abih karang yang kau nak bagi Atira, kau terbagi aku nih karang"


"Tak.. aku kenal bungkusan yang aku balut" jawab Aiman. Maria dan Atira melihat bungkusan masing-masing. Tidak ada bezanya. "Jangan risau, hadiah tu tak tertukar pung" jawab Aiman bila melihat kecurigaan mereka.


"Ha.. nasib baik kau ingatkan aku Aiman" tiba-tiba Maria meletakkan bungkusan yang di berikan oleh Aiman di atas pelantar tersebut. Tangannya membuka beg sandang yang di bawanya. Dua buah bungkusan di keluarkan, satu di berikan kepada Atira dan satu lagi kepada Aiman.


"Eh.. macam berbalas-balas pula kita nih" kata Aiman sambil tersenyum melihat bungkusan di tangannya.

"Datang dari Pahang dan dari kenangan" kata Maria sambil matanya terangkat.

"Habis nih, sama aja dua-dua nih" tanya Aiman.

"Tak apa, isinya sama. Kalau tertukar pun tak apa" kata Maria. Seterusnya mereka berdua memohon izin untuk berlalu. Aiman hanya memerhati langkah ke dua gadis itu pergi. Kemudian matanya memandang bungkusan di atas pelantar namun matanya kembali melihat laut. Rindunya pada gelombang itu mendamaikan hatinya.


"Cantik kan?" tanya Maria sambil sehelai selendang yang berwarna kuning itu di letakkan di atas kepalanya.


"Erm"


"Kau punya" tanya Maria sambil memandang ke dalam kotak Atira.


"Selendang jugak nih. Warna biru" jawab Atira, namun selendang itu tidak di keluarkan dari kotak tersebut. Matanya menatap sehelai kertas yang di ambil dari dalam kota bungkusan hadiah yang di berikan oleh Aiman. Setelah mereka berdua pulang dari rumah Aiman tadi, Maria mencadangkan bungkusan itu dibuka untuk memastikan isinya tidak tertukar. Sikap Aiman yang gila bukan boleh dipercayai sangat. Kata-kata dari Maria itu menyebabkan mereka katawa sambil membuka bungkusan tersebut.


"Nak baca" minta Maria bila melihat rakannya itu asyik menatap sesuatu.


"Nah!" kertas itu di berikan kepada Maria.


Atira


Jangan sedih walaupun cikgu Omar tak nak jadikan kau bini muda dia. Ingat.. ustaz Nasir pun ada kalau kau sudi jadi isterinya. Tak pun.. mungkin cikgu Kamsiah sudi kau menjadi madunya..


Aiman Hasan


"Kan aku dah kata. Orang gila. Memang macam tu" kata Atira setelah melihat Maria ketawa. Kemudian matanya menoleh ke arah kudup-kudup bunga melor yang menari-nari di tiup angin. Hatinya terasa senang.



No comments:

Post a Comment